izharhadafi

Abah 32

In Famili on Jun 28, 2010 at 10:24 pm

Tahun ini saya menyambut Hari Lahir ke-32 tanpa banyak ‘fanfare’; satu sebabnya adalah kerana kesibukan bekerja. Namun itu tidak menjadi penghalang untuk kami sekeluarga bergembira dan meraikannya, walaupun hanya di rumah.

Dengan izinNya, saya berpeluang untuk hidup selama 32 tahun dan pastinya di sebalik kemeriahan sambutan hari lahir tertanam satu mesej yang tersirat; akan betapa semakin kita menghampiri Tuhan. Semoga saya dan anda dapat memperbaiki diri dan keluarga agar di akhirnya kita dapat kembali bertemu dalam suasana riang gembira sepertimana keriangan kita di dunia menyambut birthdays..

Apapun, saya bersyukur kerana di kurniakan isteri yang sentiasa memberi sokongan di atas apa saja yang saya lakukan, anak-anak yang alhamdulillah sihat dan gembira, famili dan sahabat yang sentiasa menginginkan yang terbaik untuk diri ini.

‘Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?’ – Qur’an:ar Rahmaan:13

ps: Selamat hari lahir juga kepada Abah saya, Habib (sepupu Sabrina), dan Melly Masram (rakan se-kindergarden he he) yang berkongsi tarikh lahir dengan saya!

  1. selamat hari lahir. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: