izharhadafi

Belasungkawa Amir Yusuf

In Famili, Uncategorized on Mac 12, 2009 at 12:13 pm

Saya tidak pernah mengenali Amir Yusuf mahupun ayahnya Fajar. Tetapi Sabrina dan saya adalah teman sekuliah Anis Suhaila, ibu Amir semasa di UKM. 

Namun berita pemergian Amir, yang saya ketahui selepas kematiannya menggetarkan jiwa. 

Saya pun tidaklah mengenali Anis dengan rapat. Hanya bertegur sapa selayaknya sebagai teman sekuliah. Namun sedikit sebanyak saya dapat menyelami perasaan ibu dan bapa yang kehilangan anak dalam usia yang begitu muda. 

Seperti pengalaman yang kami lalui bersama Arif Uthmani. Pengalaman yang begitu menggoncang jiwa dan perasaan. Perasaan tiada kuasa dan upaya untuk menolong anak sendiri dan sedar akan kerdilnya kami apabila nyawa Arif berada di dalam genggaman al-Khaliq. 

Segalanya bercampur baur antara takut dan harap.

Mencabut segala rasa ego dan bangga diri.

Fajar dan Anis terpaksa berpisah dengan zuriat kesayangan belum sempat Amir mencecah umur satu tahun.

Saya dan Sabrina bersyukur diberi peluang kedua dan kami menerima Arif seadanya dengan penuh kasih sayang.

Bila direnung, ujian yang diberi seolah-olah Allah sedang berbicara terus denganku. 

Melalui pahit getir, resah gelisah, tangis tawa silih berganti.

Semoga Allah swt memberi kekuatan dalam meneruskan kehidupan ini, Fajar dan Anis!

alfatihah

Bacaan selanjutnya di sini.

  1. Salam buat Saudara Hadafi sekeluarga,

    Terima kasih atas entri ini. Sungguh, kami begitu terharu dengannya. Hingga ke saat ini, barulah berkesempatan untuk menitipkan sedikit kata sebagai tanda ingatan.

    Terima kasih juga atas doa dan kata-kata semangat yang diberikan. Insya Allah, moga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada kami. Lebih-lebih menguatkan iman kami.

    Dalam masa yang sama, kami turut kagum dengan kekuatan dan ketabahan kalian melalui kehidupan membesarkan anak yang istimewa seperti Arif. Insya Allah, ganjarannya lebih besar. Semua ini tidak mudah. Tetapi itu adalah tanda bahawa Allah memberikan kasih kepada hamba-Nya yang terpilih.

    Salam ikhlas daripada kami

    • Fajar: Tkasih atas komen. This is the least that I can do. Harap Fajar dan Anis tabah ya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: