izharhadafi

Hutang yang Membelenggu

In Pemikiran & Ehwal Dunia on Mac 17, 2009 at 4:51 pm

SUB-PRIME MORTGAGES

Saban hari saya membaca akhbar dan berita mengenai krisis ekonomi dunia yang semakin meruncing. Pelbagai teori dan kesimpulan yang dibuat tentang punca dan durasi kegawatan ekonomi yang melanda. Ramai yang cemas, terutamanya pelabur yang melihat harga saham yang dilaburnya menjunam teruk. Begitu juga kesan ke atas pekerjaan akibat kekurangan pelaburan dan kegagalan syarikat-syarikat untuk memastikan permintaan untuk produk mereka terus berkekalan.

Namun, satu punca utama yang sering diutarakan oleh penganalisis ekonomi ialah ‘sub-prime mortgages’. Saya tidak cuba untuk menjadi pakar ekonomi tetapi sebagai orang biasa, pemahaman saya tentang ‘sub-prime mortgages’ ialah aktiviti penjualan ‘hutang lapuk’ oleh institusi-institusi kewangan untuk mendapatkan keuntungan.

Contohnya Bank A menggunakan hutang-hutang persendirian ke atas bank mereka sebagai aset yang boleh dijual beli untuk mendapatkan untung atas angin. 

Bank B pula membeli hutang-hutang lapuk Bank A dengan harapan semua peminjam-peminjam di Bank A akan dapat membayar dengan kadar keuntungan yang lebih. 

Setelah beberapa lama dan mendapati peluang peminjam-peminjam bank A membayar hutang mereka semakin tipis, Bank B menjual pula hutang-hutang lapuk mereka kepada Bank C.

Pada masa yang sama, Bank A, B dan C terus memberikan pinjaman kepada individu yang memohon walaupun mereka tahu peluang peminjam untuk membayar balik adalah tipis.

Kitaran ini berputar dan berputar ganas bagaikan bebola salji yang jatuh di pergunungan, semakin laju ia turun, semakin besar bola terbentuk. Dan akhirnya bila tiba di cerunan, bebola itu jatuh terhempas dan berkecai. Itulah yang terjadi pada ekonomi dunia yang di pandu oleh sistem kapitalis Barat.

LELAKI, WANITA CANTIK DAN LOUIS VUITTON

Satu kisah jenaka yang popular menerangkan apa itu krisis ‘sub-prime mortgage’: 

womanshop

Suatu hari, seorang lelaki telah datang ke butik Louis Vuitton bersama seorang wanita yang sangat cantik di Causeway Bay di Hong Kong. Dia telah memilih sebuah beg LV berharga 5000 pound untuk wanita berkenaan.

Apabila tiba masa untuk pembayaran, lelaki itu mengeluarkan buku cek dan mula menulis cek. Jurujual menjadi teragak-agak untuk menerima cek berkenaan kerana mereka tidak pernah membeli di butik itu sebelum ini.

Lelaki berkenaan faham akan kerisauan jurujual berkenaan dan dia berkata: “Saya merasakan awak risau yang cek ini mungkin cek tendang kan?” Jurujual itu mengangguk. ” Hari ini adalah hari Sabtu dan semua bank ditutup. Boleh tak saya cadangkan untuk meninggalkan cek  dan handbag ini di sini. Bila cek diluluskan pada hari Isnin, kamu oleh membuat penghantaran handbag itu kepada wanita ini. Bagaimana?”

Jurujual itu merasa yakin dan menerima cadangan itu dengan gembira. Sebagai tambahan, dia tidak mengenakan caj penghantaran dan berjanji untuk memastikan penghantaran di buat sendiri.

Pada hari Isnin, jurujual berkenaan membawa cek itu ke bank. Cek itu cek tendang! Jurujual itu dengan marahnya menelefon lelaki berkenaan. Lelaki berkenaan berkata: “Apa masalahnya? Saya dan kamu tidak mengalami kerugian. Handbag itu masih di tangan kamu! Dan Sabtu lepas, saya sudah meniduri wanita itu. Oh, terima kasih di atas kerjasama kamu.”

Moral cerita:

Cerita ini menunjukkan keadaan krisis sub-prime mortgage. Apabila orang mempunyai harapan yang tinggi untuk pulangan yang besar, mereka merendahkan ‘guard’ akan potensi risiko. Wanita cantik berkenaan berfikiran bahawa handbag LV berharga 5000 pound akan jadi miliknya, jadi dia merendahkan ‘guard’nya. Oleh itu, dia percaya bahawa pelaburannya dalam ‘one night stand’ bersama lelaki berkenaan adalah berbaloi walaupun ianya berdasarkan risiko yang amat besar. Syarikat-syarikat pelaburan adalah terkenal dengan pakej-pakej pulangan tinggi (tetapi juga berisiko tinggi). Pemain saham spekulatif adalah seperti wanita cantik ini. Dan mereka layak untuk kehilangan wang. Jurujual LV pula memainkan peranan sebagai media dan penganalisis stok.

JADI APA ISUNYA?

Hamba Hutang

Apa yang saya ingin utarakan ialah kegawatan ekonomi ini adalah di sebabkan sifat tamak manusia itu sendiri. Apabila dihidangkan dengan peluang, tidak kiralah melalui cara halal atau haram, majoriti kita akan merebutnya. Apa yang penting ialah mengkayakan diri sendiri secepat mungkin. Kesannya ke atas diri dan masyarakat amnya dalam jangka masa panjang di tolak tepi. 

Itulah yang banyak berlaku di dunia hari ini. 

Cuba kita renung kembali akan diri sendiri. Adakah rumah yang kita duduki itu hakikatnya mampu kita duduki? Dan ya kita perlukan kereta untuk urusan harian, tetapi kereta yang bagaimana dan berapa yang dibeli? Bagaimana pula dengan bayaran EasiPay 12 bulan untuk membeli TV, handphone dan mesin basuh?

Begitu mudah untuk kita berhutang, sedangkan Islam amat prihatin dengan masalah hutang piutang. Rasulullah saw sendiri begitu memberati akan isu hutang ini sehingga Baginda pernah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah maksudnya:

“Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.”
Dan umat Islam hari ini seolah-olah tidak mengendahkan amaran Rasulullah bila tiba bab berhutang. Adakah kerana kerajaan pada hari ini juga tidak serius dalam mendidik rakyatnya dalam isu perbelanjaan berhemah? Atau kerana kerakusan institusi kewangan menaburkan pakej-pakej hutang yang begitu menarik sehingga mengabui mata pelanggan mereka? Atau kita sebenarnya tidak sedar yang kita sedang membuat hutang apabila menghulurkan kad kredit semasa membuat pembayaran?
Tetapi saya tidaklah mengatakan tidak boleh berhutang langsung. Kerana itu suatu yang tidak realistik di dalam menjalani kehidupan sekarang ini. Apa yang pasti, kita sebagai individu mestilah bertanggungjawab ke atas apa yang kita lakukan. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan bukannya mengikut perasaan. 
Cubalah cari akan apa pandangan Islam berkaitan urusan jual beli, hutang piutang dan pinjam meminjam. Semuanya ada di dalam bab Muamalat. Sokonglah produk kewangan Islam, kerana walaupun ramai yang tidak dapat membezakan antara produk Islam dan konvensional, banyak berkat dan hikmah yang kita tidak sedari apabila berurusniaga mengikut tuntutan syarak ini.  
Semoga saya sendiri dan anda dapat menghayati pesan Luqmanul Hakim ini:
“Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: