izharhadafi

Ibrah Teratak Usang Madihah

In Motivasi & kerjaya on Mac 23, 2009 at 3:47 pm

nurmadihah

Saya mengikuti kisah kejayaan adik Nur Madihah yang mendapat 19A1, 1A2 dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Apa yang menjadikan kejayaan Nur Madihah lebih manis ialah kisah keluarganya yang kemiskinan dan serba kekurangan. 

Saya mengambil iktibar dari kisah ini dan bertanya kepada diri sendiri, apa pra-syarat untuk mencapai kejayaan? Dahulu saya belajar di sekolah yang ternama, punya infrastruktur dan guru yang terbaik, tetapi keputusannya biasa-biasa saja. Begitu juga dengan anak-anak dari keluarga berada yang saya kenali, ada sampai mengupah personal tutor datang ke rumah untuk setiap subjek SPM yang di ambil. Masih tidak mencapai keputusan yang diharapkan. 

Jelas sekali status kaya-miskin, senang-susah, kampung-bandar sudah tidak relevan lagi dalam kita mencari resepi kejayaan, dan dalam kes saya sekarang untuk anak-anak sendiri. Apa yang penting ialah jatidiri pelajar itu sendiri; yang tahu tempatnya di dalam masyarakat, mempunyai keazaman yang kuat, cekal dan tabah menempuh cabaran kehidupan dan akhirnya yang paling penting, berserah kepada Tuhan Rabbul Izzati setelah segala usaha telah dibuat melalui amalan puasa sunat, tahajjud dan qiyamulail.

Kejayaan adik Nur Madihah menyuntik semangat di kala umat Islam dihina dan diperlecehkan dari semua segi; ekonomi, politik, sahsiah dan akademik. Semoga kisah ini membuka mata para pembenci Islam dan pejuang feminisme bahawa Islam tidak pernah menganak-tirikan wanita dan imej Islam yang dibawa oleh pengikutnya (tudung, aurat), bukanlah simbol kemunduran dan kejahilan.

Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada adik Nik Nur Madihah dalam mengharungi kehidupan dan perjuangan pasca-SPM, dan kita doakan beliau untuk terus cemerlang.

Nasihat Ustaz Zaharuddin kepada Madihah di sini.

Pengajaran dari kejayaan Nur Madihah oleh Ustaz Halim ISMA di sini.

  1. salam i think u hit the tail on the head with jatidiri….that is what drives a person in term’s of goals, attitude, behaviour, effort etc…bigger question is how do we mold or achieve a good jatidiri from a young age….thats THE question for me when it comes to my daughter…

    • Ashraf: Tkasih atas ‘lawatan’ dan pandangan. Harap dapat jenguk blog ini lebih kerap!

  2. bangga bila ada anak melayu yang hidup serba kekurangan dapat meraih satu kejayaan yang besar.. tapi kadangkala terikir,kenapa kita yang hidup serba lengkap ini tidak dapat mengapai kejayaan yang seumpama itu,.. akhirnya saya menemui satu jawapan.. segalanya adalah kehendak dri sendri.. benar kata pepatah, usaha tangga kejayaan. kalau tak usaha maka kejayaan takkan datang bergolek pada kita.. betul tak??. harapnya, saya pun akan lebih maju dimasa akan datang.. berinspirasikan kejayaan anak seorang nelayan miskin..

  3. Shafiq: so what’s your plan lepas SPM? Harap dapat sambung belajar ye..insya-Allah kami doakan Shafiq berjaya.

  4. ada beberapa plan leps spm ni.. dah apply matrik n 1st choice mestila matrik, then kalu tak dapt gak,second choice maktab perguruan kalau tak dapat juga, masuk f6, lepas stpm,… masuk upsi.. harapnya semua berjalan lancar, terima kasih atas doa abang dan ckg sab tu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: