izharhadafi

Kain Putih

In Famili on Disember 23, 2010 at 11:33 pm

PERIKSA AKHIR TAHUN

Hari itu Hasif balik dengan membawa kertas ujian penggal akhir Matematik. Hanya setelah di arahkan oleh Sabrina barulah dia pergi mengambil kertas ujiannya untuk ditunjukkan kepada saya.

Saya menjangkakan keputusannya biasa-biasa saja, telahan dari gerak tubuh Hasif yang tidak begitu ‘excited.’ Tetapi apabila dilihat, markahnya 92!

Sungguh saya tidak faham dengan anak yang seorang ini, kalaulah saya yang mendapat keputusan sebegitu, sudah lama saya terlompat-lompat gembira..

Tetapi setelah semua keputusan diperolehi dan kedudukan dalam kelas dan seluruh darjah diperolehi; barulah saya mendapat jawapan dari gaya selamba Hasif sebelumnya.

Dengan mendapat ‘A’ dalam semua mata pelajaran dan mendapat markah purata lebih 90 untuk setiap mata pelajaran, Hasif masih mendapat kedudukan ke-22 dalam kelas dan 77 dalam seluruh darjahnya.

Ini membuatkan saya termenung sebentar. Kalau Hasif yang mendapat kedudukan ke-77 mendapat markah purata 90; saya tak tahulah berapa markah yang diperolehi oleh rakannya yang mendapat nombor 1. Mungkin semua 100 kot..

Sama ada pelajar sekolah berkenaan bijak-bijak belaka atau guru-guru sengaja membuat soalan mudah untuk murid tahun 1 sebagai motivasi untuk mereka belajar dengan lebih tekun.

KIASU-ISM?

Bila menghantar anak ke sekolah rendah barulah terasa ‘bahang’ untuk memandaikan anak. Saya kata begitu kerana, ramai ibubapa yang sudah mula menghantar anak-anak ke tuisyen sebaik saja anaknya masuk darjah 1. Ada yang sudah menghantar anak semasa mereka di tadika lagi!

Apabila ditanya kenapa menghantar anak ke tuisyen sebegitu muda, jawab mereka, “Kalau tak hantar nanti ketinggalan. Kesian kat anak..”

Mulanya saya tidak faham, tetapi sekarang bila Hasif pulang dengan membawa kad laporan kemajuan untuk Darjah1, barulah saya faham..

Setakat ini Sabrina dan saya cuba untuk bertahan, kami tidak menghantar Hasif untuk tuisyen. Kerana pada pendapat kami tuisyen tidak menjana minda. Hanya ‘rote-learning’ iaitu membuat latihan secara berulang kali supaya akhirnya si anak itu hafal tanpa mendapat kefahaman.

Kami menghantar Hasif ke Global Art dan Vital Years. Satu kelas seni dan satu lagi kelas English menggunakan kaedah ‘thematic’. Harapnya dengan menghantar Hasif ke kelas yang lain dari apa yang dipelajari di sekolah, dia dapat ‘develop his creative side’ dan mendapat kemahiran yang baru.

Pada masa yang sama, sepanjang musim cuti sekolah ini kami ada mendorong dia untuk menghafaz surah-surah lazim, dengan menjanjikannya satu set permainan pistol Nerf sekiranya dia berjaya membuat hafalan. Alhamdulillah, dia sudah berjaya menghafal 17 surah dari al-Fatihah ke surah az-Zalzalah.

KAIN PUTIH

Mungkin sebab itulah kita sering mendengar orang berkata, anak-anak itu umpama kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan kain mengikut haluan yang kita kehendaki.

Menjadi pencorak kepada masa depan anak-anak inilah yang menakutkan.

Sering terfikir, cukupkah perhatian yang diberi? Perlukah dia mendapat bantuan tambahan dalam pelajarannya? Kalau dia cenderung ke arah agama, kenapa tidak hantarkan dia ke sekolah tahfiz atau sekolah-sekolah agama seperti al-Amin dan Khalifah?

Setakat ini, kami berikan yang termampu dan yang terbaik menurut pengetahuan kami yang terbatas ini. Selebihnya kami hanya mampu untuk mendoakan agar suatu hari nanti, dia akan membesar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..

  1. ala…kesianye kat hasif..nway, kenape ade snow2 nieh? nk join org kat UK nyer snow ke..huhu..

  2. Kalau saya di tempat anda, dan anak saya cenderung ke arah agama seperti Hasif, saya akan melabur ke sekolah Al-Amin atau Khalifah atau ke sek integrasi. Walaupun kecemerlangan dalam akademik tu penting, lagi bagus rasanya kalau anak2 kita cemerlang secara syumul. Dan memang, masa anak2 saya darjah 1 dulu, budak2 lain memang % dia 100%!!! Dan beza % pun sikit sangat. Jadi tak heran kalau anak2 yang dapat 95% pun boleh dapat nombor banyak.

    • Haza: Welcome to my blog. It’s an honor to have one of my favorite blogger commenting on my blog : )

      Hajat di hati memang nak hantar dia ke sekolah aliran agama, tapi buat masa ini hajat tu kena pendam dulu lah.

      Apa yang penting, terdidik di sekolah agama atau pun tidak ialah untuk membentuk jati diri anak-anak kita. Insya-Allah wherever he or she goes, they will still hold on tightly to al-Qur’an & sunnah..

  3. Assalamualaikum, mind if i nk tau bout perkembangan Hasif stlh u hntr ke Global Art… sbb i terfikir gak nk hntr my 5 yrs old doter to the class..

    • Saya rasa Global Art lebih kepada building confidence akan kebolehan diri. Bila lukisan Hasif dipuji di sekolah, self-confidence dia semakin tinggi dan ini yang diharapkan. Tapi Puan perlu assess facility & kemampuan guru yang mengajar kerana tak semua pusat Global Art itu sama kualitinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: