izharhadafi

Berakhirnya Agenda Zionis

In Pemikiran & Ehwal Dunia on Mei 11, 2009 at 11:39 am

Berakhirnya Agenda Zionis

KONVENSYEN ATAU HARI SUKAN?

Saya telahpun mendaftar untuk menyertai Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis sebelum Hasif membawa balik surat, pemberitahuan akan Hari Sukan sekolahnya pada tarikh yang sama, 9 Mei 2009. 

Terasa ingin untuk turut serta, meraikan Hasif memandangkan ini adalah tahun terakhir dia di Tadika al-Fath, sebelum memulakan alam persekolahan tahun hadapan. Tetapi, tarikan Dr. Azzam Tamimi dan peduli Palestin yang melekat di hati menyebabkan saya meneruskan juga niat untuk berada sepanjang hari di PWTC bersama-sama sahabat-sahabat dan orang ramai demi menunjukkan solidariti Muslim dan mendapat penjelasan yang lebih terkini dan terperinci dari pembentang-pembentang kertas kerja konvensyen tersebut.

Ramainya orang

Alhamdulillah, sambutan dari orang ramai sungguh mengagumkan. Nasib baik saya sudah mendaftar awal, kerana ramai lagi yang datang tanpa mendaftar terpaksa ditolak penyertaan mereka kerana dewan sudah penuh! Sambil mendaftar, saya sempat bersembang dengan para peserta, ada yang datang dari Perlis, Kelantan dan Johor. Sekumpulan pelajar dari Kelantan saya temui memberitahu, mereka bertolak selepas Isya’ untuk memastikan mereka sempat mendaftar pagi berkenaan.

Dari jangkaan 2000 penyertaan, pihak AMAN Palestin dan PEMBINA selaku penganjur terpaksa menambah bilangan kerusi kepada 3000, dan angka akhir penyertaan dalam lingkungan 3500! 

PENGISIAN KONVENSYEN

Banyak sekali maklumat dan pendedahan yang dibuat oleh para pembentang, yang terdiri dari Dr Roslan Mohd Nor, pensyarah UM, Dr. Azzam Tamimi, tokoh pemikir dan aktivis isu Palestin yang terkenal di UK dan Dr. Mohsen Soleh, Pengarah Institut al-Zaytouna, Lebanon.

Tidak muat untuk saya masukkan semuanya dalam post saya kali ini tetapi antara poin utama yang dibentangkan:

1. Pentingnya memahami sejarah. Bagaimana tertubuhnya negara haram Israel, pergerakan Zionis dan pendokongnya.

2. Negara haram Israel is a dagger in the Muslim’s heartland. Kedudukan strategik Palestin di tengah-tengah negara umat Islam menyebabkan apa-apa usaha untuk membangunkan empayar Islam yang kuat seperti kerajaan Uthmaniah tidak akan berjaya.

3. Sejarah juga membuktikan, mana-mana kuasa yang memerintah Palestin, dia akan menguasai dunia. Contoh, kerajaan Rom, Parsi, British, Islam dan sekarang pergerakan Zionis yang disokong oleh US.

4. Ada beza di antara Yahudi dan Zionis. Kita tidak membenci Yahudi kerana bangsanya, tetapi kita membenci perbuatan kejam dan hina Yahudi yang mendokong fahaman Zionisme. Mereka telah memasuki Palestin secara paksa, membunuh penduduk asalnya dan menghalau mereka dari tanah nenek moyang mereka. 

5. Zionisme adalah satu fahaman, jadi tidak semua Yahudi menyokong Zionisme. Ada juga Christian Zionist dan Arab Zionist. Kita lebih sedih dengan Arab/Muslim Zionist seperti kerajaan Mesir yang menutup sempadan Rafah ketika Gaza di bantai rejim Zionis dan tidak membenarkan pertolongan dihulurkan dari masyarakat antarabangsa kepada warga Gaza.

6. Sebenarnya pada permulaan pembentukan negara haram Israel, ramai Yahudi sendiri yang tidak setuju dengan penubuhannya. Ini kerana menurut kitab Talmud, mereka diharamkan kembali ke Israel dan harus menunggu ‘messiah’ mereka untuk datang dan hanya selepas itu mereka kembali ke Israel. Tetapi perancangan Zionis yang juga didalangi oleh Christian Zionis yang ingin ‘membersihkan’ Eropah dari kaum Yahudi.

7. Umat Islam dan Yahudi sebenarnya hidup aman dan damai bersama berkurun-kurun lamanya. Semasa kerajaan Islam di Sepanyol tumbang, umat Islam dan Yahudi dihalau keluar. Kerajaan Islam Uthmaniah di Turki yang memberi perlindungan kepada orang Yahudi.

8. Dan orang Eropah yang sebenarnya banyak membunuh dan menindas Yahudi. Di atas rasa bersalah dan keinginan untuk membersihkan Eropah dari orang Yahudi, mereka ingin memberikan satu kawasan baru untuk kaum Yahudi. Tetapi kenapa memilih Palestin? Orang Palestin tidak bersalah dalam hal ini dan kenapa mereka yang dihalau keluar untuk digantikan oleh Yahudi?

9. Peristiwa Holocaust  dan Hitler banyak memberi sumbangan terhadap pandangan umum Yahudi di Eropah tentang negara haram Israel. Walaupun mulanya mereka tidak mahu ke sana, tekanan dan penderaan Hitler telah menyebabkan mereka melarikan diri. Dan Christian Zionist telah merancang rapi, kaum Yahudi tidak dibenarkan lari ke mana-mana tempat lain selain dari Israel. 

10. Umat Islam di Malaysia juga perlu sedar bahawa isu Palestin bukan saja isu penduduk di sana. Ia adalah satu isu hak asasi manusia. UN telah meluluskan 531 resolusi mengutuk keganasan rejim Zionis tetapi semuanya di veto keluar oleh US dan Britain. Sedangkan mereka hanya perlu 1 resolusi untuk memulakan serangan ke atas Iraq semasa zaman Saddam Hussein.

11. Kita sebagai ‘orang luar’, tidak patut berhenti dari membantu rakyat Palestin. Walaupun muak dengan pertembungan antara paksi PLO, Fatah dan Hamas, kita patut merujuk kembali kepada perjuangan Islam. Mana-mana pertubuhan yang masih berpegang kepada Islam sebenar, kita patut sokong. Dan jika suatu hari nanti, Hamas melencong dari landasan asal, kita patut tinggalkan sokongan kita kepada Hamas dan menyokong gerakan Islam yang lain.

12. Rakyat Palestin adalah umat Islam yang terpilih. Walaupun dikepung dan dibantai oleh kekuatan militer rejim Yahudi, rakyat Palestin tidak seinci pun merelakan tanah tumpah darah nenek moyang mereka dipergadaikan. Walaupun tanpa sokongan orang luar, mereka akan terus berjuang. Terpulanglah kepada kita untuk membantu atau tidak, cuma bersedialah untuk menjawab di padang Mahsyar kelak, apa sumbangan kita untuk menolong saudara Islam kita yang tertindas di bumi Palestin.

GazaBoyTank

13. Kanak-kanak Palestin tidak mempunyai childhood. Seusai menginjak keusia 8-10 tahun, mereka terus menjadi dewasa. Berdasarkan kajian yang dibuat, 78 peratus anak-anak Palestin ini apabila bermimpi, mereka akan bermimpi tentang peperangan, tembak-menembak dan keganasan. Walau di dalam mimpi, mereka tidak mampu untuk bermimpi bermain di taman atau anak patung. 

14. Bibit-bibit kejatuhan rejim Zionis sudah bermula. Dengan kekalahan tentera Zionis kepada Hizbollah di sempadan Lebanon, dan kegagalan misi mereka di Gaza tempohari, lebih ramai Yahudi lari meninggalkan Israel. 

15. Dalam peperangan di Gaza tempohari, dilaporkan ramai tentera Zionis yang lari dari medan perang. Mereka yang masuk ke kawasan Gaza pula tidak berani keluar dari kereta kebal mereka. Rakyat Palestin melaporkan, apabila mereka kembali ke Gaza, mereka menemui banyak ‘pampers’ yang dibuang tentera Israel. Begitulah mereka yang sudah menjadi pengecut dan tidak berani walaupun untuk melepaskan ‘hajat’ di luar kereta kebal mereka.

PERJUANGAN BUKAN BERMUSIM

Sebagai kesimpulannya, perjuangan menentang Zionis bukanlah satu acara bermusim. Apabila Israel mula menyerang Palestin, barulah seluruh dunia membantah dan berpiket. Umat Islam harus sedar bahawa agenda Zionis ini tidak akan berhenti di Palestin. 

Dan saya melihat kesedaran rakyat Malaysia tentang isu Palestin ini semakin baik terutamanya di kalangan remaja/belia. Ini dapat dilihat dari ramainya mereka yang hadir di konvensyen ini. insya-Allah, kita berdoa agar rakyat Palestin diberi kekuatan untuk terus mempertahankan hak mereka dan rakyat Malaysia terus dapat menghulurkan bantuan sedaya yang boleh untuk memastikan perjuangan ini berterusan, sehingga suatu hari nanti bila rejim Israel dan agenda Zionis ini tersungkur jatuh rebah ke bumi..

konvensyen berlangsungsemua gambar di ambil dari laman web PEMBINA  

minum bersama kawanminum petang bersama Ahmad dan Iqbal selepas konvensyen (gambar sumbangan Leedy77)

Laporan penuh konvensyen boleh diperolehi dari laman web PEMBINA.

  1. Salam,

    Rumusan yang baik. Rangkuman yang ringkas dan padat untuk menyimpulkan konvensyen 1 hari tersebut.

    Tahniah, teruskan menulis.

    Minta izin en Blogger untuk di paste ker perinduyahoogroups.

    Once permission given, this good writing will be posted to our group.

    Thank you.

    may Allah Bless u always and give u strength to write. Jihad dgn kekunci keyboard.

    • Leedy77: En Leedy punya pasal, takde masalah untuk share article saya. Harap bermanfaat dan En Leedy pun boleh tambah mana yg patut. Tkasih sebab melawat dan memberi komen. insya-Allah ini sedikit sumbangan ‘yang termampu’ dari saya..

  2. bro…ms usroh nnti blh la ceta lagi pasal kovensyen nih…awal2 dulu ada gak plan nk pi…tp ada hal yg lebih penting yg x dpt nk di elakkan so x dpt nk join skali.

    • Abu: sori x sempat nak sembang pjg semlm. dah midnight, biasa la..kena rush balik umah.

  3. Good article. Thanks for sharing.🙂

  4. salam.terima kasih kerana share cerita ni..

    sahabat seperjuangan kak syiqeen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: