izharhadafi

Buah Tangan Ramadhan

In Motivasi & kerjaya, Pemikiran & Ehwal Dunia on Ogos 19, 2010 at 9:56 am

BAGAIMANA RAMADHAN ANDA?

Setiap tahun Ramadhan datang dan pergi, ramai yang bercerita tentang pasar Ramadhan, suasana terawih di surau atau masjid yang berdekatan rumah, di mana hendak membeli-belah baju raya dan kuih-raya serta pastinya soalan cepumas, balik raya mana tahun ini?

Ramai juga yang menulis dan berceramah, betapa umat Islam hari ini sudah menjadikan bulan suci dan penuh berkat ini sebagai rutin tahunan dalam budaya mereka dan sudah melupakan mesej penting yang ingin disampaikan bersempena bulan Ramadhan.

Ya dan tidak. Saya berpendapat kita harus bersederhana dan menerima kedua-dua pendapat yang bertentangan arus ini, dan membuat konklusi terbaik untuk diri dan keluarga. Oleh itu, dalam keghairahan kita ‘menyambut’ Ramadhan di ‘param-param’ (ha ha, baru belajar istilah param = pasar Ramadhan), seharusnya kita tidak juga lupa untuk cuba mengambil sedikit hikmah gesaan menambah amal ibadah di bulan mulia ini.

Saya sangat percaya, jika ada amalan atau perubahan yang ingin kita lakukan, maka pada bulan Ramadhan-lah sebaik-baik masa untuk melakukannya. Ya, selain dari teori syaitan yang dirantai menjadikan kita hanya bergelut dengan nafsu sendiri untuk berubah, saya sendiri pernah mencuba dan alhamdulillah kebanyakannya berjaya.

Banyak tahun yang lepas, semasa saya masih belajar di universiti, saya pernah berazam untuk sekurang-kurangnya dapat solat berjemaah sekali dalam sehari.  Secara kebetulan, saya mula berazam di bulan Ramadhan dan memanglah pada mulanya saya merasa agak payah (kerana kebiasaan solat sendiri di rumah), namun apabila amalan solat berjemaah ini menjadi kebiasaan, rasa agak janggal pula bila adakalanya saya solat sendirian di rumah sekarang. Paling kurang, ajak Hasif dan Sabrina menjadi makmum di rumah.

Begitu juga tahun lepas, apabila naqib usrah saya, Saudara Aisharuddin yang meminta kami semua untuk menghafal al-Mathu’rat, selama beberapa bulan saya gagal. Bukannya gagal mencuba, tetapi atas kelemahan diri, saya meletakkan hafalan itu di prioriti yang rendah dan saya utamakan perkara-perkara lain sehingga tiada masa untuk meluangkan masa membuat hafalan.

Tetapi masuk bulan Ramadhan, saya bertekad untuk memulakan hafalan. Alhamdulillah, setelah tamatnya Ramadhan tahun lepas, saya sudah membiasakan diri untuk membaca al-Mathu’rat setiap pagi semasa saya memandu ke tempat kerja.

Bagi saya, rugilah kalau kita membiarkan Ramadhan berlalu begitu saja, tanpa sebarang perancangan di pihak kita untuk ‘merebut’ mutiara amal untuk dibawa sebagai bekal di luar Ramadhan.

ISTIQAMAH LEBIH MENCABAR

Namun saya bersetuju, untuk istiqamah dengan amal ibadah selepas Ramadhan itulah cabaran sebenar. Berapa ramai antara kita yang dapat istiqamah (berterusan) bertadarus al-Qur’an dan berqiyamulail di luar Ramadhan?

Adakalanya saya merasa seperti seorang hipokrit kerana ber’poyo-poyo’ beribadah semasa Ramadhan, tetapi melangkah saja di luar Ramadhan, semua ibadah itu terus ditinggalkan.

Bagi saya, setiap orang perlu memberi masa untuk membiasakan diri dengan amal ibadah yang dibuat dan to go slow and steady. Janganlah membuat perubahan atau azam yang terlalu drastik sehingga akhirnya kita kecewa kerana gagal untuk menunaikan azam kita itu. It has to be SMART (S-pecific, M-easurable, A-chievable, R-ealistic,  T-ime-bound) Apa yang mampu, buatlah. Dan buatlah dari keinginan kita sendiri dan bukannya untuk orang lain. Barulah, motivasi untuk istiqamah sentiasa kekal dan tidak bergantung kepada faktor luaran.

Semoga dengan baki Ramadhan yang ada ini, saya, tuan-tuan dan puan-puan semua dapat keluar dengan membawa sedikit buah tangan, sebagai bekal sementara menanti Ramadhan kunjung lagi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: