izharhadafi

Kembali di hujung Zulhijjah 1435

In Famili on Oktober 18, 2014 at 11:21 pm

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

 

Banyak yang telah berlaku semenjak kali terakhir saya menulis di media ini.

Suka-duka.

Pahit-manis.

Saya tidak dapat menjawab kenapa saya tidak menulis lagi dalam blog ini sejak setahun yang lepas.

Mungkin kerana saya banyak berfikir tentang adakah menulis di sini mencapai objektifnya atau pun tidak.

Mungkin meneliti kembali akan niat saya berkongsi kisah dan perasaan secara terbuka di khalayak yang tidak saya kenali.

Apapun saya kembali di sini, untuk menyambung kisah dan perkongsian saya – tanpa mengambilkira siapa yang membaca atau adakah ada orang yang membaca.

Gambar yang di ambil di atas adalah gambar keluarga saya semasa balik kampung untuk cuti Hari Raya Aidilfitri 1435H. Muhammad Hasif di tahun 5, Arif Uthmani di tahun 2 dan Ainur Mardhiah di tadika.

Sabrina masih mengajar di sekolah yang sama. Cuma saya yang sudah berhijrah ke syarikat yang lain penghujung September tahun ini.

Dunia semakin ligat berputar. Terasa terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa yang singkat.

Dan terlalu banyak isu yang bermain di kepala dan tak mungkin sempat dicoretkan di dalam bentuk penulisan.

Saya tidak mahu berjanji lagi untuk menulis sekerap yang mungkin.

Saya akan menulis apabila saya terasa hendak menulis!

 

Inspiring Video on Dr Muhammad Mursi

In Uncategorized on Julai 6, 2013 at 12:44 pm

Saya menangis beberapa kali melihat video ini. Ketidak upayaan saya untuk memberi bantuan kepada rakyat Mesir dan secara tidak langsung rakyat Palestin di Gaza sangat meruntun jiwa.

Allah, Allah ampunilah umat-Mu di akhir zaman ini, yang hanya mampu mencegah kemungkaran yang di kenakan ke atas saudara seagamanya melalui hati. Itulah selemah-lemah iman..

Catatan 2013

In Uncategorized on Mei 25, 2013 at 3:43 pm

Alhamdulillah, setakat ini masih menghirup udara segar kurniaan Allah swt.

Ini merupakan catatan singkat pertama dalam tahun 2013, dan saya tidak berbangga dengannya kerana sudah setahun lamanya saya menyepi.

Namun apakan daya, kudrat seorang insan adalah terbatas; dan keterbatasan itu menyebabkan saya tidak dapat menulis di dalam blog. Hanya dengan sapaan dari Ustaz Badli Shah Alaudin tempohari semasa majlis jamuan amal Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Subang Jaya untuk ORKIDS menyebabkan saya merasa terpanggil untuk kembali menulis.

Tidak saya sangka, masih ada orang yang berkunjung ke blog saya, yang sudah lama tidak dijengah oleh tuannya.

Insya Allah..saya akan menulis dengan lebih kerap lagi tahun ini!