izharhadafi

‘Syariah-compliant’ Dreams?

In Motivasi & kerjaya on Februari 8, 2011 at 11:30 pm

TAYLOR SWIFT

Saya mengambil cuti tambahan Tahun Baru Cina. Tetapi tidak ke mana-mana, cuma berlegar di sekitar Kuala Lumpur saja.  Kebetulan, saya ada menonton re-runs program Oprah Winfrey, yang mana tetamu jemputannya ialah seorang penyanyi terkenal, Taylor Swift.

Taylor Swift mula dikenali ramai pada usia 16 tahun dengan lagu ‘single’nya – Tim McGraw. Saya pasti anda lebih mengetahui perkembangan beliau melalui lagu-lagu hitsnya yang banyak diperdengarkan di corong-corong radio.

Apa yang ingin saya tulis di sini adalah komen Oprah mengenai kejayaan yang di kecapi Taylor Swift dalam masa yang sangat singkat dan pada usia yang begitu muda.

Oprah berkata,

“I’m fascinated by the idea that you can manifest reality for yourself and that you can dream a dream, hold on to that dream, believe to that dream and draw that dream to yourself”

AT ALL COST?

Lalu saya berfikir, bagaimana jika saya bermimpi satu impian, berpegang kepada impian itu, percaya bahawa impian itu boleh di capai dan berjaya menzahirkan impian tersebut, tetapi saya perlu membuat ‘compromise’ terhadap pegangan akidah saya.

Apa yang perlu saya buat?

Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa. Dan terjadi dalam banyak lapangan kerjaya.

Pada ketika kita sudah hampir sampai ke puncak, di situlah ujian terhadap ketaatan kepada-Nya menjelma.

Lalu jika di beri pilihan kejayaan yang tiada taranya dengan ‘sedikit’ compromise pada akidah, atau kehidupan yang biasa-biasa tetapi itulah jalan yang di redhai-Nya lalu manakah jalan yang patut di pilih?

JALAN YANG TENGAH

Saya melihat 2 golongan yang memilih jalan yang berada di opposite extreme.

Golongan pertama melihat segala cabaran yang pada pandangannya boleh mengganggu kehidupan ‘beragama’nya akan ditolak terus. Maksud mengganggu kehidupan ‘beragama’ adalah jika kerja atau impiannya itu boleh mengganggu rutin ibadah hariannya dengan selesa.

Oleh kerana takutnya mereka untuk mengubah status quo, mereka melihat sebarang perubahan pada hidup mereka sebagai ancaman terhadap kehidupan beragama mereka. Ada yang sehingga tidak bekerja kerana terlalu takutkan kerjanya itu akan ‘melalaikan’ tanggungjawab mereka kepada Allah.

Golongan kedua melihat sebarang peluang untuknya mencapai kejayaan perlu direbut tanpa perlu pertimbangan akidah. Peluang bukannya datang dengan senang, jadi bila impian boleh dijadikan kenyataan, ia perlu di rebut at all cost!

Tetapi ada segolongan kecil manusia yang cuba untuk mencari harmoni antara tuntutan agama dan impian hidupnya. Padanya kedua-duanya sangat penting dan seboleh mungkin dia tidak perlu untuk ‘sacrifice’ one for another.

Pada ketika dia berusaha mencapai impian hidupnya, dia juga terpaksa menambah syarat impian hidupnya itu mestilah ‘syariah-compliant’. Walaupun sangat mencabar, jika dia berjaya dalam misinya itu, kejayaan itu akan menjadi sangat manis.

Pilihan yang teramat sukar dan menambah komplikasi dalam kehidupannya. Mereka akan terpinggir kerana mereka bukan berada dalam golongan agama yang typical dan bukan juga berada di dalam golongan yang hanya melihat dunia sebagai pentas hidup dan matlamat mereka.

Pada saya, inilah golongan yang benar-benar berjaya.

If you have a dream, live up to your dreams and at the same time align your dreams so that it’s ‘syariah-compliant.’ I’m not saying it’s easy, but this is what expected of us as Muslims.

Bukan senang nak jadi senang (di dunia & akhirat) !!

  1. Sangat bagus untuk difikirkan, syariah-compliant dreams!🙂 Semua orang ada impian, dan semua orang kalau boleh nak menggapai impiannya, cuma kena pastikan impian itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam, kan?

    Nak berjaya di dunia kena ada ilmu, nak berjaya di akhirat juga kena ada ilmu. Tapi seperti tulisan sdr Izhar, bukan senang nak jadi golongan tengah2 tu, nak2 di zaman serba mencabar ni. Tapi contoh2 mereka tu ada di keliling kita.

    Saya tertarik dengan Ustaz Azhar Idrus yang famous itu, selain berjihad sebagai pendakwah, beliau juga seorang ahli fotografi (kerana saya minat fotografi) yang pada saya dah tahap pro. Mari saya kongsikan galeri beliau di http://www.digitalmukmin.com

    • Ummu ‘Aisyah: Antara contoh yang saya lihat ada pada seorang Muslimah yang berlari maraton, berhenti di stesen minyak untuk berwudhuk dan solat Subuh di celah rimbun pokok. A ‘syariah-compliant’ marathon runner!! : )

  2. memang betul, yang dapat ambil jalan tengah tu biasanya yang berjaya. Ini dah jadi fitrah kita untuk menjadi kaya dan berjaya namun akidah manjadi yang utama. Selagi tidak menjejaskan akidah maka boleh teruskan. Jangan tingglkan dunia untuk kejar akhirat dan sebaliknya. Kerana keduanya itu adalah saling melengkapi, jadikan dunia sebagai cara untuk dapatkan akhirat.

    • Nik: mencari titik tengah itulah yang menjadi cabaran..kerana setiap kita mempunyai jalan hidup yang berbeza. There’s no one straight path in life to follow. Hanya al-Qur’an dan hadis sebagai panduan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: