izharhadafi

What’s Your End In Mind?

In Motivasi & kerjaya on April 9, 2009 at 12:59 pm

ambition

Kata Ibn Qayyim:
“Cita-cita yang tinggi adalah lambang kejayaan seseorang,

Cita-cita yang rendah adalah lambang kegagalannya..

Orang-orang yang mempunyai cita-cita yang tinggi laksana burung helang yang terbang tinggi, ia tidak akan turun melainkan ia nampak akan tujuannya, juga, semakin tinggi ia terbang, semakin jauhlah dari hal-hal yang dapat menggagalkannya”

[Madarij as-Saalikin, 3:172]

Mungkin semasa saya berada di bangku sekolah, atau di universiti, bila orang bertanya tentang cita-cita, pastinya jawapan saya mestilah berkisar mengenai kerjaya. Mungkin bercita-cita untuk bekerja di syarikat antarabangsa, atau menjadi saintis dan jurutera yang berjaya membuat penemuan dan ciptaan yang agung.

Saya tidak nafikan bahawa cita-cita sebegitu sememangnya baik dan mulia. Cita-cita memberikan kita satu matlamat atau goal-post dalam kita berusaha dan bekerja.  Tanpanya  mungkin tidak ada motivasi dalaman yang mendorong kita untuk melakukan kerja dengan baik dan cemerlang.

Namun setelah beberapa lama di dalam alam pekerjaan, saya dapati cita-cita ini hanyalah satu tip on the iceberg. Penyataan cita-cita ini tidak lengkap dan adakalanya boleh mengelirukan world-view/tasawwur tentang kejayaan yang sebenar. Tambah pula untuk saya yang bergelar Muslim.

Kejayaan di dalam kerja hanyalah sebahagian dari kejayaan keseluruhannya. Dan kejayaan kerjaya tidak boleh dijadikan satu-satunya matlamat kehidupan ini.

Ini kerana kita sebenarnya adalah lebih mulia dan hebat dari itu!

Bukankah Allah swt telah menciptakan kita untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini?

Adakah hanya dengan berjaya di alam kerjaya, membawa pulang wang untuk menyara keluarga, punya harta dan kenderaan hebat, makan, minum, dan holiday setahun sekali di resort 5 bintang sudah dikira berjaya? Bagaimana pula dengan tanggungjawab terhadap pembangunan ummah dan syiar Islam? Biarkan kepada ustaz dan para mufti? Anda pasti?

Anda begitu pasti bahawa kelak di padang Mahsyar kita tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa yang berlaku terhadap ummah dan tanggungan anda? 

Sebenarnya kesedaran tentang pertanggungjawaban ini tidak saya dapat secara tiba-tiba. Ianya muncul dari banyak sesi muhasabah diri dan berfikir. Dari sesi pembacaan buku, al-Quran, internet, perbincangan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang kehidupan saya. 

Di atas sebab itulah saya telah meletakkan cita-cita saya melangkaui alam dunia ini. Cita-cita untuk berada bersamaNya di jannatul Firdaus bersama para Nabi dan solihin, bersama isteri, anak-anak dan keluarga tercinta. Inilah mission statement saya untuk melengkapi kriteria ‘Begin with an End in Mind’ Stephen Covey. insya-Allah semua cita-cita yang lain (termasuk kerjaya) mempunyai tempat di dalam kerangka cita-cita terbesar ini.

Ada pihak mungkin berkata, that’s very obvious, semua orang akan berkata begitu. Tetapi bagi saya, you have to spell it out, with a conscience. And you have to prove it by actions rather than rhetorics. 

Hanya apabila cita-cita itu dicernakan secara sedar (conscious), minda kita akan terarah untuk melakukan perkara-perkara atau membuat keputusan yang selari dengan cita-cita itu. Dan jika ada cita-cita lain yang berselisih dengan cita-cita yang terbesar, contohnya antara cita-cita kerjaya dan cita-cita masuk syurga, maka dengan pemikiran yang rasional, sudah jelas apa pilihan kita.

Yes, it’s easier said than done, but at least that’s my goal. Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada kita semua untuk mengharungi kehidupan yang sementara ini menurut jalan yang diredhaiNya. Dan jika ada perlakuan atau tindakan saya di masa hadapan yang tidak selari dengan mission statement saya ini, mohon saudara semua dapat menegur saya agar kembali ke pangkal jalan.

Harapnya jika tidak berada di tingkatan teratas syurga pun, sekurang-kurangnya tidaklah saya dihumban ke neraka!

Atas Jalan Ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: