izharhadafi

Rehatlah kamu di sana, sahabatku..

In Uncategorized on Mac 13, 2015 at 6:45 pm

Saya masih tidak dapat mengalihkan perhatian saya dari mengingati sahabat saya yang baru meninggal dunia semalam. Kereta yang saya pandu menuju ke tempat kerja pagi tadi sepatutnya mengambil exit Nilai, tetapi disebabkan terlalu asyik mengenangkan peristiwa-peristiwa yang kami lalui bersama; saya terlajak ke Seremban.

Saya juga tidak dapat menulis dengan baik untuk menceritakan betapa sedihnya hati melihat sahabat saya ini pergi dengan begitu cepat dan terkilannya saya kerana sudah beberapa lama tidak bertanya khabar dirinya; walaupun arwah tinggal tidaklah begitu jauh dari kediaman saya.

Hanya mereka yang mengenali susuk tubuh bernama Lizal Iswady bin Ahmad Ghazali menyedari betapa mereka kerugian kehilangannya – soft-spoken, gentle, jujur, ikhlas, tidak pernah marah dan kasihkan sahabatnya melebihi diri sendiri.

Dan hanya foto-foto lama menjadi tatapan pengubat rindu, dan kenangan pahit manis bersama yang tidak mungkin berulang kembali. Al Fatihah..

Reunion teman seuniversiti di sebuah hotel di Kuala Lumpur

Reunion teman seuniversiti di sebuah hotel di Kuala Lumpur

Lizal dan sahabat-sahabat menghadiri majlis perkahwinan saya

Lizal dan sahabat-sahabat menghadiri majlis perkahwinan saya

Makan malam di Pusat Dakwah Islamiah Paroi

Makan malam di Pusat Dakwah Islamiah Paroi

Bergambar selepas selesai kursus di Pusat Dakwah Islamiah Paroi

Bergambar selepas selesai kursus di Pusat Dakwah Islamiah Paroi

Selesai menyertai liga bolasepak di Maktab Perguruan Teknik Cheras

Selesai menyertai liga bolasepak di Maktab Perguruan Teknik Cheras

Makan di Kamsis Y, UKM

Makan di Kamsis Y, UKM

DSC_0472

Dinner

Dinner

Dinner tahunan

Dinner

Dinner

Hadir ke majlis kenduri perkahwinan kak Chik @ Fazilah Isa

Hadir ke majlis kenduri perkahwinan kak Chik @ Fazilah Isa

Datang beraya di rumah saya bersama Shaffri @ Mat Yie

Datang beraya di rumah saya bersama Shaffri @ Mat Yie

Bergambar beramai-ramai semasa kenduri kahwin kak Chik

Bergambar beramai-ramai semasa kenduri kahwin kak Chik

team kompang di universiti

team kompang di universiti

Bersama Lizal dan Dr. Abu Bakar @ "Burn"

Bersama Lizal dan Dr. Abu Bakar @ “Burn”

Link ini pula gambar semasa kami ber’demo’ untuk Palestin; zaman-zaman berusrah bersama..

https://izharhadafi.wordpress.com/2009/01/page/10/

Rehatlah kamu di sana, Lizal Iswady..

Rehatlah kamu di sana, Lizal Iswady..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: