izharhadafi

Archive for Oktober 2014|Monthly archive page

Kembali di hujung Zulhijjah 1435

In Famili on Oktober 18, 2014 at 11:21 pm

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

 

Banyak yang telah berlaku semenjak kali terakhir saya menulis di media ini.

Suka-duka.

Pahit-manis.

Saya tidak dapat menjawab kenapa saya tidak menulis lagi dalam blog ini sejak setahun yang lepas.

Mungkin kerana saya banyak berfikir tentang adakah menulis di sini mencapai objektifnya atau pun tidak.

Mungkin meneliti kembali akan niat saya berkongsi kisah dan perasaan secara terbuka di khalayak yang tidak saya kenali.

Apapun saya kembali di sini, untuk menyambung kisah dan perkongsian saya – tanpa mengambilkira siapa yang membaca atau adakah ada orang yang membaca.

Gambar yang di ambil di atas adalah gambar keluarga saya semasa balik kampung untuk cuti Hari Raya Aidilfitri 1435H. Muhammad Hasif di tahun 5, Arif Uthmani di tahun 2 dan Ainur Mardhiah di tadika.

Sabrina masih mengajar di sekolah yang sama. Cuma saya yang sudah berhijrah ke syarikat yang lain penghujung September tahun ini.

Dunia semakin ligat berputar. Terasa terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa yang singkat.

Dan terlalu banyak isu yang bermain di kepala dan tak mungkin sempat dicoretkan di dalam bentuk penulisan.

Saya tidak mahu berjanji lagi untuk menulis sekerap yang mungkin.

Saya akan menulis apabila saya terasa hendak menulis!

 

Advertisements