izharhadafi

Surat Rayuan kepada JAWI

In Uncategorized on September 3, 2009 at 12:04 am

Yang Berbahagia Dato’ Che Mat bin Che Ali,
Ketua Pengarah JAWI

Saya merupakan salah seorang ahli kariah di Masjid al Mukhlisin, Alam Damai, Cheras.

Di atas kapasiti peribadi, saya ingin merayu dan memohon jasa baik dari pihak Dato’ untuk membenarkan kami penduduk Alam Damai untuk terus menggunakan dan meneruskan aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid berkenaan.

Alhamdulillah, sejak pihak AJK sementara Masjid al-Mukhlisin memulakan solat berjamaah pada 21 Ogos yang lalu, kehadiran para makmum untuk memakmurkan rumah Allah ini sangat menggalakkan. Jamaah sentiasa memenuhi setiap ruang masjid untuk tujuan beribadah dan sesungguhnya kami bersyukur kerana penantian kami yang begitu lama untuk mempunyai masjid di kawasan Alam Damai akhirnya berjaya dipenuhi.

Tetapi saya merasa terkejut dan sangat kecewa apabila diberitahu oleh pihak AJK Masjid bahawa pihak JAWI telah mengeluarkan sepucuk surat yang mengarahkan sebarang aktiviti di Masjid al-Mukhlisin di hentikan SERTA-MERTA.

Saya juga mendapat tahu sesi perbincangan di antara pihak AJK Masjid dan pegawai JAWI di Masjid Negara hari ini (2 Sept 2009) juga memberi keputusan yang sama; iaitu tidak membenarkan sebarang aktiviti dijalankan di masjid.

Sekali lagi saya merayu pihak Dato’ untuk mempertimbangkan kembali keputusan ini di atas sebab-sebab:

1. Kawasan Alam Damai memang kekurangan tempat ibadah (masjid dan surau). Dengan adanya Masjid al-Mukhlisin, masalah kekurangan ruang ibadah, terutamanya di bulan Ramadhan dapat dikurangkan.
2. Demi menghormati perasaan umat Islam di kawasan Alam Damai, yang menantikan dengan sabar pembinaan Masjid Alam Damai sejak 10 tahun yang lepas.
3. Menghormati hak umat Islam di kawasan Alam Damai yang ingin beribadah di bulan Ramadhan yang mulia.

Saya mengajak diri saya dan pihak Dato’ untuk merenung kembali akan tujuan utama masjid ini didirikan, iaitu sebagai tempat beribadah dan sebagai Rumah Allah swt; dan pastinya kita tidak mahu ‘semangat’ berjamaah dikalangan ahli kariah masjid ini pudar di atas arahan penutupan masjid.

Amatlah malang apabila masjid hari ini begitu dikawal ketat sehingga ia banyak memberi kesan kepada pembinaan insan dan menjauhkan orang ramai dari memakmurkan masjid itu sendiri. Seboleh-bolehnya kita perlu menghindari sampai satu tahap di mana masjid hanyalah menjadi barang perhiasan semata-mata, seperti di sebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaki yang bermaksud :

“Akan datang suatu zaman di mana tidak tersisa daripada Islam kecuali tinggal namanya sahaja. Tidak tersisa daripada al-Quran kecuali tulisannya. Masjid-masjid mereka megah dan cantik tetapi jauh daripada petunjuk Allah.”

Semoga permohonan saya dan ramai lagi umat Islam di Alam Damai mendapat perhatian dan tindakan serta-merta dari pihak Dato’.

Hanya Allah swt yang dapat membalas segala jasa baik Dato’ untuk membenarkan kami menggunakan masjid al-Mukhlisin di bulan Ramadhan al-Karim ini dan hanya kepada-Nya tempat kami mengadu nasib.

Sekian. Terima kasih

Izhar Hadafi bin Abdul Halim
Alam Damai
56000 Cheras
Kuala Lumpur

—————–

Nota kaki:

1. Surat di atas telah pun dihantar melalui email kepada Ketua Pengarah JAWI, pada 2 September 2009, 11.30 pm.

2. Saya mencadangkan kepada anda untuk menghantar email kepada pihak JAWI sebagai sokongan untuk membenarkan Masjid al-Mukhlisin terus mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan terutamanya di bulan Ramadhan ini. Sila klik di sini untuk pautan ke email Ketua Pengarah JAWI.

  1. […] « Surat Rayuan kepada JAWI Fitnah Kepala Lembu […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: