izharhadafi

Qurban 2010

In Famili, Uncategorized on Disember 4, 2010 at 2:02 pm

Bulan lepas saya berpeluang menunaikan ibadah qurban di Pondok Ustaz Bakar, Penanti.

Ini adalah kali kedua saya berqurban dengan Ustaz Bakar. Pertama kali pada tahun 2008 dan  tahun lepas saya berqurban di Masjid Hj. Saad, Tanah Liat.

Apa yang menarik untuk dikongsi bersama ialah kejayaan pengurusan qurban yang dikendalikan oleh Ustaz Bakar yang sangat efisien.

37 ekor lembu berjaya dikorbankan, dari proses menyembelih sehinggalah mengagihkan kepada orang ramai dalam masa 4 jam adalah mengagumkan!

Setiap petugas tahu fungsi dan peranan masing-masing. Kelicinan pergerakan dari sembelihan, melapah, memotong daging dan tulang, serta pengagihan daging kepada peserta qurban dan lain-lain adalah mengagumkan.

Saya kongsikan aturan perjalanan/proses qurban di Pondok Ustaz Bakar seperti di bawah:

Langkah 0-6 dalam sisipan gambar



Langkah 7: Daging dan tulang dipotong kecil dan diagihkan ke dalam beg kanvas kepada 7 bahagian

Langkah 8: Daging qurban diagihkan kepada para peserta qurban dan fakir miskin.

(langkah 7 & 8 tiada dalam gambar)

Saya juga pernah menyertai program qurban di mana, pengurusannya agak lemah dan terdiri dari sukarelawan yang kurang cekap (termasuk saya sendiri) dalam urusan qurban. Jadi segalanya lambat dan tidak teratur.

Lalu apa pengajaran yang dikutip dari program qurban tahun ini?

1. Persediaan yang baik akan memudahkan segala urusan kerana semua orang sudah tahu peranan masing-masing. Sekiranya hanya pada hari qurban dilakukan baru hendak mengagih tugas, maka persediaan setiap sukarelawan sudah pasti tidak kemas.

Failure to plan is planning to fail!

2. Kemahiran atau ilmu diperlukan dalam setiap apa yang kita lakukan. Ibadah qurban bukan sahaja satu program ibadah khusus seperti solat dan puasa; ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental. Kemahiran mengurus, mengawal haiwan peliharaan, menyempurnakan sembelihan, melapah, memotong, ‘distribution system’, ‘crowd control’ dan sebagainya.

3. Sistem yang teratur dan kelengkapan yang cukup juga akan melicinkan perlaksanaan ibadah qurban. Jika diperhatikan dari langkah 0-8, semuanya ada petugas yang khas. Hatta untuk tagging nombor lembu pun mereka tugaskan kepada 2 remaja dari sekolah tahfiz.

Pasukan melapah lembu terdiri mereka yang berpengalaman, secara purata mengikut timing saya, mereka berjaya melapah seekor lembu dalam masa 25 minit sahaja! (Pengalaman saya melapah seekor lembu bersama 5 orang amatur adalah 1 jam 30 minit!)

Penggunaan forklift untuk mengangkat lembu yang baru disembelih ke kawasan melapah juga banyak membantu

Malah tools yang digunakan untuk menggantung kaki lembu supaya mereka senang untuk memotong daging juga banyak menolong! (This is part of system & tools of work!)

Jadi betapa banyaknya pengajaran yang boleh diambil dari ibadah qurban ini yang boleh diaplikasikan kepada kehidupan seharian dan pekerjaan kita.

Hanya untuk mereka yang mahu mengambil pengajaran..

  1. 37 ekor in 4 hours amat lah menakjubkan. how many volunteers? aku volunteer ‘mendaging’ kat masjid DE sj haritu only 24 ekor tp sampai ke asar tak habis settle….

    • volunteers mmg ramai. tapi semua specialized. contohnya, yang jaga lembu tu memang penternak lembu dan yang melapah daging tu memang kerja lapah daging kat pasar. kami yang buat qurban jadi pemerhati saja la..nak tolong pun macam melambatkan kerja diorang je..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: