izharhadafi

Benarkah orang ikhlas itu ‘tertindas’?

In Motivasi & kerjaya on Mei 6, 2010 at 12:30 am

Got this article from my mailing list. Thought of sharing it with you guys..

From: Che Khalib Mohamad Noh, Dato Sri
Sent: Friday, April 30, 2010 3:56 PM
To: TNB Email Users
Subject: FW: [pfs82] Benarkah Orang ikhlas itu “TERTINDAS” ?

Salam semua, seorang rakan saya menghantar email ini pada saya. Saya
rasa begitu terpanggil untuk berkongsi cerita ini. Saya juga kerap kali
tidak terlepas dari dihantui oleh perasaan yang sama dengan kakak dalam
cerita ini. Insyaallah dengan cerita ini dapat kita jadikan renungan dan
panduan  bersama, salam ikhlas ck
______________________________

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas
walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.
Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu
saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah
organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata
seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa
bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran
yang wajar.. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak
ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah
berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali
terakhir dia mengikuti program latihan.. Enam bulan lagi dia akan
bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan
diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan
marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa
tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah
dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya
kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam
sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang
anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion
masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan
sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya
sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.
Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik
gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik
pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak
pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih
anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat.
Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam
organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir
berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak
lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah
berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu
misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah
what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama
manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan
kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja,
tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di
tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah
encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.
Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan
akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden
rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa
yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu
jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah
kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke
lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat,
kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan
kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat
kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya
sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau
setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah
lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong
sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu
sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita
bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong.
Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan
kepada kita.. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk
membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain,
yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita
tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam
kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A
yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya
yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak
itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan
Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka
tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada
orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan
melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: