izharhadafi

Maafkan kami, Arif

In DS, Famili on April 13, 2009 at 3:22 pm

BERTEMU GURU ARIF

Sabrina dan saya menghadiri sesi bertemu ibubapa untuk penggal pertama sekolah Arif di Kiwanis Down Sydrome Foundation-National Centre minggu lepas.

Sesi pertemuan bersama guru yang mengajar Arif memang dinantikan kerana pada ketika inilah perbincangan mengenai perkembangan dan penilaian dibuat sepanjang 4 bulan pertama Arif untuk tahun ini.

Alhamdulillah, mengikut carta perkembangan HELP yang dipantau oleh gurunya, Arif ada menunjukkan peningkatan sederhana dari semua segi. Gross-motor, fine-motor, social skills, communication dan lain-lain. 

Namun begitu, menurut gurunya, potensi yang ada pada diri Arif menjadi sedikit terencat oleh kerana siri ketidakhadirannya ke sekolah semenjak awal tahun ini. 

SEDIH, BUKAN MENGELUH

Saya menjadi sedih. 

Sudah banyak perkara yang telah dibuat untuk memastikan Arif diberi sebaik-baik peluang untuk mempertingkatkan dirinya. 

Menghantar Arif dari Cheras ke Taman SEA PJ di ketika saya bekerja berhampiran KLCC dan Sabrina di Shamelin Perkasa 3 kali seminggu bukan kecil cabarannya. 

Itu tidak dikira temujanji di HUKM untuk fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan serta pemeriksaan berkala untuk telinga, mata dan jantung.

Tidak, saya tidak mengeluh. Cuma sedikit kecewa disebalik perancangan yang kami buat, ditakdirkan Arif masih belum dapat memberikan kehadiran yang baik ke sekolahnya.

Rekod kehadirannya mula terganggu dengan kemalangan yang menimpa Sabrina Januari lalu.

Ini kerana Sabrinalah yang banyak menghabiskan masa untuk menghantar dan mengambil Arif untuk ke sekolah. Dan saya hanya sekali-sekala menolong untuk mengambil atau menghantar Arif. Faham-fahamlah bekerja di sektor swasta, agak sukar untuk keluar semasa waktu pejabat.

Jadi kebanyakan kelasnya di bulan Januari, Februari dan awal Mac terganggu disebabkan ini. 

Tambahan pula keadaan kesihatan Arif yang agak menurun, sering demam, batuk dan selesema; semenjak dia dihantar ke nurseri. Ketiadaan pembantu semenjak tahun lepas menyebabkan kami tiada pilihan selain menghantar Arif ke sana. Dengan keadaan Arif yang mudah dijangkiti penyakit, dan ramainya anak-anak yang ditempatkan di nurseri, semakin keraplah Arif jatuh sakit.

PERUBAHAN DRASTIK?

Maafkan kami Arif. 

Nampak gayanya, kami perlu melakukan sesuatu yang drastik untuk meningkatan kehadirannya ke sekolah.

Kami percaya dengan pendidikan yang sistematik di KDSF, perkembangan Arif dapat dipantau oleh guru-guru yang bertauliah. Dengan ini, kelemahan-kelemahan Arif dapat ditemui dan diperbaiki secepat mungkin. 

Dan Arif dapat mencapai potensi terbaiknya, insya-Allah.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami ini.

arifdbuai

  1. salam..saya terjumpa blog ini secara kebetulan kerana sedang dalam membuat keputusan berhenti PhD untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak saya, Izz Irfan bin Izhar, yang didiagnos mempunyai simptom cerebral palsy. Dia makan menggunakan tiub yang ditebuk di perut dan menjalani terapi (fisio, feeding etc) di hukm dan juga swasta. Saya amat tertarik dengan blog Encik dan berdoa usaha En sekeluarga akan terus membuahkan hasil.

    • Rasyedah: Semoga anda membuat keputusan yang terbaik untuk diri dan keluarga. insya-Allah, Allah permudahkan segala usaha kita. Terima kasih atas lawatan, ini memberi semangat untuk saya terus menulis!

  2. wah kagum towl la ngan blog abg ni, ramai gak yang jenguk ekh,.. ala, tak hairan lah, ayat dan pendekatan blog ni menarik, saya kalau on9 pun slalu tgok new post.. bdw, bila arif dah besar nanti,.. mesti dia akan rasa bangga sebab ada mak dan ayah yang sanggup berkorban untuk dia.. insya Alah.. semuanya akan dipermudahkan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: