izharhadafi

Be a Man!

In Motivasi & kerjaya on Mei 14, 2009 at 5:26 pm

how to be a man

WALK THE TALK

Ada masanya akan berlaku peristiwa-peristiwa di dalam hidup kita yang akan menguji pendirian kita. Ramai orang boleh menulis atau bercakap tentang menegakkan kebenaran, menentang kezaliman dan pelbagai mantra seperti ‘Makkal Sakthi’ dan ‘Reformasi’ tetapi apabila datang detik di mana dia perlu bertindak selari dengan ‘pendirian’nya, tidak ramai yang mampu.

Dan sebenarnya kita tidak perlu untuk menjadi Nelson Mandela atau Mahatma Gandhi untuk menunjukkan sifat-sifat ini, kehidupan seharian kita juga penuh dengan insiden-insiden yang jika direnungkan kembali menuntut kita untuk bertindak selari dengan pendirian kita.

Saya teringat akan rutin harian sebahagian dari rakan-rakan sekerja dari tempat kerja yang lama, di mana mereka akan bersidang di kedai mamak berhampiran pejabat untuk mengkritik banyak tindakan pihak pengurusan dan menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Saya bersetuju dengan sebahagian dari dakwaan mereka, tetapi apa yang mereka dapat dengan cakap-cakap mereka itu? 

Apabila ketidakpuasan hati saya terhadap tindak-tanduk majikan lama sudah sampai ke tahap threshold toleransi, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja. Tapi perletakan jawatan saya tidak diiringi dengan maki hamun, pergaduhan atau pun rasa marah.

Sekurang-kurangnya saya bertindak dan salah-satu tindakan yang berada dalam kawalan ialah berhenti kerja. Dan setelah 6-7 tahun berlalu, saya dapati bekas rakan-rakan sekerja saya itu masih bekerja di tempat lama!

HARGA SEBUAH PRINSIP

Ada masanya juga demi berpegang kepada prinsip hidup, kita perlu membuat keputusan yang tidak popular dan merugikan. Lebih teruk jika kita akan kehilangan sahabat atau imbuhan akibat dari pendirian kita itu. Ada yang berpendapat, itu keras kepala dan degil, bukannya memegang prinsip. Saya tidak berminat untuk berhujah tentang itu, tetapi pastinya prinsip yang dipegang itu haruslah disandarkan kepada al-Quran dan Sunnah. 

Ada satu insiden semasa saya di tingkatan dua. Kami sedang dikenakan ‘fire-drill’ atau sebenarnya adalah sesi penderaan senior ke atas pelajar junior secara beramai-ramai.  Pelbagai isu dijadikan alasan untuk mendera kami.

Kebetulan malam berkenaan, pengawas yang mendera kami sedang marahkan dua orang kawan saya, atas sebab yang saya pun sudah lupa. Apabila kemarahan memuncak, Prefect Feisal* yang mempunyai tali pinggang hitam taekwando menendang sahabat saya, Kimal* di perut. Kimal seorang rugby player yang tegap, melayang melanggar pintu Common Room dan dia terpelanting hingga keluar. 

Semua orang diam membisu. Ketakutan dan cemas. Saya tidak dapat menerima apa yang berlaku. Seteruk mana kelakuan sahabat saya itu, tidaklah menjadi lesen untuk pengawas berkenaan untuk membelasahnya sesuka hati. Di hadapan semua sahabat setingkatannya pulak tu. 

Saya dengan menggigil perlahan-lahan berdiri. Perasaan takut begitu terasa. 

Semua orang memandang, termasuk pengawas berkenaan. Dengan suara perlahan saya berkata, “Saya tak setuju dengan prefect.” Dan sebenarnya di dalam hati saya sudah berbisik, habislah aku malam ini..

Pengawas berkenaan nampak tergamam. Mungkin tidak menyangka budak junior ini begitu ‘kurang ajar’. Kemudian dia meluru ke arah saya seolah-olah ingin memakan saya. Nasib baiklah seorang lagi pengawas, Adri* menahan dan menenangkan dia. 

Semenjak dari hari itu, saya di label sebagai budak ‘rebel’. Ramai di antara kawan saya yang menjauhkan diri. Seolah-olah saya yang bersalah dalam hal ini. Dan memang ada masanya saya rasa menyesal kerana berdiri pada malam berkenaan. 

keseorangan

Namun itulah tindakan spontan saya dan setelah merenung kembali peristiwa itu, I’m proud that I had made that decision. Setelah agak matang dan boleh ‘berfikir’, saya selalu berkata pada diri, ini rupanya tarbiah Allah kepadaku. Semoga saya dan anda terus istiqamah dalam berjuang dan menegakkan prinsip.

Tak kiralah di peringkat mana, sama ada melawan hawa nafsu, dalam kerjaya, politik atau pun agama. Kerana tiba masanya kini, we have to learn how to be a man.

Nota kaki:

* – bukan nama sebenar

  1. saudara izhar,
    tulisan anda semakin menarik dari hari ke hari. sampaikan salam saya untuk sabrina ye.

    • Asmahani: it’s a compliment! thanks for the support & harap dpt beri manfaat kpd yg membaca.

  2. Bro,

    “No one can make you feel inferior without your consent.” Eleanor Roosevelt.

    • Soffuan Zaki: time tu still budak hingusan lagi, mana tak inferior. Thx for dropping by ; )

  3. You did the right thing and I believe whatever happened must be for a reason ~ only Allah knows. Kimal ada bercerita beberapa kali mengenai insiden tersebut dan saya hanya mampu terdiam setiap kali beliau mengulanginya. No wonder dia tidak bersetuju apabila saya memohon izinnya untuk menyambung semula latihan taekwondo saya yang tertinggal sejak sekian lama🙂

    my regards to sabrina and hugs for the kids.

  4. will do insyaAllah.. mr kimal is still working down south. alhamdulillah dah 2 tahun dia di sana. kisah perjalanan kerjayanya pun berwarna-warna sebagaimana tuan izhar. dia tidak betah utk berlama-lama di sesuatu tempat agaknya😉

  5. will do insyaAllah.. mr kimal is still working down south. alhamdulillah dah 2 tahun dia di sana. kisah perjalanan kerjayanya pun berwarna-warni sebagaimana tuan izhar. dia tidak betah utk berlama-lama di sesuatu tempat agaknya😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: