izharhadafi

Posts Tagged ‘TV9’

Upin & Ipin The Movie

In Famili on Februari 18, 2009 at 2:56 pm

Geng1

Semalam, saya berkesempatan untuk pergi menonton wayang, “Geng: Pengembaraan Bermula” bersama Hasif dan Sabrina. Semenjak melihat “Geng: Di Sebalik Tabir” minggu lepas di TV9, hampir setiap hari Hasif merengek kepada Sabrina untuk dibawa menonton filem berkenaan.

Saya rasa filem ini memang ada kelas dan kualitinya tersendiri. Biasanya bila menonton filem Melayu/Malaysia, kelemahan utama ialah jalan ceritanya yang mengarut. Tetapi ada kelainan dalam filem animasi 3D pertama di Malaysia ini, apabila jalan ceritanya diatur dengan lancar dan menarik minat penonton untuk mengetahui apa akan terjadi kepada pengembaraan mereka.

Watak-watak yang di tampilkan juga menarik dan kelakar. Saya paling sukakan watak Rajoo, rakan sepermainan Upin dan Ipin yang mempunyai kebolehan bercakap dengan binatang.  Tok Dalang pula mencuit hati dengan gelagatnya di awal cerita dengan sesi interviewnya dengan pemberita mengenai Hantu Durian.

Cuma saya agak kecewa dengan kualiti grafik pada babak di dalam gua, kerana warnanya sangat gelap dan grafik ular yang mengejar Geng Upin dan Ipin itu agak kaku. Tapi saya menyedari, Les Copaque bukannya Walt Disney ataupun Pixar, dan mereka tidak punya bajet yang tinggi seperti produksi CARS mahupun Bolt.

Jika ditanya kepada saya, maka saya akan katakan YA. Sila tonton filem ini kerana bukan sahaja it’s value for money, tetapi juga sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga (terutamanya anak-anak). Jika ada antara anda yang masih memboikot produk Amerika/Israel, inilah masanya untuk anda membuktikannya. Dengan produksi Melayu/Islam 95%, apa lagi yang anda nantikan?

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.
Geng meluncur