izharhadafi

Cerita Pokok Mempelam

In Famili, Pemikiran & Ehwal Dunia on Mei 4, 2009 at 12:19 pm

mangga

Saya mengambil kesempatan untuk berkebun sedikit, setelah tidak ke mana-mana sepanjang cuti Hari Pekerja dan hujung minggu. Mempelam di depan rumah yang masih putik jatuh berguguran kerana ditiup angin kencang beberapa hari ini. 

Saya mengambil surat khabar untuk menutup buah-buah mempelam ini dari ditiup angin atau terkena hujan secara direct, harapnya kebarangkalian buah itu untuk luruh semakin kecil dengan ‘perlindungan’ yang diberi. Maklumlah, pokok mempelam hendak berbuah kali yang pertama, sayangnya lain macam sedikit.

Beberapa jiran di lorong rumah saya pun ada menanam pokok mempelam. Namun, setelah beberapa tahun pokoknya besar dan rimbun, masih belum berbuah. Isteri saya membeli anak pokok mempelam ini dari Pusat Flora, Batu 11 Cheras dan setelah mendapat khidmat nasihat dari penjual anak pokok berkenaan dan menanam mempelam itu mengikut teknik yang disyorkan, alhamdulillah sudah beberapa kali pokok itu putik, walaupun pokoknya masih kecil dan baru berusia setahun lebih.

Kali pertama mempelam berbunga, kami biarkan saja. Mungkin kerana sibuk menjaga anak, hingga pokok-pokok tanaman tidak terbela. Bila tiba musim hujan, habis semua bunga-bunga luruh.

Kali kedua, sebaik saja berbunga, Sabrina terus menutup bunga-bunganya dengan plastik. Kami tidak mahu bunga-bunganya jatuh bertaburan kerana ditimpa hujan. Tetapi bunga-bunga mempelam menjadi kecut dan gugur. Kami kehairanan. Hanya apabila melihat ‘Bee Movie’ terbitan Dreamworks bersama anak-anak, barulah tersedar, kalau kami menutup bunga-bunga mempelam itu dengan plastik, bagaimana serangga seperti lebah dapat hinggap untuk proses pendebungaan?

beemovie

Dan sekarang sudah kali ketiga pokok mempelam di depan rumah saya berputik. Alhamdulillah setakat ini buah mempelam membesar dengan baik, ada yang sudah sebesar tiga jari. Harapnya buah-buah itu membesar dan masak di pokok, dan kami dapat merasa hasil tani kami sendiri. Kalau ada lebih, bolehlah berkongsi dengan jiran-jiran, yang acapkali menegur satu-satunya pokok mempelam yang berbuah di lorong rumah kami itu. insya-Allah giliran pokok-pokok lain kepunyaan jiran akan tiba..

Adakah ada pengajaran dari pengalaman kami bersama pokok mempelam di depan rumah itu? Pastinya ada jika kita benar-benar memerhatikan dan berfikir akan kebesaran Allah swt..

Nota kaki:

1. Orang utara menggelar pokok mangga sebagai mempelam

  1. cantik gambar tu…hehehe

  2. tapi, macam bukan pokok kat umah jer

  3. Salam
    Semoga sentiasa ceria…..
    Hebat lah juga pokok tu ye…. dah tiga kali berbunga…. untuk kali ni dapat lah rasa buahnya….
    jika kat pantai timur mempelam kita panggil pauh….

  4. Dah masak ke mempelam tu?
    Leh kami pi umah,merasa ramai2.
    mempelam cicah kicap+gula+cili.

  5. dah..tapi kenalah datang umah kalau nak rasa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: