izharhadafi

Perasmian Masjid Alam Damai

In Pemikiran & Ehwal Dunia on Ogos 29, 2010 at 12:28 am

ZIARAH RAMADHAN 1431H

Saya masih teringat tanggal 1 Ramadhan 1430H, masjid Alam Damai menerima kunjungan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, yang lebih terkenal dengan laman webnya, Saifulislam.com untuk kuliah Subuh.

Tanggal 17 Ramadhan tahun ini, ahli kariah Masjid Alam Damai menerima kunjungan yang sungguh bermakna, tidak lain dari DYMM Yang Dipertuan Agong Malaysia, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk merasmikan kompleks Masjid al-Mukhlisin.

PERASMIAN MASJID

Pukul 12.30 tengahari, saya sudah pun berada di perkarangan masjid, menunggu ketibaan baginda. Masjid ketika itu sudah pun hampir penuh. Saya pasti, kunjungan baginda amat dinanti-nantikan oleh ahli kariah masjid.

Hampir jam 1 petang barulah DYMM Sultan Mizan tiba dengan rombongannya yang turut disertai oleh  dua orang puteranya, Tengku Muhammad Ismail (pemangku Sultan Terengganu) dan Tengku Muhammad Mua’az.

Perasmian masjid disempurnakan oleh DYMM Sultan Mizan setelah ucapan alu-aluan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan pihak AJK masjid telah menyediakan cenderamata berupa sebuah replika masjid Alam Damai kepada baginda Tuanku.

USWATUN HASANAH

Satu perkara yang menarik perhatian saya adalah baginda tuanku yang duduk di atas kerusi semasa solat Jumaat. Pada mulanya saya ingatkan itu adalah protokol Istana, tetapi bila diingatkan kembali, saya pernah melihat Baginda duduk bersila bersama makmum lain semasa solat di masjid-masjid di dalam TV.

Kemudian saya berfikir, mungkin Baginda mempunyai keuzuran yang menyebabkan Baginda tidak dapat solat seperti biasa. Dan ini membuatkan saya amat terharu..

Di kala ramai umat Islam memandang enteng akan kepentingan solat dan sentiasa mencari alasan untuk tidak bersolat di atas pelbagai ‘keuzuran’, di sini seorang pemerintah negara menunjukkan satu sikap yang baik untuk ikutan rakyat jelata.

‘Walau pun aku Sultan, dan walaupun aku uzur, aku masih seorang hamba Allah dan perlu menunaikan hak terhadap Tuhannya.’

Inilah mesej tersirat yang saya ambil dari teladan yang di beri oleh Baginda Sultan.

Dan di sisi Allah swt, hanya iman dan takwa yang membezakan darjat hamba-hambaNya; tidak kira sama ada dia seorang Raja yang berkuasa atau rakyat biasa..

GAMBAR YANG SEMPAT SAYA RAKAMKAN

Bersalaman dengan ahli kariah sambil diperhatikan oleh putera Baginda

Masih bersalaman sambil menuju ke arah kereta

Bersama Datuk Seri Jamil Khir

Berangkat pulang

Pautan yang berkaitan:

1. Liputan oleh Harian Metro di sini.

2. Post saya mengenai masjid Alam Damai di sini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: