izharhadafi

Archive for Januari 2011|Monthly archive page

2 tahun di dunia blog

In Pemikiran & Ehwal Dunia on Januari 20, 2011 at 7:47 am

Bulan ini, usia blog saya sudah mencecah 2 tahun.

Bermula dengan niat untuk berkongsi pengalaman sebagai bapa kepada Arif Uthmani,  saya bagaimanapun tidak menyempitkan skop penulisan saya kepada isu-isu Down Syndrome sahaja.

Saya juga menulis mengenai isu-isu yang dekat di hati selain adakalanya merepek untuk ‘release tension’.

Alhamdulillah, dengan status orang biasa-biasa dan menulis juga isu-isu yang biasa, laman blog saya telah dikunjungi lebih dari 17000 kali.

Walaupun saya menulis bukan untuk mengejar jumlah ‘hits’, tetapi sekurang-kurangnya kunjungan anda memberi semangat kepada saya untuk terus menulis. Dan menulis bukanlah perkara yang ‘natural’ untuk saya, di samping susahnya untuk mencari masa untuk menulis.

Melalui laman blog ini jugalah saya mendapat kenalan baru, dan kembali berhubung dengan rakan yang sudah puluhan tahun tidak bersua. Ada juga beberapa peristiwa di mana saya ditegur oleh individu yang tidak disangka-sangka mengikuti perkembangan blog saya.

Setakat ini pengalaman saya dalam menulis blog baik-baik saja dan insya-Allah saya akan terus menulis selagi termampu dan selagi saya mempunyai sebab untuk menulis.

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya dan harapnya anda dapat memaafkan saya sekiranya penulisan saya tidak mencapai standard anda atau tulisan saya membuat anda tersinggung..