izharhadafi

5 sebelum 5

In Motivasi & kerjaya on April 10, 2011 at 10:48 am

RUTIN YANG BARU

Sejak memulakan pengajian separuh masa, jadual kehidupan saya banyak berubah.  Bukannya tidak bersedia ke arah itu, tetapi saya mengambil sedikit masa untuk ‘adjust’ dengan rutin harian dan mingguan yang baru.

Saya perlu fokus dan tekun menghabiskan tugasan kerja saya dalam masa pejabat, supaya apabila balik ke rumah saya boleh meluangkan masa bersama anak-anak dan isteri. Selepas jam 10, sekiranya masih bertenaga, saya perlu membuat ulangkaji dan membaca jurnal-jurnal dan papers yang diberikan oleh pensyarah sebagai bacaan tambahan.

Setiap hari Sabtu saya akan berkunjung ke Kolej Tun Syed Nasir, UKM KL untuk kelas dari 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Setiap hari Ahad pula saya akan ke Fakulti Ekonomi UKM Bangi dari jam 9 pagi hingga 3 petang untuk kelas tambahan.

Keadaan ini akan berterusan sehingga tamat pengajian, insya-Allah 18 bulan dari Februari 2011.

SOKONGAN ISTERI

Alhamdulillah, Sabrina banyak menyokong usaha saya ini. Tambahan pula pada bulan pertama pengajian, pembantu rumah kami balik bercuti sebulan di Indonesia.

Walaupun agak kelam-kabut jadinya keadaan rumah, kami ‘survived.’

Sabrina pun ada mengatur jadual untuk anak-anak pada hujung minggu agar mereka tidak kebosanan apabila saya tiada di rumah. Antara destinasi yang dituju adalah Perpustakaan Kanak-Kanak berdekatan Dataran Merdeka dan selepas itu mereka akan ke Lake Gardens. Saya fikir ini penting agar anak-anak tidak terasa diabaikan sementara ayah mereka tidak dapat meluangkan masa untuk mereka.

LIMA SEBELUM LIMA

Kesibukan yang bertambah ini mengingatkan saya kepada hadis Rasulullah S.A.W. yang selalu disebut dalam kelas-kelas pengajian:

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A., pada suatu hari Rasullullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:

 “Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu

1.  Masa muda engkau sebelum datangnya hari tua

2. Masa sihat engkau sebelum dilanda sakit

3.  Masa kaya engkau sebelum jatuh papa,

4. Masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk

5. Masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.”

Walaupun apabila selalu mendengarnya kita rasa kita sudah memahami maksud hadis berkenaan, apabila kita mengalami (kesibukan) itu sendiri barulah kita dapat ‘internalize’ dan menghayati akan pentingnya untuk kita merebut kelima-lima peluang yang diberikan sebelum peluang berkenaan berlalu dan kita terlepas untuk mendapat manfaat daripadanya.

Saya juga teringat dalam buku Stephen Covey, 7 Habits of Highly Effective People, semasa membincangkan tentang semua orang mempunyai jumlah masa yang sama, tetapi orang yang efektif akan mengisi masanya dengan perkara-perkara yang benar-benar penting dan bermakna dahulu dan selepas itu jika ada masa renggang barulah masa itu diisi dengan perkara yang lebih rendah keutamaannya.

Covey mengangkat kisah seorang pensyarah yang membawa sebuah balang yang kosong, sebungkus batu yang besar, sebungkus batu kerikil (pebbles) dan sebungkus pasir. Lalu di arahkan seorang pelajarnya untuk mengisi semua ketiga-tiga elemen (batu besar, batu kerikil dan pasir) ke dalam balang yang kosong agar muat semuanya.

Seorang pelajar mengisikan pasir dahulu, kemudian diikuti dengan batu kerikil dan akhirnya batu besar. Lalu dia mendapati batu besar itu tidak muat masuk ke dalam balang berkenaan.

Apabila gagal, pensyarah berkenaan meminta seorang lagi pelajarnya untuk mencuba.

Kali ini pelajar yang kedua memasukkan batu besar dahulu. Kemudian dia memasukkan batu kerikil pula, dan batu kerikil itu dapat masuk di celahan antara batu-batu besar. Akhirnya dia menuangkan pasir ke dalam balang dan pasir itu juga muat untuk masuk ke dalam balang kerana ianya masuk melalui celahan antara batu-batu kerikil.

Lalu si pensyarah mengibaratkan batu besar sebagai balang kosong sebagai masa, batu besar sebagai tugasan atau aktiviti yang berkeutamaan tinggi, batu kerikil sebagai tugasan berkeutamaan sederhana dan pasir sebagai tugasan berkeutamaan rendah.

Jika kita dapat mengatur hidup kita disekeliling tugasan-tugasan yang besar, insya-Allah tugasan-tugasan yang sederhana dan kecil (tetapi mungkin impaknya besar) seperti meluangkan masa bersama anak dan keluarga akan dapat dilakukan juga secara berkualiti.

Insya-Allah, sebagai Muslim sebenarnya kitalah yang sepatutnya menjadi manusia yang paling efektif dan menghargai masa. Bukankah Allah swt telah bersumpah di atas nama masa?

 Saya akhiri nukilan saya kali ini dengan terjemahan al-Qur’an dalam surah al-‘Asr (1-3) dan berdoa agar saya tidak tergolong dalam golongan yang  kerugian..

“Demi Masa

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”

  1. …a very helpfull entry for me..
    thank izhar for wrote this…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: