izharhadafi

Hasif, Si Peluncur Ombak

In Famili on Mac 25, 2009 at 9:28 am

 

duta village

NAK KE MANA?

Saya mengambil cuti pada hari Jumaat, selepas menyelesaikan beberapa perkara penting di pejabat sepanjang minggu lepas. Oleh kerana cuti itu hanya diluluskan sehari sebelumnya, saya tidak berkesempatan untuk membuat perancangan bercuti dengan baik.

Jadi sepanjang hari Jumaat itu, saya dan Sabrina berfikir dan merancang, mana nak pergi hujung minggu ini? Tok Wan Halim ada menelefon, cubalah bawa Hasif dan Arif pergi tengok Festival Hot Air Balloon di Putrajaya. Begitu prihatin Tok Wan terhadap cucu-cucunya. Walaupun tidak dapat datang ke KL, sempat lagi memberi ‘pesanan penaja’ kepada saya!

Saya pun mulanya merancang untuk ke sana pada hari Sabtu, mungkin dengan keluarga Along, supaya Hasif dapat bersama sepupu-sepupunya. Tetapi mereka sudah pergi pada hari Jumaat, kerana  Kak Long bercuti pada hari berkenaan. Saya back to square one..

IDEA YANG BERNAS

Kemudian Sabrina memberi cadangan. ‘Abang, apa kata kita pack for one night, tapi kita bergerak mengikut instinct driver. Kalau ‘terlepas’ ke East Coast pun best juga..’ 

Dan begitulah bermulanya percutian kami di Kuantan. 

Tanpa jadual, memandu secara santai dan tidak pasti di mana untuk bermalam. Memang di luar norma!

Sebenarnya kami sekeluarga mempunyai minat yang sama, iaitu bersantai di pantai atau sungai. Kami jarang melawat ke tempat-tempat berbayar seperti di Ayer Keroh, Sunway Lagoon atau Genting Highlands kerana saya merasa agak janggal berada di sana. Dan saya senang sekali berada di tempat peranginan yang natural dan asli, bukannya bermain ombak buatan atau roller coaster yang menjadi kegilaan sesetengah pengunjung.

Saya kira, percutian kali ini adalah kali yang keempat di Pantai Timur, bermula dengan Pulau Perhentian, Kijal, Cherating dan kali ini di Pantai Balok, Kuantan dalam jangka masa tiga tahun. Bercuti di Pantai Timur bagi saya adalah satu pakej yang lengkap; banyak pilihan tempat tinggal, pantai yang cantik, makanan yang murah dan sedap serta banyaknya ole-ole yang boleh di bawa balik! (biasanya kami akan mencari keropok lekor, sata, ikan kering dan jeli kelapa)

DUTA VILLAGE BEACH RESORT

Nasib baik kami berjaya mendapat bilik di Duta Village Beach Resort. Itu pun mendapat bilik 2 katil single di tingkat teratas resort (tingkat 3) yang tidak berlif. Apa-apa pun kami bersyukur kerana mendapat tempat bermalam, setelah gagal mendapat tempat di 2 resort sebelumnya.

Duta Village mempunyai gabungan bilik berstandard hotel dan juga chalet. Selain itu, resort ini mempunyai 2 buah kolam renang, tennis-court, beach volley court, restoran dan private beach. Kemudahan yang diberi adalah setaraf dengan hotel dan suasana resort begitu tenang dan nyaman. 

Apa yang penting ialah lokasinya yang begitu dekat dengan pantai, yang menjadi tumpuan Arif dan Hasif. Berada di pantai adalah baik untuk perkembangan Arif, di mana dia bermain kejar-mengejar dengan abangnya.  Begitu juga bermain dengan pasir, akan merangsang deria rasa (di tangan dan kaki), sebagaimana sesi bermain pasir di Kiwanis.

Hari pertama merupakan hari yang menggembirakan, kerana kedua-dua anak kami seolah-olah tidak puas bermain pasir dan laut selama dua jam. Hasif membebel kerana terpaksa pulang ke ‘rumah pantai yang abah beli untuk satu malam’ disusuli dengan teriakan NA..NAK (TAK NAK) oleh Arif kerana dikendong abahnya beredar dari laut. Mujurlah mereka kembali tenang apabila mandi ‘hujan’ di bilik air.

Berada di pantai juga adalah tempat yang paling lapang untuk mereka berlari, tanpa risau luka akibat terjatuh atau melanggar sesuatu. Kali ini Arif gila mengejar ombak dan menulis di pasir, dan Sabrina begitu gembira melihat Arif berjaya membuat garisan-garisan lurus di atas pasir. (which is a BIG achievement for him!) Hasif pula berangan untuk menjadi surfer dengan menggunakan kick-boardnya sebagai surf-board meluncur bersama ombak.

Alhamdulillah walaupun hanya percutian 2 hari 1 malam, kami sekeluarga gembira dengan percutian kali ini, a little bit unexpected and unplanned, but nevertheless a very good one. Walaupun agak meletihkan, terutama melayan kerenah anak-anak yang pelbagai, tetapi itulah yang menjadikan kehidupan menarik!

Main Pasir

Hasif main pasir

Hasif dan Arif

Posing dua beradik

Menulis di pantai

Belajar melukis

Diserang ombak

Terkejut dihempas ombak

Baywatch versi Melayu

Baywatch versi Melayu

mandi dengan ArifMandi bersama Arif

Menunggu ombak

Sabar menunggu ombak

Sedang meluncur

Riding the wave

Selepas ombak

 Aksi peluncur ombak

SilhouetteSilhouette

  1. percutian yang menyeronokkan..

  2. seronoknya bercuti, lebih2 lagi bila ada elemen ‘surprise’ di dalamnya. Cantik pantai tu, jauh tak dari kuantan?

    • Asmahani: Thanks for your comments. Balok beach cuma dalam 20 minit dari Kuantan. Pantainya cantik, pasir halus tetapi kehitaman sedikit, mungkin sebab bersebelahan pantai Batu Hitam kot? Duta Village betul-betul sebelah Swiss-Garden Kuantan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: