izharhadafi

Diari Cuti Sekolah Jun 2009

In Famili on Jun 14, 2009 at 10:38 pm

Saya sengaja menulis posting ini, untuk refresh balik akan apa yang kami sekeluarga buat sepanjang 1 minggu bercuti di kampung. Terasa sekejap sangat cuti, walaupun sebenarnya lama!

Jadi please skip this posting if you’re not interested; ini sebenarnya lebih kepada rekod untuk saya di masa hadapan.

Alhamdulillah everything goes well during our stay back at our hometown, dan saya tidak pasti sama ada berpeluang lagi untuk bercuti selama ini di masa hadapan..

Sabtu, 6 Jun 2009

Pagi – bertolak balik ke Pulau Pinang

Malam – meraikan hari lahir Mak Tok ke-58 dengan kek Chocolate Chip Walnut dari Secret Recipe, KFC dan Dominos pizza.

Ahad, 7 Jun 2009

Kenduri 1 – Rumah Pak Long Shuib, pengamal perubatan tradisional yang merawat Sabrina tempohari. Pak Long masih sempat check tangan Sabrina semasa kenduri..

Kenduri 2 – Dewan MPSP, Padang Merdeka, Butterworth (anak saudara kawan Mak Tok)

Ziarah Akmal Ukashah ibnu Hisham (anak saudara saya) dan ibunya,  di rumah mentuanya. Hisham keluar 40 hari (tabligh)

Isnin, 8 Jun 2009

Pagi – Urat belikat saya tiba-tiba sakit sampai tidak boleh menoleh.

Tengahari – Tapi sempat lagi lunch di kedai Ikan Bawal Goreng di Juru. Mmm..memang sedap! Walaupun menikmati hidangan di celah pohon kelapa sawit..janji sedap. Thanks Mak Tok for the treat.

On the way balik, bungkus cendol pulut di Juru. Pun sedap..

Kebetulan bapa saudara Sabrina, Ustaz Sobri Mat pun balik kampung. Beliau menolong mengurut saya sehingga pulih. Jazakallah..

Hari ini juga birthday adik saya, Dr. Raihan. Tetapi dinner yang dirancang terpaksa ditangguh kerana keadaan saya dan Tok Yah yang kurang sihat

Selasa, 9 Jun 2009

Saya banyak berehat di rumah Mak Tok.

Mak Tok sibuk menyiapkan mee rebus untuk lunch atas permintaan Sabrina : )

Malamnya saya keluar dating dengan Sabrina sambil mencari hadiah kahwin untuk kenduri di keesokan hari.

Rabu, 10 Jun 2009

Pagi- Tukar base ke rumah Tok Yah di Taman Wira, Butterworth. Itulah kelebihan berkahwin dengan orang dekat. Dari Penanti ke Teluk Air Tawar cuma 20 minit perjalanan.

Tengahari- Kenduri kahwin sahabat rapat saya, Azrulnizam Yusop dengan Ustazah Zikrillah. Mat Mi pun sempat hadir bersama di rumah Azrul yang terletak di Mahang, daerah Selama, Perak

Petang – Mandi laut di Tanjung Asam, dekat Teluk Bahang. Batu Ferringhi sudah terlalu commercialized; cuma orang luar saja yang suka tempat macam tu. Pergi dengan keluarga Along. Seronoklah Hasif dan Arif, bermain bersama sepupu-sepupu mereka; Nabilah, Aisyah dan Ahmad D.

Khamis, 11 Jun 2009

Tengahari – Lunch di Pulau Aman. Rombongan keluarga saya, Tok Wan, Tok Yah, Mak Long Dasima, keluarga Pak Su Pudin dan keluarga Along. Di sebelah keluarga Sabrina, Mak Tok, Cik Wawa dan keluarga Pak Ndak Sobri turut hadir. (total 25 orang).

Kami menaiki bot ke Pulau Aman dari jeti di Batu Kawan.

Makanan seafood yang ditempah: Marvelous!! Arif pulun makan ketam sampai tertidur di atas riba Sabrina.

Malam – majlis bacaan Yasin dan Tahlil arwah untuk ahli keluarga di Teluk Air Tawar. Sambut birthday & potong kek untuk 3 birthdays in June: Cik Raihan (8 Jun), Tok Wan Halim dan saya (both 28 Jun)

Jumaat, 12 Jun 2009

Pagi- Sesi Sabrina dan Tok Yah pula mengurut. Saya hantar mereka ke rumah Tok Cu Nab, bidan family kami di Lahar Yooi. Tok Cu Nab merupakan saudara sebelah Tok Wan Halim dan telah menolong keluarga kami dalam urusan perbidanan semenjak zaman Tok Yah melahirkan Along lagi.

Oh, did I told you earlier, Sabrina is now 4 months pregnant!

Petang & Malam – Ziarah ke Balik Pulau (kampung Tok Yah). Sempat lagi berkunjung ke kedai Laksa Pokok Janggus di Kampung Perlis. Sabrina pun sempat replenish stok asam dia dari gerai Khairil, anak Tok Cik Askar di pasar baru Kongsi. Dan saya seperti biasa mengambil kesempatan untuk pulun makan durian di rumah Pak Su Pudin.

Sabtu, 13 Jun 2009

8.30 am -3.30 pm – Tok Wan Halim, Tok Yah, Along, Kak Long, Angah dan saya terpilih untuk menjadi perwakilan cawangan untuk ke AGM Bank Persatuan ke-50. Saya mewakili cawangan Bank Persatuan Shah Alam. Mesyuarat yang diadakan di Penang Golf Resort, Kepala Batas ini mencatat rekod kerana mengambil masa hampir 7 jam untuk selesai.

Ini gara-gara ramainya orang yang ingin bercakap, tetapi saya tidak pasti sama ada mereka mempunyai poin atau tidak..

Sabrina pula hari ini selain menanda paper Fizik pertengahan tahun, menjadi cikgu tuisyen kepada Hasif dan sepupu-sepupunya untuk menghabiskan homework sebelum buka sekolah.

Ahad, 14 Jun 2009

7.00 am – ke rumah Tok Lang di Penanti untuk menjemput Tok Mah (nenek Sabrina) balik ke KL.

7.30 am – bertolak balik ke KL

11.00 am – singgah di Rawang, rumah Pak Su Bulah. 2nd breakfast dan lunch di sana. Thanks Pak Su!

3.30 pm – sampai di rumah. Home sweet home!

Nota kaki:

Gambar-gambar di sini.

  1. Tahniah Sabrina dan Izhar. Semoga makin bertambah rezeki dengan kehadiran orang baru nanti..🙂

  2. salam,
    xsabar nak tgk gambo arif n hasif “on vacation”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: