izharhadafi

Di Mana Akhirmu?

In Pemikiran & Ehwal Dunia on Julai 12, 2009 at 10:28 pm

kematian

Saya berfikir panjang apabila membaca berita di akhbar hari Sabtu lepas, mengenai kisah seorang Imam di Masjid Lebai Hashim, Bukit Minyak yang menghembuskan nafas terakhirnya semasa sedang membaca khutbah Jumaat. Allahyarham Basiri Jamaduin, 79 tahun baru memulakan khutbah apabila beliau tiba-tiba jatuh terduduk sambil memegang tongkat. Beliau meninggal dunia di pangkuan jemaah masjid dan dihantar ke hospital kemudiannya sebelum imam kedua bangkit untuk menyambung khutbah Jumaat yang terhenti.

Benarlah kata-kata ulama’, talkin yang dibaca bukanlah untuk si mati, tetapi ialah peringatan bagi mereka yang masih hidup. Saya pasti, itulah kesudahan yang terbaik yang diharapkan oleh Allahyarham Imam Basiri, saat terakhirnya dihabiskan dengan jemaah masjid qariahnya, sedang menunaikan kewajiban fardhu Jumaat.

Tetapi berapa banyak berita yang kita baca hari ini akan kesudahan yang mengaibkan, seperti berita kematian seorang bintang veteran Hollywood di Thailand, kesudahannya di bilik hotel, terjerut lehernya akibat cuba memuaskan nafsu sendiri.

Saya tidak membuat satu kesimpulan bahawa kematian yang mengaibkan atau mengerikan itu memberi tanda bahawa si mati itu buruk kesudahannya di akhirat, kerana itu adalah hak Allah swt. Dan Dialah yang mempunyai kata putus akan untung-nasib kita di akhirat kelak.

Tetapi kisah-kisah kematian ini memberikan tazkirah yang berkesan kepada saya, agar berhati-hati dengan perbuatan saya, 24 jam sehari. Usia muda bukan tiket untuk berjoli sakan, kerana Malaikat Maut tidak mengira umur apabila menjalankan tugasnya itu.

Ia juga memberi satu keazaman kepada saya, setiap detik yang ada itu perlu digunakan sepenuhnya dengan lebih produktif-dalam ibadah, kerja, sosial dan keluarga; kerana sudah pasti setiap detik yang berlalu juga menandakan semakin hampir diri ini untuk kembali kepada-Nya. Lalu apakah persediaan atau bekalan yang bakal dibawa untuk menjadi syafaat kepada saya bila bertemu al-Khaliq nanti mencukupi?

Semoga kita berada di dalam kumpulan orang-orang yang ‘berjaya’ di Akhirat nanti..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: