izharhadafi

Cinta Tulus dan Tanpa Syarat

In DS on Januari 3, 2010 at 12:56 pm

AL-FATIHAH: AIMAN SYAZWAN (2006-2009)

Saya menyambut hari pertama tahun baru 2010 dengan menziarah keluarga Abang Jais dan Kak Rosnah di Putra Perdana, Puchong. Ziarah kami itu sehari awal dari genapnya sebulan pemergian arwah adik Aiman pada 2 Disember 2009, rakan sekelas Arif Uthmani di Kiwanis (KDSF).

Kembalinya ke rahmatullah Adik Aiman merupakan kematian kedua rakan sekelas Arif selepas perginya adik Nadia, sekitar Jun 2009. Walaupun menyedari mortality rate di kalangan anak-anak Down ini lebih tinggi berbanding dengan anak normal, untuk menerima pemergian anak yang secomel dan tabah seperti Aiman sentiasa menyesakkan nurani.

Gambar Aiman bersama Kak Rosnah, satu-satunya gambar yang saya ada

sewaktu Hari Sukan, Kiwanis Down Syndrome Foundation

Apabila abang Jais bercerita akan betapa terasanya kehilangan Aiman, saya sedikit sebanyak dapat menyelami isi hatinya. Anak- anak istimewa ini cintanya tulus (pure) dan tanpa syarat (unconditional).

Jika Arif datang semasa saya sedang berehat di sofa sambil membaca surat khabar, dia akan memanjat naik, meletakkan kepalanya betul-betul di atas dada dan memandang tepat ke mata. Kemudian tangannya yang kecil mulus itu akan memeluk saya seeratnya seakan memberitahu akan kasihnya dia kepada saya.

Saya dapat merasakan keikhlasannya yang bukan di buat-buat, tidak seperti Hasif yang ‘berbuat baik’ menjadi good boy kerana petangnya dia ingin mengajak saya berbasikal di taman. Saya tidak mengatakan perbuatan itu tidak baik, sebab itulah yang normal bagi kelakuan anak-anak seusianya. Namun saya merasa ketulusan ini terbit dari anak istimewa seperti Arif, kerana dia tidak mempunyai sebarang kepentingan dan pemikirannya tidak mencapai tahap yang membolehkannya menyembunyikan perasaannya.

Cinta yang tulus dan tanpa syarat inilah yang bakal dirindui oleh Abang Jais dan Kak Rosnah. Dan pastinya Jannatul Firdaus menanti Adik Aiman Syazwan di akhirat sana..

  1. Al-Fatihah.

    Hati tiba-tiba jadi sebak. Cinta tulus dan tanpa syarat ini sememangnya akan dirindui. Selalu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: