izharhadafi

Golf?

In Pemikiran & Ehwal Dunia on Ogos 2, 2009 at 7:40 pm

cartoon-golfer

Saya pernah mencuba untuk bermain golf, dan ramai juga sahabat-sahabat saya yang berkecimpung dalam arena golf. Namun, saya merasakan diri saya agak janggal bermain golf, walaupun semasa bersekolah saya gila bermain hoki. Dari segi luarannya, memukul bola hoki nampak sama seperti memukul bola golf, tetapi swingnya sangat berbeza.

Saya tidak cuba untuk judge sesiapa juga yang bermain golf, tetapi sekadar menyampaikan keputusan fatwa Majlis Fatwa Negeri Johor. Semoga diberi kekuatan untuk menerima teguran para ulama’ dan mengubah ‘golfing culture’ yang mana di dapati lari dari ajaran Islam. Wallahu’alam..

_____

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA KALI KE 192 BIL. 11/2008
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
TARIKH: 3 MUHARRAM 1430H BERSAMAAN 31 DISEMBER 2008

4. MEMBINCANGKAN KERTAS KERJA

4.1 Mohon Fatwa Hukum Permainan Golf
(JMJ.351/05/(ML)/6)

4.1.1 Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa
Fatwa mengambil keputusan seperti berikutL

Berhubung dengan permainan Pool yang ada melibatkan persetujuan sesama pemain untuk menyumbang wang pada kadar tertentu bagi tujuan membayar harga makanan dan minuman di Club House atas dasar redha meredhai, tiada tekanan dan perasaan tidak berpuas hati diatas jumlah yang ditentukan sesama mereka, maka ia adalah harus. Akan tetapi sekiranya duit yang disumbangkan oleh setiap pemain tersebut diberikan kepada pemain yang mendapat markah Score tertinggi, maka ia adalah dilarang kerana terdapat unsur perjudian walaupun jumlahnya sedikit.

Manakala permainan golf secara kaedah Las Vegas, Bakarat atau seumpamanya yang melibatkan pertaruhan wang yang dinilaikan keatas bola sama ada jumlah wang itu kecil atau besar, untuk suka-suka, untuk belajar cara mengira atau memahami permulaan permainan itu, masing-masing redha meredhai sekadar sampingan untuk menjadikan lebih menarik dan mencabar atau atas apa alasan jua, maka ia adalah haram kerana tedapat unsur pertaruhan dan perjudian. Perbuatan ini adalah merupakan salah satu daripada dosa besar. Segala hasil daripada perjudian tersebut adalah haram.

Sesiapa yang terlibat hendaklah berhenti meninggalkan permainan golf menggunakan kaedah ini serta perlulah bertaubat dengan taubat nasuha dengan segera.

Oleh itu bagi mengekalkan keharusan permainan golf ini, maka semua yang terlibat wajib mematuhi syarat-syarat berikut:

1. Tidak ada unsur perjudian. Jika ada perkara yang dikategorikan sebagai judi, maka ia akan menjadi haram bahkan ia merupakan salah satu daripada dosa besar. Perkara yang dimaksudkan sebagai judi adalah seperti berikut:

a) Sama ada ia suatu permainan yang menggunakan wang taruhan daripada peserta, atau
b) Setiap permainan yang disyaratkan padanya seseorang yang menang akan memperolehi sesuatu daripada yang kalah, atau
c) Sesuatu bentuk permianan yang mengandungi sebarang unsur pertaruhan daripada pemain dan orang yang menang dalam permainan itu berhak mendapat taruhan tersebut, atau
d) Apabila adanya pertaruhan yang dikeluarkan oleh semua peserta. Pertaruhan daripada peserta inilah yang akan dijadikan ganjaran bagi sesiapa yang memenangi sesuatu pertandingan, atau
e) Setiap yang menyertai pertandingan tidak akan terlepas daripada dua kebarangkalian (risiko) yakni sama ada mendapat keuntungan ataupun kerugian. Seseorang itu akan mendapat keuntungan apabila ia memenangi sesuatu pertandingan kerana ia akan mengaut semua pertaruhan peserta-peserta lain. Manakala jika kalah, ia akan menanggung kerugian kerana kehilangan wang pertaruhan yang dikeluarkan.

Perhatian: Di zaman sekarang pertaruhan dikutip melalui cara yang kadang-kadang tidak disedari oleh para peserta pertandingan. Antaranya ialah dengan menggunakan istilah-istilah lain seperti: “Wang Penyertaan”, “Yuran Pertandingan” dan sebagainya kecuali wang penyertaan itu digunakan untuk pengurusan bukan hadiah. Atau kadangkala ianya dikutip secara tidak langsung, seperti melalui bayaran panggilan telefon yang digunakan bagi peserta yang berminat untuk menyertai sesuatu pertandingan.

Didalam semua keadaan diatas, jika pada hakikatnya hadiah yang disediakan adalah dari sumber yang dikeluarkan oleh peserta, maka ianya adalah dikira sebagai suatu perjudian.

2. Permainan golf itu tidak menghalang daripada mengingati Allah dan menunaikan Solat.
3. Tiada unsur yang dilarang dan dibenci oleh syarak, seperti disebabkan permainan golf akan menyebabkan seseorang itu berpaling daripada tanggungjawabnya.
4. Tidak membuang masa dengan permainan golf sehingga menyebabkan tertinggal dan terabainya segala hak dan kewajipan yang wajib ditunaikan.
5. Tidak membiasakan diri dengannya sehingga sampai ke tahap ketagih.
6. Tidak ada unsur pembaziran.

Semua jenis permainan dan pertandingan, walaupun melibatkan hadiah, adalah harus dan dibenarkan apabila ianya memenuhi syarat-syarat berikut:
i. Permainan dan pertandingan tidak menyalahi mana-mana prinsip syarak.
ii. Permainan dan pertandingan itu boleh membawa kepada manfaat dan faedah tertentu yang digalakkan oleh syarak, misalnya untuk merapatkan hubungan persaudaraan didalam masyarakat, keluarga dan sebagainya.
iii. Permainan dan pertandingan itu tidak membawa kepada kelekaan, Maksudnya ianya tidak menjadi penyebab kepada cuainya seseorang didalam menjalankan tanggungjawab asasi sebagai Hamba Allah, Pekerja, Ketua Keluarga dan lain-lain.
iv. Permainan dan pertandingan itu tidak bertentangan dengan kepentingan dan keperluan seseorang. Misalnya orang miskin yang sibuk bermain golf.
v. Hadiah kepada peserta yang menang disediakan oleh pihak ketiga (penaja).

  1. Bagaimana pula dgn hukum pertandingan memancing….rata-rata peserta dimestikan membayar yuran penyertaan?juga dengan pertandingan burung ketitir dan ….peserta mesti bayar yuran penyertaan…..?

    • @Nazli: rasanya hukum tetap sama, tak kisah lah main golf, memancing atau apa-apa pertandingan. tapi kalau nak kepastian, lebih baik tanya ustaz-ustaz atau mereka yang lebih arif..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: