izharhadafi

WDSD 2010

In DS on Mac 18, 2010 at 10:41 pm

Tahukah anda, hari Ahad, 21 Mac 2010 ini adalah World Down Syndrome Day?

Tarikh ini dipilih sempena keunikan Down Syndrome dalam triplikasi (trisomi) bagi kromosom ke-21 dan angka 21 dan trisomi (3) sangat berkait rapat dengan sindrom Down.

Kiwanis Down Syndrome Foundation (KDSF) akan mengadakan satu majlis khas yang bukan saja meraikan Hari Sindrom Down Sedunia, malah untuk menyambut ulang tahun ke-21 penubuhan KSDF itu sendiri.

Majlis ini akan berlangsung di KDSF-National Centre, Taman SEA pada 21 Mac 2010, jam 2-5 petang.

KDSF Parents Support Group (PSG) juga diberi peluang untuk membuat ‘soft-launch’ untuk satu program baru di KDSF yang bergelar Project 7.

Project 7 adalah satu projek yang diusahakan sendiri oleh para ibu bapa anak-anak Down Syndrome yang dihantar ke KDSF bagi memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak Down Syndrome yang sudah melewati umur 7 tahun.

Sebelum ini, KDSF hanya mempunyai program untuk pendidikan anak-anak Down Syndrome dari umur 2 bulan sehingga 6 tahun. Dengan adanya Projek 7, ini memberi alternatif kepada ibu bapa untuk memberikan pendidikan tambahan yang khusus kepada anak-anak Down Syndrome.

Panjang ceritanya jika saya ingin mengimbas kembali akan perjalanan Project 7 yang mula diusahakan oleh ahli komiti PSG sejak 2 tahun lalu, namun pahit-getir dan susah payah kami mengusahakan projek ini seakan terbalas apabila kelas pertama untuk Projek 7 bermula pada 8 Mac yang lalu. Berbekalkan sokongan yang tidak berbelah bahagi dari pihak pengurusan KDSF dan ahli lembaganya, kepimpinan yang mantap oleh pihak AJK PSG dan AJK Project 7, seramai 10 pelajar telah memulakan kelas mereka dengan penuh bersemangat sekali.

Marilah bersama kami untuk meraikan Hari Down Syndrome Sedunia hujung minggu ini. Anda tidak akan menyesal!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: