izharhadafi

Nombor 3

In Uncategorized on Julai 6, 2009 at 12:13 am

Scan biasa

DEBARAN HARI SELASA

Selasa minggu lepas adalah hari yang mendebarkan buat saya. Tetapi saya buat-buat ‘cool’ saja di depan Sabrina. Nanti dia pun turut gelisah seperti saya. Hari berkenaan adalah temujanji di HUKM untuk ‘detailed scan’ kandungan Sabrina, insya-Allah anak kami yang ketiga.

Sebenarnya perbincangan untuk mendapat anak selepas Arif adalah satu isu yang saya selalu mengelak dari berbincang dengan semua. Cuma apabila Arif sudah mencecah umur 2 tahun, gesaan dari Sabrina semakin kerap, mungkin kerana faktor umur dan tenaga yang mungkin berkurang dengan meningkatnya usia.

Walaupun saya menerima sepenuh hati akan keadaan Arif itu, tetapi masih terasa rasa ‘takut’ atau trauma akan kemungkinan mendapat seorang lagi anak istimewa sentiasa berlegar di fikiran saya. Saya sedar, akan ketentuan takdir dan suratan Ilahi dan saya pasrah menerima walau apa pun keadaan bakal zuriat saya ini. Tetapi untuk melalui sekali lagi pengalaman yang getir itu, saat-saat kritikal Arif dengan nyawanya di hujung tanduk bila dia berada di dalam keadaan ‘heart failure’ dan bayangan tubuhnya yang kecil itu berselirat dengan wayar dan tiub di seluruh tubuhnya menyebabkan saya berfikir banyak kali.

PESAN MR PAU

Dalam tempoh masa lahirnya Arif hingga sekarang, banyak maklumat dan input saya perolehi mengenai Down Syndrome, pengalaman ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa dan reaksi orang luar; ada yang positif dan ada juga yang negatif.

Saya teringat kata-kata seorang saudara rapat sejurus dia mendapat tahu akan keadaan Arif, “Ni mungkin kiffarah (balasan Allah) kat hampa ni. Kena banyak istighfar dan muhasabah diri..” Hancur berkecai hati Sabrina mendengar nasihat yang tidak dipinta itu.

Seorang sahabat pula mempunyai teori yang lain. “Mungkin semasa Sabrina mengandung ni dia tak cukup zat, janin dalam kandungan perlukan zat-zat yang secukupnya untuk membesar dan kalau semasa kandungan Sabrina tidak menjaga pemakanannya, ada kemungkinan perkara ini terjadi.”

Saya hanya tersenyum pahit. Hendak membalas kata-katanya pun terasa malas. Kalau hendak memberi pendapat pun, biarlah berdasarkan fakta yang betul. Down Syndrome bukannya satu penyakit disebabkan oleh nutrisi. Ini adalah satu keadaan perubahan genetik yang berlaku sebaik persenyawaan pada kromosom ke-21 dalam DNA. Sebab itulah adakalanya Down Syndrome juga digelar Trisomy21. Jadi jika Sabrina dan saya disuap madu, kurma dan supplement-supplement setiap hari, kalau sudah genetik make-upnya sudah terbentuk di awal usia kandungan, apa upaya kami untuk menghalangnya?

Tetapi saya amat memahami situasi sebegini. Kalau Arif tidak lahir sebagai anak kami, mungkin saya pun mempunyai pandangan seperti itu. Semuanya kerana lack of awareness dan ilmu.

Ini mengembalikan ingatan saya kepada perbualan kami dengan Mr. Pau, pakar bedah jantung yang membedah jantung Arif di IJN. Beliau ada menasihati saya untuk meneruskan kehidupan senormal yang mungkin dan ‘to go for it’ jika memang bercadang untuk mendapatkan anak lagi. “You’re Muslims, there’s not much that you can do to prevent it even if you knew it earlier. Others might have options to abort at earlier stage of pregnancy, but I understand that from your religious point of view doesn”t allow it.” tambahnya lagi.

DAN AKHIRNYA..

Dan akhirnya saya bersetuju dengan gesaan Sabrina. Life has to go on and I have a family to build on. Mungkin dari segi psikologi, menerima seorang adik akan merangsang Arif untuk meningkatkan kadar pembelajarannya. Siapa tahu?

Sebab itu apabila menerima khabar dari Sabrina akan kehamilannya awal tahun ini, perasaan saya bercampur baur; antara gembira dan sedikit takut. Kami selalu berbincang akan langkah yang terbaik untuk mengharungi debaran kehamilan anak ketiga kami ini. Sama ada untuk membuat pemeriksaan lanjut seperti amniosintesis atau tidak. Amniosintesis adalah satu ujian DNA yang boleh memberi 99% ketepatan akan komposisi DNA anak. Jadi dengan keputusan ujian ini, bolehlah diketahui sama ada anak di dalam kandungan itu normal atau pun tidak.

Detailed scan pula analoginya seperti mikroskop berkuasa tinggi berbanding dengan scan biasa di klinik-klinik. Oleh kerana ultrasoundnya lebih berkuasa, maka kualiti imej yang dapat dilihat adalah lebih baik. Jadi apabila dibuat detailed scan pada kandungan, kita boleh melihat sehingga dapat mengira bilangan jari kaki dan tangan, jumlah tulang rusuk, bentuk tulang belakang dan keadaan otak bayi.

Alhamdulillah, semasa sesi detailed scan kami di Klinik O&G HUKM bersama Prof Nor Azlin, beliau memberitahu kami bahawa setakat pemeriksaannya, bayi kami ini tidak ada menunjukkan tanda-tanda kecacatan fizikal atau tanda-tanda Down Syndrome seperti di leher, mata dan telinga. Namun, nasihatnya juga untuk terus berdoa agar kandungan itu sihat dan bebas dari sebarang penyakit kerana semua pemeriksaan atau ujian tidak memberi jaminan 100% akan kesihatan bayi ini. Dan sebagai Muslim kita perlu faham akan konsep ‘Kun fayakun’ – “Jadilah maka terjadilah ia” seperti yang selalu di baca dalam surah Yasiin.

Saya menerima nasihat Prof berkenaan dengan hati terbuka dan kami juga membuat keputusan untuk berhenti setakat itu saja. Tidak perlulah untuk melakukan amniosintesis. Walaupun tahu bahawa pemeriksaan itu bukanlah jaminan kesihatan anak di dalam kandungan, sekurang-kurangnya ia berjaya memadamkan keresahan di hati. Tetapi insya-Allah kami akan bersedia dan menerima walau apa keadaan pun anak yang bakal dilahirkan. Baik atau buruk, cacat atau sempurna; bayi itu masih lagi zuriat kami. Dan sebagai ibu bapa kami punya tanggungjawab terhadap Ilahi untuk membesarkannya. Insya-Allah..doakan kami ya!

Nota kaki:

1. Maklumat lanjut mengenai Risk dan Recurrence Risk of Down Syndrome di sini.

2. Detailed scan juga mampu ‘melihat’ jantina anak, sekiranya bayi berkenaan memberi ‘kerjasama’. Nak tahu jantina anak kami? Biarlah rahsia…he he..

  1. Banyak2 berdoa semoga Sabrina mudah bersalin secara normal dan bayi dilahirkan sihat walafiat. Dan semoga membesar menjadi anak yang soleh/solehah- mama/tokyah

  2. congratulations to u both! Insya Allah semoga dilindungi dan dipermudahkan segalanya! i can only hope to have half the courage that you posses….all the best with developments!

  3. mabruk ya akhi. semoga dipermudahkan segala-galanya. sgt bangga di atas ketabahan kalian berdua. salam tahniah buat sabrina🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: