izharhadafi

Archive for 3 September 2009|Daily archive page

BERITA MUTAKHIR: Masjid Alam Damai

In Uncategorized on September 3, 2009 at 11:00 pm

UPDATE 7 Sept 2009

Satu majlis penyerahan Masjid Alam Damai telah diadakan hari ini pada pukul 3 petang di perkarangan Masjid Alam Damai. Majlis berkenaan menyaksikan penyerahan kompleks Masjid dari pihak kontraktor kepada JKR, JKR kepada JAKIM, JAKIM kepada MAWIP dan akhirnya MAWIP kepada JAWI.

Alhamdulillah dengan berakhirnya sesi penyerahan masjid ini, maka secara rasminya pihak JAWI telah mengambil alih pentadbiran Masjid Alam Damai dari Ahli Jawatankuasa Penaja yang dipengerusikan oleh Datuk Shamsul Najmi.

Ketua Imam baru lantikan JAWI adalah Ustaz Hafizi, yang sebelum ini bertugas di sebuah masjid di Taman Melawati.

insya-Allah saya berharap dengan bermulanya pentadbiran baru ini tidak ada lagi masalah-masalah birokrasi yang akan timbul. Sama-samalah kita memberi sepenuh kerjasama kepada Ustaz Hafizi dalam menjalankan tugasnya dan memakmurkan masjid.

Terima kasih juga kepada pihak AJK penaja masjid, di atas penat lelah dan usaha yang berterusan dalam mengurus dan mengendalikan masjid selama ini.

Jazakallahu khairan kathiira semua!

ps: Jumaat ini, solat Jumaat ‘rasmi’ yang pertama, insya-Allah khatibnya ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh.

———————-

3 Sept 2009

Alhamdulillah, hasil usaha dan berkat doa semua, pihak AJK Masjid al-Mukhlisin, Alam Damai telah berjaya mendapatkan kebenaran dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir bin Baharom untuk terus menggunakan masjid ini.

Dato’ Jamil Khir yang ketika ini berada di Libya telah memberikan kebenaran untuk ahli kariah Masjid al-Mukhlisin untuk terus menggunakan masjid berkenaan untuk solat berjamaah 5 waktu dan tarawih.

Jazakallah kepada Dato’ Jamil Khir yang prihatin dengan keperluan masyarakat Islam di Alam Damai,  dan harapnya beliau dapat melawat masjid ini apabila pulang ke tanahair kelak!

Post berkaitan:

1. Surat Rayuan kepada JAWI

2. Masjid@Alam Damai