izharhadafi

The Messenger

In Ulasan Buku on Disember 4, 2009 at 11:09 pm

Nama buku: The Messenger: The Meanings of The Life of Muhammad

Penulis: Tariq Ramadhan

Penerbit: Penguin Books

————-

TARIQ RAMADHAN

Saya mulanya agak kehairanan kenapa sahabat saya memilih buku ini untuk dijadikan teks rujukan untuk mempelajari sirah Rasulullah saw. Banyak lagi ‘kitab-kitab’ muktabar yang memperihalkan secara terperinci akan setiap detik kehidupan insan yang paling dicintai Allah swt, dan hasil tulisan Tariq Ramadhan tidak termasuk di dalam radar, tidak seperti karya Ibn Hisham ‘As-Sirah an-Nabawiyyah’ yang diiktiraf sebagai kitab rujukan Sirah Rasulullah.

Tambahan pula, Tariq Ramadhan adalah seorang pensyarah di Freiburg University dan Felo Kanan di St Anthony’s College, di Oxford. Bertambahlah skeptikal saya dengan beliau, adakah ini satu lagi karya Orientalis Barat?

APA BEZANYA DENGAN KITAB SIRAH RASUL YANG LAIN?

Namun apabila mula membaca buku ini, jangkaan saya sangat meleset. Buku ini adalah satu karya jujur yang menelusuri kehidupan dan memetik pengajaran dari setiap episod dalam perjalanan hidup Rasulullah saw.

Apa yang membezakan karya ini dengan banyak lagi buku pengkisahan riwayat hidup Rasulullah saw ialah, The Messenger berjaya ‘memanusiakan’ Muhammad bin Abdullah, bahawa baginda juga seorang manusia biasa yang mempunyai masalah dan liku hidup, cabaran dan ujian, bergembira dan bersedih seperti kebanyakan kita.

Namun percubaan Tariq Ramadhan ini bukanlah bertujuan untuk merendah-rendahkan martabat keNabian Rasulullah saw yang semua orang sudah sedia maklum, tetapi lebih kepada untuk mendekatkan diri kita dengan Nabi Muhammad saw.

Berapa ramai di antara kita yang banyak berbisik di dalam hati, apabila membandingkan diri dengan Rasulullah saw; pastinya komen yang akan terpacul, “Dia Nabi bolehlah, aku ni manusia biasa.”

Namun apabila membaca buku ini, saya mendapat pengajaran bahawa walaupun Muhammad itu seorang Rasulullah, Baginda jug tidak lepas dari ujian dan cabaran yang melanda, dari saat kelahirannya hinggalah ke akhir hayatnya.

SINOPSIS RINGKAS

Adalah tidak adil untuk saya untuk menggambarkan keseluruhan buku ini hanya dengan satu post di dalam blog saya. Tetapi saya akan cuba untuk memberi ringkasan mesej yang saya perolehi dari buku ini.

1. Merasa dekat dengan Rasulullah

Semakin lama saya membaca buku ini, saya rasa semakin dekat diri ini dengan Rasulullah. Dekat bukan bermaksud dari segi fizikal atau martabat, tetapi dari segi perjalanan hidup Baginda mempunyai banyak pengajaran yang boleh dikutip dan dijadikan tauladan.

Contohnya ketika peristiwa ‘al-fatra’ di mana wahyu tidak turun untuk beberapa lama. Ini menyebabkan Rasulullah mengalami tekanan dan self-doubt, adakah Baginda tidak lagi layak untuk menerima wahyu, ditinggalkan atau wahyu yang diterima sebelumnya hanyalah ilusi. Hanya setelah hampir 2 tahun (menurut sesetengah riwayat), surah Adh-Dhuhaa (1-5) turun untuk menenangkan Rasulullah saw.

2. Tiada taksub buta, walau pun kepada Nabi saw

Ketika peperangan Badr, Rasulullah saw telah mengarahkan tentera Islam berhenti dan berkhemah di kawasan telaga yang pertama mereka temui. Seorang Sahabat, Hubab bin al-Mundhir bertanya kepada Nabi saw, “Adakah tempat perhentian ini diputuskan oleh Allah swt, supaya kita tidak boleh maju atau mundur walau setapak pun; atau keputusan ini adalah berdasarkan pendapat kamu sendiri?” Dan apabila mendapat jawapan bahawa keputusan itu adalah berdasarkan pendapat Nabi, Hubab terus mencadangkan agar tentera Islam berkhemah di telaga yang paling jauh, supaya dengan posisi ini  tentera Musyrikin dihalang akses mereka daripada mendapat bekalan air yang cukup.

Contoh ini jelas membezakan sikap para Sahabat yang taat setia dan akur tanpa sebarang bantahan sekiranya menerima Wahyu dari Allah dan pendapat Nabi Muhammad sebagai manusia biasa yang pendapatnya boleh diterima, diperbaiki dan dibantah.

3. Motivasi untuk menghadapi segala cabaran hidup

Membaca kisah Nabi dan perjalanan hidupnya semata-mata untuk membawa mesej Islam kepada kita hari ini menyebabkan apa sahaja kesukaran yang kita tempuhi sekarang hanyalah secubit dari cabaran Rasulullah. Bermula dari   kehidupannya sebagai anak yatim, disisihkan oleh kaumnya sendiri sehingga terpaksa berhijrah ke Madinah, dan banyak lagi pahit maung yang ditempuhinya menyebabkan saya merasa malu untuk mengeluh dengan ‘ringan’nya ujian yang sedang saya tempuhi berbanding Rasulullah dan para Sahabat.

4. Nabi Muhammad, model terbaik sepanjang zaman

Dalam 23 tahun menyebarkan risalah keNabian, Rasulullah saw telah memperlihatkan sebaik-baik contoh tauladan untuk kita ikuti. Tauladan yang diberi adalah masih relevan melangkaui masa, sempadan geografi, budaya dan bangsa. Ajaran dan contoh yang diberi seakan obor yang menyala menerangi kegelapan malam. Tak perlu untuk mencari model lain, kerana Rasulullah saw adalah model yang sempurna.

Banyak lagi yang mesej yang boleh diperkatakan, apakata anda sendiri dapatkan buku ini dan membacanya sendiri!

  1. salam

    sdra izhar satu n3 yg best selepas sedara rest agak lama- ainur mardiah sihat ke – kat mana ada buku tu, disamping tu jangan lupa tengok video kuliah fiqh sirah Ustaz Anwar Arif di http://www.almukhlisinalamdami.blogspot.com

    jzkk

  2. http://alitantawi.blogspot.com/2009/11/jangan-lepaskan-peluang-bersama-tariq.html

    Dari Blog Ustaz Adlan Abdul Aziz – bagus talk ni, ustaz Adlan pernah bagi Kuliah subuh kat masjid tapi tak boleh capture adapter handycam masa tu rosak

    • Tkasih kerana masih setia mengunjung blog saya. Biasalah, hujung tahun, beban kerja memuncak (alasan xupdate blog..)

      Buku ni dibeli di Turki oleh seorang sahabat, dan dipinjamkan kepada saya. Setakat ni cari kat Malaysia belum jumpa. Kalau ada beritahu lah, saya pun nak beli..

  3. buku fiqh al sirah tulisan al buti pon best jgk, dan sgt dpt rase dekat dgn Rasulullah😛

    rasenye tariq ramadhan tu cucu hassan al-banna.seorg pendakwah yg hebat di Eropah..

    • Yes, beliau adalah cucu Hassan al Banna. Memang banyak kisah sirah Rasulullah yang best, kita je yg selalu takde masa nak diluangkan membacanya.. : )

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: