izharhadafi

Unsung Heroes

In DS on April 30, 2009 at 9:24 am

Saya tidak tahu kenapa, tetapi air mata mengalir tidak henti-henti seusai solat Subuh pagi tadi. Sepanjang malam saya tidak dapat tidur dengan nyenyak, asyik terbayang wajah Nadia, sedang melukis bersama ibunya di atas katil hospital.

Nadia adalah classmate Arif Uthmani. Mereka sama-sama berada di dalam Infant Stimulation Programme, Kiwanis Down Syndrome Foundation. Arif berjaya menghabiskan programnya dan sekarang berada di Toddlers programme. Tetapi Nadia terpaksa berhenti separuh jalan kerana dia terpaksa menjalani rawatan untuk leukimia.

Lawatan kami semalam di Wad Pediatrik, PPUM sedikit menceriakan pasangan Zaini dan Na. Semalam adalah hari terakhir Nadia di hospital, sebelum dibenarkan keluar. Biasanya ramai yang gembira kerana mendapat kebenaran discaj, tetapi kali ini Nadia dibenarkan keluar kerana tidak ada apa-apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak hospital..

Saya terdiam sebentar. Saya tidak tahu apa yang hendak diucapkan kepada ibubapa yang berada di situasi begini. Setelah berhempas pulas, bersengkang mata dan memberi segala-galanya dalam mengharungi rawatan dan dua sesi kemoterapi, satu di GH dan kemudiannya di PPUM, hasilnya masih tidak berpihak kepada mereka. 

Nadia masih tidak memberi respon kepada rawatan yang diberi. Malah, oleh kerana terlalu kerap membuat blood transfusion, badannya kini mengeluarkan antibodi untuk menyerang sel darah merah yang dimasukkan ke badannya. Jenis darah dan rhesus tidak lagi boleh menjadi ukuran, tetapi para doktor perlu mengetahui jenis antibodi yang boleh diterima Nadia supaya badannya tidak menolak darah baru yang masuk ke badannya. 

Namun saya kagum dengan kekentalan hati Zaini dan isteri. Mereka pasrah dengan apa yang terjadi dan berusaha sebaik mungkin untuk merawat Nadia with the best medical care they could afford and available. Zaini berkongsi perasaan dengan saya, ” Mulanya memanglah kita rasa depressed, but who are we to defy His wishes. Kita terima sajalah.”

Di dalam kesibukan menguruskan Nadia yang menjalani kemoterapi, Zaini masih meluangkan masa di dalam Kiwanis Parents Support Group (PSG). Beliau yang dilantik sebagai Presiden gigih berusaha mengutip dana untuk persatuan dan secara tidak langsung menolong anak-anak orang lain, padahal anaknya sendiri sedang bergelut dengan leukimia.

I’m honoured and privileged kerana dipertemukan dengan ramai ibubapa yang begitu tabah dan sabar dalam menjalani kehidupan ini. Banyak pengajaran dan pengalaman berharga yang dikutip sepanjang saya berkenalan bersama mereka, sama ada semasa sedang menunggu Arif habis kelas ataupun melalui aktiviti-aktiviti anjuran Kiwanis dan PSG

Benarlah, anak-anak Down Syndrome ini istimewa kerana ibu bapa mereka juga sangat istimewa!

Semoga Zaini dan Na cekal dan tabah mengharungi hari-hari yang mendatang. Saya doakan agar Allah swt memberikan kesudahan yang terbaik untuk adik Nadia. Itu sahaja yang mampu saya ucapkan..

Jangan Bersedih

  1. memang sayu dan terpana saat melihat wajah nadia yang jauh berbeza…hanya Tuhan sahaja yg tahu…

  2. Salam…..
    Siapalah kita untuk mengeluh…..
    Jika menghadapi masalah tersebut sudah pasti akan tersentuh….
    Namun Hanya Allah yang lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNya….
    Hadapi dengan tabah akan menambah iman…
    Setiap insan akan di uji mengikut kemampuannya…..
    Semoga sntiasa diberkati Allah….

  3. […] Sedikit kisah mengenai Nur Nadia saya nukilkan di sini. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: