izharhadafi

7 tahun sudah berlalu..

In Famili on Januari 6, 2010 at 11:21 pm

Satu perasaan yang bercampur baur antara gembira dan terharu apabila melihat anak sulung kami, Muhammad Hasif mendaftarkan diri ke SK Alam Damai, untuk Darjah 1.

Bermulanya satu kembara baru bagi Muhammad Hasif dan ia adalah satu milestone yang wajar untuk dilihat kembali perjalanannya sebagai satu keluarga. Saya masih ingat saat kami kembali ke Kuala Lumpur, setelah selesai majlis kenduri kahwin di kedua-dua belah pihak, dengan memandu kereta Proton Iswara Aeroback yang dipinjam dari ibu saya, dan wang di dalam kocek lebih kurang RM50 sahaja. (dan saya tidak pernah beritahu Sabrina akan hal ini, sampailah sekarang)

Siapa sangka 7 tahun kemudiannya, alhamdulillah kami sudah mempunyai 3 orang anak, sedikit rezeki kurniaan Allah swt untuk mempunyai rumah untuk berteduh, kenderaan untuk kegunaan harian serta sedikit simpanan untuk masa hadapan.

Tujuh tahun yang berlalu adalah juga satu tempoh yang sesuai untuk kami sekeluarga bermuhasabah diri, mengambil iktibar dari Tafsir Mimpi Nabi Yusuf sebagaimana diceritakan di dalam Al-Qur’an surah Yusuf, ayat 43-49.  Nabi Yusuf telah menafsirkan mimpi Raja dengan tepat dan seterusnya berjaya mengelakkan Mesir dari krisis kekurangan makanan yang melanda selama 7 tahun pada ketika itu kerana 7 tahun sebelumnya mereka telah menyimpan banyak hasil tanaman untuk persediaan menghadapi kemarau yang teruk.

Itulah mukjizat al-Qur’an yang dibaca bukan hanya untuk dilagukan, tetapi juga dibaca dan diambil iktibar dari kisah-kisah di dalamnya agar kita dapat mengaplikasikan pengajarannya dalam kehidupan seharian.

7 tahun telah berlalu, dan insya-Allah doakan kami sekeluarga agar bersedia untuk menghadapi segala cabaran hidup untuk 7 tahun lagi..

Saya kongsikan gambar-gambar sekitar hujung 2009 dan awal 2010:

MAJLIS IKHTIFAL TADIKA AL-FATH

BERGAMBAR BERSAMA LEMBU AKIKAH UNTUK AINUR

SESI BARDAH AINUR DAN SEPUPUNYA ZAKIF

KUMPULAN BARDAH MAWADDAH

ARIF & AINUR

MANDI DI GUA TEMPURUNG

HASIF DI SEKOLAH

  1. bang..duit tu buat ‘pelaburan’ kesihatan kan..saya demam + sakit tekak dalam perjalanan pulang..singgah klinik an nisa..

  2. yap 7 years is major milestone…lepas kawin mana ada duit..tido atas toto..masuk rumah sewa kosong…bercelaru…time pass by make you better and wiser..hopefully

    • Jalil: hang dah lama dok baca, baru hari ni nak komen ye. He heh..there’s always the 1st time, bro..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: