izharhadafi

Kenangan Bercuti

In Famili on April 17, 2009 at 4:20 pm

MALUNYA AKU

“Oh ini lah budaknya..” kata seorang demi seorang pegawai yang berkursus sekali dengan Abah menegur sambil menepuk-nepuk bahu saya. Pagi itu, saya menjadi seperti selebriti, tidak putus-putus ditegur semasa bersarapan bersama ayah saya.

Saya menjadi agak ‘blur’, di atas perhatian yang diberi oleh mereka.

Sambil tersenyum, Abah berkata “Depa semua dah tau. Kami semua puas ketuk pintu bilik, hang tak bangun-bangun jugak.”

“Allahuakbar..malunya aku..” 

BERJALAN DI LANGKAWI

Sebenarnya kejadian berkenaan berlaku sudah lama, sekitar tahun 1996 semasa saya mengikuti ayah saya untuk berkursus di Langkawi. Semasa itu beliau adalah Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang (if I’m not mistaken, sorry, I’m very bad in remembering designations) dan saya mengikutnya kerana bosan di rumah sementara menunggu keputusan peperiksaan matrikulasi.

Sehari sebelum kejadian, saya mengambil keputusan untuk berjalan kaki dari hotel ke pekan Kuah, kononnya nak jadi macam backpackers Mat Salleh yang kelihatan mundar-mandir ke merata tempat dengan hanya berjalan kaki. 

Rasanya hampir 60 km pergi balik saya berjalan hari itu, termasuk detours entah ke mana-mana sehingga akhirnya saya sampai di hotel dalam keadaan yang amat letih. Letihnya sampai saya tidak sedar bila saya tidur dan tiba-tiba terjaga, jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi. 

Di sebabkan itu jugalah, Abah terpaksa menumpang tidur di bilik pegawainya kerana semua usaha mereka, termasuk pengurusan hotel untuk membuka pintu bilik gagal. Sebenarnya kunci pintu sudah boleh dibuka, tetapi rantai selak yang masih berkunci. 

MEMORI 

volvo240

Itu adalah sebahagian dari memori bercuti bersama Abah, adakalanya beramai-ramai dan ada masanya berdua. Tetapi semasa saya membesar, percutian kami hanya terhad di dalam Malaysia, dan biasanya sempena kursus atau mesyuarat yang Abah perlu hadiri.

Hampir seluruh Malaysia telah kami jelajahi, kebanyakannya melalui jalan darat dan sehingga sekarang saya masih tertanya-tanya bagaimana agaknya kami enam orang dahulu disumbat masuk ke dalam kereta Volvo 240 lama Abah itu.

Hari ini, adik-adik perempuan saya lebih beruntung, kerana Abah dan Mama sudah pencen dan punya banyak masa terluang. Percutian mereka ke Mekah, China, Turki, Spain dan Eropah. 

Sebab itu saya selalu berseloroh dengan mereka, “Abah hampa kaya, Abah kami miskin..”

Malah malam ini saya akan pergi ke LCCT Sepang untuk mengambil Abah dan Mama yang insya-Allah akan pulang dari UK setelah melawat adik bongsu, Dik Su. 

Nak mengharap saya membawa mereka ke luar negara, hmm..tinggal harapan sajalah.

Tapi dengan rezeki yang ada, setakat ini sempatlah saya membawa mereka bercuti di sekitar Malaysia seperti percutian kami di Cherating tahun lepas dan di Damai Laut tahun sebelumnya.

Tahun ini tak ada kot. Ekonomi gawat..

 

ps: Terima kasih Ashraf & Nazir kerana meraikan ibu bapa saya semasa mereka di London dan Manchester tempohari.

  1. owh, xpernah tau pun reason sbnr kenapa abg lang tak bgn2.tau cerita saja.

    ala, abg lang pon abah n mama penah bawak pa pi mekah..:P jom2 kita pi australia ramai2 heheh. deksu doakan abg lang murahhhh rezeki, amin.

  2. australia..??hmmm
    bestnyer kalau doktor atau bakal farmasi boleh belanja…

  3. eh boleh je, anywhere…hehhehe

  4. tumpang bertanya, volvo yg kat dalam blog nie lampu depannya nak dijualkan x ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: