izharhadafi

Tragedi (1) Oktober

In Uncategorized on Oktober 1, 2009 at 11:46 pm

accident011009

KEMALANGAN

Inilah gambar kereta saya selepas di langgar dari belakang oleh seorang lelaki muda berbangsa Cina yang memandu kereta Hyundai Getz, 8.20 pagi tadi di tengah-tengah kesesakan trafik lebuhraya LDP selepas tol Bandar Sunway menuju ke Damansara semasa saya dalam perjalanan menghantar Arif ke KDSF (Kiwanis).

Walaupun nampak sedikit saja kerosakan, seluruh bumper perlu ditukar dan tahu sajalah kereta Continental, anggaran saja sudah mencecah ribuan ringgit.

Apa yang lebih saya tidak percaya ialah saya membenarkan lelaki berkenaan untuk membayar secara ansuran selama 5 bulan untuk kos membaiki kereta saya, di samping berjanji kepadanya untuk tidak melaporkan kemalangan ini kepada pihak polis kerana kasihankan dia yang baru mendapat lesen memandu pada Ogos tahun ini (masih lesen P).

Di sebalik nasihat semua orang yang saya pinta nasihat, termasuk Sabrina, bengkel kereta, agen insuran saya dan kakak ipar yang merupakan seorang peguam, saya hari ini membuat keputusan untuk mengikut kata hati (emosi) dari kata akal yang rasional..

Saya mungkin tertipu. Biarlah, tetapi untuk menipu tidak sekali!

  1. mesti gerak hati kau kuat betul ni…

  2. keta transformer telah dilanggar,sabar ye abg lang.

  3. Dilemma antara kasih dan kasihan.Apa-apa pun kena kasihan kan diri sendiri dulu.

  4. […] ada yang membaca, artikel “Tragedi Oktober” yang saya siarkan sekitar hujung tahun lepas. Ianya mengenai kemalangan kecil yang berlaku […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: