izharhadafi

Ejen Pembakar Rezeki

In Pemikiran & Ehwal Dunia on April 23, 2009 at 2:50 pm

rokok

MINTA ROKOK

“Eh mintak sebatang rokok kau, aku nak try la” ujar saya kepada Shah*. 

Raut wajah Shah terus berubah.

“Wait se-minit. Kau kan tak hisap rokok. Aku tak nak introduce kau kat benda-benda camni”, Shah mula gelisah.

Kemudian hampir setengah jam Shah, si perokok memberi syarahan kenapa saya tidak patut mula merokok, saya mendengar bersama Ashraf di cubicle saya di Dorm 6, East Wing.

Saya mendengar sambil tersenyum. Sebenarnya saya tidak pun berhasrat untuk mula merokok, cuma ingin memberi isyarat berlapik kepadanya agar jangan menyembunyikan rokok di ruang dalam gitar kapoknya yang di simpan di dalam cubicle saya sewaktu kami di tingkatan 5.

Mulanya saya tidak perasan dia berbuat demikian, dan saya ingatkan dia memang hanya menyimpan gitar sahaja, tetapi rupa-rupanya ada udang di sebalik mee!

Jadi apabila saya terlihat kotak-kotak rokok sewaktu membayar harga makanan di kedai mamak, teringat kembali kepada kenangan itu semasa di MCKK.

EFEKTIF ATAU TIDAK?

Saya tidak pasti sama ada langkah terbaru kerajaan meletakkan grafik mengenai kesan merokok di kotak rokok akan berkesan. Ini kerana menghisap rokok bagi saya sudah seumpama ketagihan. Tidak kiralah apa juga langkah kerajaan, jika sudah ketagih, mereka akan mendapatkan bekalan mereka dengan apa cara sekali pun.

Walaupun sudah diwartakan menghisap rokok adalah haram di sisi agama sejak 1995 lagi, antara agenda pengisi masa renggang antara Maghrib dan Isya’ di masjid dan surau biasanya adalah dengan merokok berjamaah di tangga masjid. Kadang-kadang tu, tok Imam pun join sekali.

Jadi, payahlah ketam hendak mengajar anaknya berjalan lurus.

Alhamdulillah, budaya merokok di dalam keluarga saya tidak wujud, kerana Abah bukan perokok. Jika ayah tidak merokok, maka senanglah sedikit untuk memberi contoh kepada anak-anak agar tidak merokok!

Saya selalu membayangkan adegan ayah yang merokok menegur anaknya yang mula berjinak-jinak dengan rokok. Apa yang patut ayahnya katakan? 

“Nak, janganlah merokok sebab merokok itu tak baik untuk kesihatan. Kamu pun kecil lagi.”

“Dah tu kenapa Ayah hisap jugak?” jawab si anak.

“Eh, melawan pulak budak ni. Aku dah besar, suka hati akulah nak buat apa dengan duit gaji aku. Kau hisap rokok pun pakai duit elaun yang aku bagi tau!”

Anda rasa si anak akan terkesan dengan nasihat ayahnya? Walau ‘seikhlas’ mana pun nasihat itu?

Sebab itulah saya bersetuju dengan saran Ustaz Dr. MAZA, agar mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Semoga saya, anak-anak dan zuriat saya bukanlah dalam golongan yang menganiaya dan mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan!

 

Nota kaki:

* Shah – bukan nama sebenar ; )

  1. Hahaha aku tak ingat pun!! Lawak lah pulak baca ni..meh aku forward kat ‘Shah bukan nama sebenar’….

  2. Shah (bukan nama sebenar) ni memang suka buat kerja begitu. Haha..
    Shah oh Shah..Dah insaf ke belum nih

  3. mungkin malaysia boleh buat iklan rokok yg menarik seperti iklan arab nie(dua-dua pon best):

  4. Salam….
    Menarik vedio tu…. Jika boleh buat iklan macam tu mungkin ada yang lebih sedar……
    Orang yang merokok tahu bahayanya namum kenapa dia tak nak berhenti??? mungkin dia ingat hanya kepada diri sendiri je bahaya tak melibatkan orang lain….
    Namun jika difikir dengan lebih jauh orang yang disayangi pun terkena kesan yang buruk ni…. jika kena penyakit fizikal boleh nampak, j9ka kena sakit mental lagi bahaya…. adakah anak akan hormat kepada ayah yang nasihat je blh bagi namun tak boleh nak buat….. macam ketam ajar anak berjalan lurus…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: