izharhadafi

Intifada’ Sidi Bouzid

In Pemikiran & Ehwal Dunia on Februari 1, 2011 at 11:52 pm

MOHAMAD BOUAZIZI, PENCETUS INTIFADA’

Saya mengikuti dengan penuh minat akan perkembangan di Timur Tengah. Bermula dengan initfada’ Sidi Bouzid di Tunisia yang menjatuhkan Presiden Ben Ali dan kuncu-kuncunya. Semangat revolusi ini telah merebak luas di seluruh wilayah Arab dengan Presiden Husni Mobarak sekarang sedang merasa bahangnya.

Seorang pemuda Islam telah mengambil satu keputusan yang nekad, iaitu untuk membakar dirinya di hadapan bangunan majlis perbandaran di bandar Sidi Bouzid, Tunisia sebagai kemuncak kekecewaan dan protes di atas ketidakadilan yang berlaku pada dirinya.

Mohamad Bouazizi hanya inginkan peluang untuknya mencari rezeki yang halal. Setelah gerai buah-buahannya di rampas dan permohonannya yang puluhan kali ditolak oleh pegawai majlis perbandaran; beliau putus asa dan pada kemuncak kekecewaannya bertindak untuk membakar diri.

Insiden yang menyayat hati inilah yang menjadi pencetus kepada kebangkitan rakyat Tunisia. Setelah puluhan tahun melihat kerajaan yang korup, zalim dan menindas, they have decided enough is enough.

MEREBAK KE MESIR

Kini giliran rakyat Mesir untuk menyambung revolusi rakyat Tunisia di negara mereka. Semenjak pemerintahan kuku besi Gamal Abdul Nasser sehinggalah sekarang, rakyat Mesir terus ditekan hebat, dengan kemunduran ekonomi, korupsi, penindasan dan perbezaan taraf ekonomi yang terlalu besar jurangnya.

Bukan sahaja negara-negara Arab yang terkesan dengan revolusi ini, malah negara China juga diberitakan telah menghalang rakyatnya dari membuat carian perkataan ‘Egypt’ di enjin-enjin carian (search engines).

Saya benar-benar berharap agar sekiranya ada pertukaran tampuk pemerintahan, kali ini biarlah rakyat Tunisia dan Mesir yang mendapat manfaatnya. Bukan lagi satu sandiwara politik yang bakal menyaksikan pertukaran boneka lama kepada yang baru; namun iramanya tetap sama.

Dan besar lagi harapan saya kepada pertukaran pemerintah Mesir yang lebih ‘friendly’ kepada Islam. Dan terbukanya pintu Rafah dan bebasnya bumi Palestin!!

  1. The Spark of a blazing fire! Hari ini lepas solat Jumaat, Mesir bakal ‘meletup’! Moga Allah mudahkan segalanya n diberi pemimpin yg mengamalkan Islam keseluruhan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: