izharhadafi

Ainur Mardhiah

In Famili on November 15, 2009 at 7:44 pm

AINUR MARDHIAH

Saya perkenalkan, anak kami yang ketiga, Ainur Mardhiah binti Izhar Hadafi.

ainur2_131109

Agak lama kami mengambil masa untuk mencari nama yang sesuai untuk puteri sulung kami ini. Ainul Mardhiah adalah merupakan pilihan pertama saya. Sabrina mulanya tidak begitu setuju dan saya mengesyorkan agar dia mencari nama yang bersesuaian.

Walau pun hampir bersalin, Sabrina masih tidak dapat memutuskan nama yang terbaik untuk Ainur, dan akhirnya dia kembali kepada nama Ainul Mardhiah, cuma menukar Ainul kepada Ainur untuk melengkapkan impiannya meletakkan nama anak perempuan dengan nama “Nur.”

Kalau dilihat dari segi bahasa, Ainur bermaksud Cahaya mata dan Mardhiah pula adalah Yang Diredhai. Jadi maksud keseluruhan adalah Cahaya Mata Yang Diredhai. Tetapi Tok Yah ada bertanya dengan Ustaz Mutalib dari Madrasah an-Nahdhoh, Pulau Pinang, dan beliau berkata, Ainur Mardhiah atau Ainul Mardhiah masih merujuk kepada Ketua Bidadari Syurga. Apa-apa pun, insya-Allah selagi namanya membawa maksud baik, harapnya tanggungjawab saya sebagai bapa dalam hal memberi nama yang baik kepada anak; sudah dilaksanakan.

CAHAYA MATA YANG DIREDHAI

ainur3_131109

Ainur lahir di HUKM pada 22 Oktober, 11.45 pagi.  Alhamdulillah, kelahirannya disambut hampir 10 orang doktor pakar, doktor dan bidan (semuanya perempuan) kerana hari itu, kelahiran beliaulah yang pertama untuk pagi berkenaan.

Kelahiran Ainur membawa satu lagi kelahiran dalam Oktober, dimulai dengan Sabrina (9 Oktober), Hasif (20 Oktober), Arif (16 Oktober). Jadi nanti senanglah saya untuk membuat birthday party, buat satu untuk semua!

Kali ini juga bersejarah kerana kami tidak perlu lama di hospital, hanya satu hari dan keesokannya sudah boleh discaj. Hasif dulu terpaksan ditahan lebih 2 minggu kerana paru-parunya lemah dan kami telah menjadikan hospital sebagai rumah kami setengah tahun pertama kelahiran Arif kerana komplikasi jantungnya.

Kini sudah hampir sebulan Ainur Mardhiah bersama kami di rumah. Alhamdulillah, selain dari demam kuning dan selesema, dia sihat walafiat. Hasif suka menolong Sabrina dalam menguruskan Ainur, cuma kadang-kadang semangatnya itu tidak bertempat dan mengundang bahaya kepada Ainur.

Arif pula mulanya menjauhi Ainur, mungkin tidak tahu apa reaksi yang patut diberikan. Namun setakat ini dia belum menunjukkan sikap agresif (kerana jealous) terhadap adiknya, dan harapnya keadaan ini dapat berterusan.

Alhamdulillah juga, Mak Tok sudi untuk datang meneman dan menolong Sabrina, tanpa beliau sudah pasti berat bagi saya untuk menguruskan hal rumah dan anak sambil masih perlu bekerja. Begitu juga dengan Hisyam (adik Sabrina) yang banyak berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, dan sempat juga dia menghantar Arif ke kelasnya di Kiwanis. Jazakallahu khairan kathiira..semoga Allah swt membalas jasa  dan budi baik anda buat keluarga saya.

Terima kasih juga kepada sahabat handai dan kaum keluarga. Ziarah dan hadiah yang berterusan sehingga ke hari ini sungguh membuktikan keakraban persahabatan dan persaudaraan.

Dan pastinya, dengan banyaknya hadiah (baju terutamanya, mentang-mentang dapat anak perempuan), saya tidak perlu membeli baju baby untuk tahun yang pertama!

ainur_maktok

Bersama Mak Tok

Kiriman berkaitan:

1. Bunga Selepas Kumbang

  1. huh…lama jg si comel tu nk dpt nama…apa pun nice name tuan…:)

  2. salam izhar

    mak tok “geram” cak cucu pompuan dia tu, moga amanah Allah dapat dijaga sebaiknya

  3. tahniah buat saudara izhar & cik puan sabrina sekeluarga!

    lama x menjengah, rupanya ada entry terbaru si kecil. nama serta maksud yang indah buat si comel. tembam!! geram!! semoga kehadiran puteri serikandi kecil Ainur Mardhiah membawa seri dalam kehidupan kalian.

    ohh.. another october babies? what a coincidence🙂 my regards to sabrina ya.

    salam sayang dr,
    nur’aina nadhirah
    nurdina ‘amirah
    nuraimi insyirah

  4. Semoga bahagia selalu…. Tumpang bahagia untuk sab sekeluarga..jangan lupa kami di sekolah… rindu nanti kat sab…

  5. terima kasih

  6. to mrs kimal..
    nampaknya saya tidak keseorangan menyimpan impian meletakkan nama ‘nur’ kpd anak perempuan…dah 3 rupanya..

  7. sab & izhar,

    tahniah sekali lagi di atas kelahiran puteri sulung. jadi sekarang kita dah seri ( 2 boys and a girl ),🙂
    Ainur Mardhiah, sedap nama tu, secomel orangnya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: