izharhadafi

Rapatkan Saf!

In Pemikiran & Ehwal Dunia on Mac 30, 2009 at 1:25 pm

Pak Lah & Dr M

Saya sangat gembira melihat pimpinan utama UMNO; Pak Lah, Najib dan Tun Mahathir bersama-sama berkongsi pentas semasa Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai. Begitu juga dengan ucapan Pak Lah yang bersifat maaf-memaafkan di antara satu sama lain.

Sebagaimana saya sukakan pertemuan Pak Lah dan Anwar Ibrahim.

Dan saya katakan ini bukan kerana saya orang UMNO. Tetapi sebagai seorang Muslim yang suka melihat silaturrahim terjalin kembali di antara Muslim.

Tambah pula Muslim yang kembali bertaut persaudaraannya itu adalah pemimpin dan negarawan. Ini memberi teladan yang amat baik untuk para pengikut mereka dan orang ramai.

Sudah terlalu lama permainan politik memecah-belahkan persaudaraan yang ada di antara umat Islam. Dan kitaran umpat keji, nista dan fitnah tidak mungkin berhenti sekiranya semua orang kekal dengan ego dan tinggi diri. Perlu ada kemaafan dari satu pihak dan semoga permohonan maaf Pak Lah bukan saja untuk ahli UMNO, tetapi merentas sempadan kepartian.

Dan ini menguatkan teori saya bahawa individu-individu di dalam UMNO, PAS, PKR mampu membawa perubahan ke arah kebaikan. Dan siapalah kita untuk terus mengutuk dan mengeji, jika Allah mentakdirkan UMNO untuk berubah dan kembali memartabatkan al-Qur’an dan Sunnah!

Sama-samalah kita berdoa, agar kita semua berada di bawah rahmat Allah swt dan semoga harapan saya ini bukanlah impian seorang hopeless optimist!

 

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: 
“Bahawa Rasulullah saw bersabda maksudnya: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.” Sumber

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: