izharhadafi

Salam Aidilfitri

In Famili on September 18, 2009 at 7:14 pm

eid-mubarak

DEBARAN DI AKHIR RAMADHAN

Di akhir Ramadhan ini, kami sekeluarga agak berdebar kerana apa yang sepatutnya menjadi routine check-up untuk pregnancy Sabrina pada hari Khamis lalu di HUKM bertukar menjadi satu perlumbaan mengejar masa; untuk membuat MGTT, satu set ujian bagi menentukan paras gula di dalam darah.

Berikut adalah rentetan peristiwa menurut kronologi:

Khamis, 17 Sept 2009

0800 hrs – ujian darah pertama (sebelum minum air gula)

1000hrs – ujian darah kedua (selepas minum air gula)

1100hrs – mendapat keputusan= 6.1 (paras gula tinggi)

Dr. Lim sudah mula bertanya akan perancangan raya kami dan membayangkan kemungkinan Sabrina akan ditahan di wad.

Beliau mencadangkan agar satu siri ujian darah lagi dijalankan hari ini juga dan esok..

1730 hrs – ujian darah 1

2200 hrs – ujian darah 2

Jumaat 18 Sept 2009

0800 hrs – ujian darah 3

1030 hrs – ujian darah 4

1200 hrs – keputusan ujian darah..

Doktor bertugas tidak berani membuat keputusan kerana keputusan ujian darah bercampur-aduk (dari 4.4 ke 6.6)

Beliau merujuk kepada Dr. Lim (doktor pakar) untuk keputusan.

Akhirnya, Dr. Lim memberi pelepasan bersyarat kepada Sabrina, kawal pemakanan dan jangan ambil makanan bergula. Mesti datang balik untuk ujian darah pada 28 Sept ini.

SALAM AIDILFITRI

Alhamdulillah akhirnya, insya-Allah kami semua akan balik juga ke kampung Sabtu pagi ini, harapnya cuti khas yang diberi kepada sekolah-sekolah dapat mengurangkan sedikit kesesakan hari esok.

Kami tiada pilihan kerana Arif tidak tahan sejuk malam, jadi perjalanan kami harus dibuat di siang hari. Kalau tidak malam ini juga saya bertolak balik : )

Apa pun, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin.

Pengembaraan saya di alam blog ini baru bermula tahun ini dan saya amat bersyukur dan berterima kasih atas lawatan dan sokongan anda semua; saudara-mara, sahabat dan para pengunjung (you wouldn’t know how it means to me)

Semoga selamat pergi dan balik, bergembira bersama keluarga tercinta dan yang paling penting, keluar dari Maktab Ramadhan 1430H ini as a better person. Insya-Allah..

Ikhlas,

Izhar Hadafi

Sabrinawati

Muhammad Hasif

Arif Uthmani

  1. salam aidilfitri dan maaf zahir batin dari kami bertiga…drive carefully dan harap2 semuanya akan ok utk sab..take care!!!

  2. salam aidilfitri untuk anda dan sabrina sekeluarga. Moga2 ujian susulan nanti tidak akan memberi apa2 keputusan yg membimbangkan. Insya Allah.

  3. Assalamulaikum…

    Tell Sab not too worry. Actually having high sugar during pregnancy is quite normal. However she have to control her diet and intake. I had the same problem for my 2nd and 3rd baby. 3rd one was quite high so have to take insulin but after birth, it went back to normal! Ask her to contact me if she have problem eating. Can give her 1 or 2 idea as what given by my dietition which is also good for the whole family.

    Ape2 pun, tell her to enjoy the holiday. Selamat Hari Raya! Jemput datang ke rumah bile balik KL nanti!

    • Hani, Asmahani & Illa: Thanks for your concern. Actually to be honest, we’re more concerned on the possibility tak boleh balik kampung; and the idea of spending Hari Raya in hospital. Diabetic while pregnant tu pernah dengar la, tapi bila doktor nak tahan tu yang buat nervous skit..he he..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: