izharhadafi

Di Mana Keutamaan?

In Pemikiran & Ehwal Dunia on Oktober 9, 2009 at 10:53 pm

sunwayKEPALA SINGA

Hari ini saya bersolat Jumaat di masjid bertentangan dengan bangunan kepala Singa, Sunway Piramid. Sudah lama saya tidak ke kawasan berkenaan, yang menjadi tempat tinggal saya circa 1997-1998. Sewaktu itu, tapak masjid berkenaan masih lagi merupakan tapak pasar malam dan Sunway Mentari masih penuh dengan penempatan setinggan.

Sejurus sebelum muazzin melaungkan azan, pihak pentadbiran masjid ada membuat beberapa pengumuman. Antara pengumuman yang menarik perhatian saya ialah mengenai kutipan derma untuk mengubahsuai mimbar Jumaat yang sedia ada kepada mimbar yang lebih mesra-audience.

Mata saya terus melirik kepada mimbar yang sedia ada. Masih baru dan cantik. Cuma rekabentuknya yang tergantung di atas menyebabkan jemaah di barisan depan tidak dapat melihat khatib yang sedang membaca khutbah.

Pak cik yang membuat pengumuman itu terus membacakan beberapa ayat al-Qur’an dan hadis akan kebaikan dan kelebihan ‘menginfakkan’ harta ke jalan Allah; dan seterusnya menyatakan harapan agar sasaran RM50,000 bagi membiayai pembinaan mimbar baru akan tercapai.

DI MANA KEUTAMAAN?

I have nothing against Masjid officials requesting donations from their congregation, but can you actually justify that amount of money to replace a fully functional and barely a couple of years in use Mimbar? Where do our priorities lie?

Pada ketika ada lagi rakyat Malaysia dan umat Islam yang kelaparan dan tiada tempat tinggal, kita sibuk hendak menukar mimbar, hanya kerana si khatib tidak mempunyai eye-contact semasa membaca khutbah dengan semua ahli jemaahnya. Adakah itu syarat sah solat Jumaat?

Menukar mimbar itu satu perkara, tetapi memohon derma dari jemaah Jumaat dan mengaitkan pemberian¬† ini dengan ayat al-Qur’an dan hadis adalah menyedihkan. Saya merasa seperti sedang di gula-gulakan dengan ganjaran manis, padahal perkara yang hendak dilakukan sebenarnya adalah pembaziran. Bukankah membazir itu amalan Syaitan?

Saya mohon maaf jika bahasa saya ini agak kasar, tetapi saya alergik sedikit dengan tindakan-tindakan yang mempergunakan kemurahan hati umat Islam yang suka bersedekah, apatah lagi di masjid dan sebaliknya menggunakan wang berkenaan ke atas perkara-perkara yang subjektif dan bukannya dituntut oleh agama.

Di mana keutamaan kita?

  1. satu pendedahan cerita yang benar dan sangat menyayat hati. bukan dimasjid disitu sahaja malah dimana-mana pun ramai khatib lebih suka membaca teks dengan nada yang mendatar sehingga tiada eye contact dengan jemaah. kemudian sibuk mahu kutip derma bagi membaiki mimbar. kalau duit itu digunakan bagi didermakan untuk mangsa gempa bumi di padang, sumatera pun molek juga.. kita yang nak menderma pun rasa insaf..

    sampaikan salam sayang sya buat cikgu sabrina dan adik2 saya..

  2. nak buat macammana manusia zaman akhir ni suka benda yang sebegitu, benarlah kata Rasululullah ummat Islam zaman akhir suka menghias dan mencantikkan masjid dan bukan memakmurkan masjid. Ni ustaz2 kena buat kuliah Fiqh Alawiyat kat masjid tu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: