izharhadafi

Bertemu ‘Saifulislam’

In Motivasi & kerjaya on Ogos 23, 2009 at 6:44 pm

HasrizalJamil2

Saya agak terkejut apabila membuka blog saya hari ini, hampir 300 hits yang menziarah dalam satu hari. Selalunya hanya dalam 10-20 lawatan, maklumlah saya bukannya ahli politik, orang terkenal atau pun artis/selebriti.

Setelah menyemak dari mana datangnya hits yang begitu banyak itu, rupa-rupanya ramai yang melencong dari laman blog Saifulislam. Rupa-rupanya Ustaz Hasrizal telah membuat link kepada blog saya dalam postnya yang terbaru, “Ngomelan Satu Ramadhan.”

Saya berterima kasih dengan penghargaan yang di beri oleh Ustaz Hasrizal, kerana sebelum kedatangannya ke Masjid Alam Damai kami sebenarnya tidak pernah berjumpa. Saya cuba untuk menziarahnya semasa Ummu Saif di masukkan ke wad HUKM, tetapi malangnya tidak sempat bersua kerana selalu timing yang tidak kena. Jadi apabila Ustaz Hasrizal meletakkan link blog saya dan menulis yang saya merupakan salah seorang ‘sahabat’nya, saya menjadi terharu.

Saya menemui laman blog SaifulIslam pada penghujung tahun 2008. Pada ketika itu saya mencari-cari sumber bacaan yang berkaitan dengan Islam di Malaysia. Antara laman web lain yang sering menjadi tumpuan adalah Al-Ahkam.net, IluvIslam.com dan laman web Minda Tajdid (Dr. MAZA) dan Zaharuddin.net.

Saya dapati ulasan-ulasan Ustaz Hasrizal kena dengan pemikiran saya. Ianya ilmiah, logik dan masuk akal (common sense). Tambahan pula banyak contoh-contoh di ambil dari pengalaman hidup diri dan keluarganya sendiri. Ini memberi impak atau kredibiliti yang lebih kerana Ustaz ini bukan saja bercakap (preaching) tentang sesuatu perkara, tetapi beliau menunjukkan contohnya sekali (action).

Jadi pertemuan kami di Masjid Alam Damai harapnya menjadi pertemuan pertama dari banyak lagi pertemuan lain di masa hadapan. Saya berdoa agar Ustaz Hasrizal tidak kering idea dalam menulis dan berdakwah, di murahkan rezeki dan kekal di landasan Islam. Semoga semua usaha baik Ustaz mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah swt. Insya-Allah, orang ‘biasa-biasa’ seperti saya ini akan terus menyokong segala usaha murni ini.

ps: cuma terkilan kerana tidak terfikir untuk bergambar bersama. insya-Allah lain kali..

  1. saya jumpa Ustaz Hasrizal dalam ERL tahun lepas, sempat gak sembang,idzhar masjid Alam Damai agak sunyi takde kuliah dan tazkirah. Satu yang agak menyedihkan saf masih bengkak bengkok

    • Amri: kalau berjumpa kat masjid tegurlah saya..segan jugak berhubung di alam maya, tapi tak pernah bersua walaupun ‘berjiran’ : )

  2. […] Hubungi saya « Bertemu ‘Saifulislam’ […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: