izharhadafi

Sabar Melayan Kerenah Anak

In Famili on Mei 5, 2009 at 10:54 am

dennis-the-menace

Kisah 1

‘Cikgu, sedap tak gulai yang kami masak tu?’ tanya salah seorang tukang masak di Dewan Makan. Ayah saya kehairanan, melihat betapa terujanya mereka dengan hasil masakan untuk High Table malam itu. 

‘Sedap..’ Abah menjawab dalam kemusykilan.

‘Ha..yang tambah bagi sedap gulai tu anak cikgu lah! Dia jatuh dalam kawah santan buat gulai pagi tadi!’ kata mereka, yang sudah ramai-ramai berkumpul di hadapan meja makan sambil ketawa..

Memang menjadi kebiasaan, sebaik bangun pagi, saya akan keluar rumah dan merayau. Ada masanya saya merayau ke asrama dan ada masanya ke pondok jaga. Ketika itu Abah adalah Pengetua Sekolah Tun Syed Sheikh Shahabudin (STSSS), Bukit Mertajam atau lebih dikenali di kalangan pelajar SBP sebagai ‘Sok sek.’

Hari yang bertuah itu, kaki saya membawa saya ke Dewan Makan. Entah kenapa tergerak untuk masuk ke dapur dan melihat pakcik dan makcik Dewan Makan sibuk menyiang ikan dan memotong sayur. Nak dijadikan cerita, sewaktu berjalan di dapur, saya tergelincir dan masuk terus ke dalam kawah yang mengandungi santan. Basah kuyuplah saya penuh dengan santan pagi itu, bersama-sama dengan bantal busuk yang saya bawa sekali!

Kisah 2

‘Cikgu,cikgu ni anak cikgu ni. Jatuh dalam kolam. Nasib baik saya ada. Kalau tidak tak tau la apa nak jadi..’ kata Pak Abu, pak guard di STSSS. 

Memori visual kejadian itu masih jelas di ingatan. Pak Abu mengangkat saya yang basah lencun di tangan kanannya dan basikal saya di tangan kirinya.

Hari itu, saya terikut-ikut dengan adegan stuntman di TV, jadi saya kayuh basikal deras-deras dan terus terjun ke dalam kolam ikan dekat dengan Makmal Sains. Bila dah terjunam ke dalam kolam, barulah teringat yang saya tak tahu berenang.

Nasib baiklah Pak Abu kebetulan sedang membuat rondaan hariannya di situ. Kalau tidak mungkin saya tidak sempat bercerita kepada anda akan kisah ini. 

Abah hanya mampu menggeleng kepala dengan kerenah saya. Ketika itu usia saya sebaya dengan Muhammad Hasif hari ini (6 tahun).

SABAR..

Jadi hari ini, bila anak saya Muhammad Hasif agak nakal bermain atau mengganggu adiknya Arif sampai menangis, saya akan cuba menyabarkan diri dengan berkata, ‘Sabar, aku dulu lebih nakal dari Hasif, dan Abah masih boleh bersabar dengan segala kerenahku..’

PENGAJARAN LAIN?

Di samping itu juga, jika kita renungkan membesar di dalam suasana terkawal seperti kuarters sekolah atau di kampung akan memberikan ibubapa suatu social security dan support network di mana bukan sahaja ibu bapa yang mendidik dan memantau perkembangan anak-anak, tetapi komuniti sekeliling juga ambil peduli.

Hari ini, di Kuala Lumpur tidak dinafikan memang payah hendak mendapat replika suasana di atas, tetapi seboleh mungkin kita pilihlah persekitaran yang sebaiknya untuk membesarkan anak kita.

Berbuat dan bersangka baiklah dengan orang-orang yang secara terus berhubungan dengan anak kita; pemandu van taska, guru taska, penjaga nurseri, guru mengaji, pembantu rumah, jiran-jiran dan sahabat-sahabat anak kita itu. Kerana sebagaimana sayangnya kita kepada anak, tidak mungkin kita mampu untuk berada di sisinya 24 jam sehari!

Selebihnya kita serahkan urusan menjaga dan memelihara mereka kepada Tuhan saya, Hasif dan kamu. Hanya padaNya tempat kita mengadu dan bergantung nasib..

  1. Salam,
    Teringat kenangan semasa lalau adalah amat kelakar… walaupun kadang-kadang ia amat bahaya….
    Macam kisah burung gagak, ayah dan anak…..
    oleh itu jika anak-anak membuat onar sabarlah dan didiklah dengan baik…. nasiahat yang berkesan tidak semestinya dengan kata-kata……

    • Nik: ini Nik geng baitul Jundi dulu ker? cikgu kat mana skrg ni? Tkasih atas lawatan..

  2. salam izhar..saja2 melawat your blog. Betul tu, nak melayan karenah anak-anak ni mmg perlu banyak kesabaran..specially anak2 millenium ni. They’re smarter..:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: