izharhadafi

Tiga Purnama di Alam Blog

In Motivasi & kerjaya, Uncategorized on April 6, 2009 at 12:02 pm

blog_logo2

Menerima lebih 1600 lawatan atau hits ke blog saya dalam jangkamasa 3 bulan adalah di luar jangkaan.

Ya lah, saya ini bukanlah siapa-siapa. Bukan selebriti mahupun tokoh yang berjaya.

Tetapi alhamdulillah setakat ini ramai yang mengunjungi blog saya ini di atas sebab yang mereka sendiri ketahui.

Saya menulis lebih kepada untuk mencoret pengalaman dan pemikiran untuk koleksi diri, tetapi jika ada di antara anda yang merasa ada manfaatnya, saya tumpang bersyukur.

Tambah pula dengan usia menginjak ke umur 30-an ini, terasa mahu berkongsi pengalaman dan pahit manis kehidupan bersama, agar menjadi pengajaran/kenangan buat diri sendiri dan anda semua.

Jika ada mengguris hati sesiapa, saya pohon kemaafan dan bukan niat saya untuk memburukkan sesiapa. Kerana saya sedar kiranya saya ada menulis akan satu keburukan orang lain, saya pasti akan ada orang yang boleh menulis 10 keaiban diri ini.

Semoga Allah swt berterusan memberi saya ilham dan kesempatan untuk terus menulis di dalam blog ini. Dan semoga perkongsian saya dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda.

Hanya pinta saya, coretlah sedikit di ruangan komen, sekurang-kurangnya dapat saya berkenalan atau mendapat respon mengenai penulisan saya ini.

Dengan statistik kurang 20 komen dari 33 posting, saya pasti anda dapat menaikkan semangat menulis saya dengan lebih banyak interaksi dan komen dari anda!

Terima kasih semua dan semoga berterusan dapat menziarahi blog saya ini.

Izhar Hadafi

6 April 2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: