izharhadafi

Masjid @ Alam Damai

In Pemikiran & Ehwal Dunia on Julai 27, 2009 at 11:31 pm

al Mukhlisin

Hujung minggu lepas saya mengikuti ‘rombongan’ ahli kariah surau at-Taqwa, Alam Damai melawat masjid yang telah lama kami nanti-nantikan, Masjid al-Mukhlisin, Alam Damai. Lawatan ke tapak masjid ini adalah kali yang kedua, dimulakan dengan melawat tapak dan kemudiannya sesi briefing oleh pegawai JAWI, JKR dan kontraktor.

Alhamdulillah setelah hampir 10 tahun menanti, akhirnya Alam Damai akan mempunyai masjidnya yang tersendiri. Selama ini, kami bersolat jamaah di Surau at-Taqwa, asalnya gabungan 2 buah rumah yang bersambung di corner lot, hasil infaq dari Tuan Haji Zahir, dermawan dan ahli perniagaan yang low-profile, tetapi jasa dan kerja-kerja dakwahnya amat kami hargai. Di sini jugalah belasan anak-anak muda saban hari dilatih untuk menjadi hafiz di Pusat Tahfiz at-Taqwa dan anak-anak inilah yang menjadi guru mengaji kepada Hasif.

Kompleks Masjid al-Mukhlisin ini lengkap dengan kompleks perumahan, dewan dan sekolah agama. Dan insya-Allah akan memulakan solat Jumaat yang pertamanya 21 Ogos ini, iaitu sehari sebelum berpuasa Ramadhan. Insya-Allah juga, sempat jugalah kami untuk memulakan solat tarawih di masjid yang baru ini.

Dengan siapnya masjid baru yang tersergam indah ini, besarlah jua harapan kami untuk melihat masjid ini menjadi nukleus untuk menjana aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan dakwah di kalangan penduduk sekitar Alam Damai. Tidak ada lagi alasan surau sempit, panas atau susah nak dapat parking!

  1. salam

    Tuan Izhar

    InsyaAllah kita imarahkan bersama masjid kita

    • Terima kasih atas lawatan Sdr Amri. insya-Allah bolehlah kita berjamaah bersama!

  2. […] memulakan Ramadhan tahun ini dengan semangat yang baru, antara sebabnya ialah dengan adanya Masjid baru di Alam Damai yang secara ‘tidak rasmi’nya memulakan operasi pada 21 Ogos 2009. Ini […]

  3. Salam Saudara Izhar,

    Pihak JAWI/JAKIM telah perintahkan supaya segala aktiviti di Masjid Alam Damai dihentikan, ini termasuk solat berjamaah dan yang sewaktu dengannya

  4. […] Post saya mengenai masjid Alam Damai di sini ▶ Tiada Respons /* 0) { jQuery('#comments').show('', change_location()); […]

  5. Tolong bagi no telefon surau attaqwa

  6. […] Masjid @ Alam Damai July 2009 7 comments 5 […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: