izharhadafi

Sehari di Asrama Damai

In Motivasi & kerjaya on Mac 5, 2009 at 4:10 pm

tiba di Asrama Damai

RV POINT: CALTEX SUNGAI BULOH

Saya memulakan perjalanan ke Asrama Damai lebih kurang jam 7.45 pagi setelah menunaikan solat Subuh di Surau at-Taqwa dan bersarapan di Restoran BRJ bersama Hisham, adik Sabrina. RV point yang telah ditetapkan untuk rombongan batch 9195 adalah telah ditetapkan di Caltex Sungai Buloh, antara jam 8.30 hingga 9.00 pagi.

Saya menggunakan jalan MRR2 untuk sampai ke Sungai Buloh. Dalam perjalanan, saya berasa agak cemas kerana satu per satu SMS yang diterima dari rakan-rakan adalah untuk memberitahu mereka tidak dapat hadir, atas pelbagai keuzuran. Dalam diam, saya berdoa agar sahabat-sahabat saya, FAB dan Katong dapat hadir tanpa kelewatan kerana mereka berdua adalah tonggak untuk program yang telah disusun.

Nizar, Pengerusi Kelab MCKK 9195 adalah orang pertama yang sampai di RV point selepas saya. Sementara menunggu rakan-rakan yang lain, kami beredar ke sebuah kedai mamak berhampiran Caltex untuk sarapan. FAB, Wyre, Botaque, Zairil, Capang dan Neno kemudiannya satu per satu tiba di lokasi sebelum kami meneruskan perjalanan ke Kuang.

MOTIVASI YANG MENARIK

Oleh kerana ramai anak-anak yatim peringkat sekolah rendah mempunyai aktiviti ko-kurikulum di sekolah mereka, tinggal hanya 100 orang yang hadir ke program kami. Jadi perancangan asal untuk membuat program motivasi untuk pelajar sekolah menengah dan sukaneka untuk sekolah rendah terpaksa dipinda. Akhirnya semua duduk untuk mendengar motivasi dan di akhirnya ada sedikit sukaneka.

Alhamdulillah Tun memulakan sesi breaking the ice dengan baik. Respon yang mulanya malu-malu berubah menjadi proaktif. Memang Tun ada bakat semulajadi pendidik. Sebab itulah saya memintanya untuk menjadi MC. FAB pula semasa minum kopi di Caltex ada menyatakan kebimbangannya dengan presentation yang bakal diberi. Saya memberi perangsang dengan berkata “Insya-Allah niat dah baik tu, Allah akan tolong. Baca Bismillah dan teruskan. Jangan risau..”

Tetapi bila FAB mula berceramah, alhamdulillah memang bagus sekali. Kata-katanya ringkas tetapi straight to the point. Begitu juga dengan slide presentation bertajuk “Kejayaan” yang disiapkannya juga simple dan kemas. Tambah pula poin-poin yang diutarakan diselingkan dengan klip video dan lagu yang menguatkan mesej yang hendak disampaikan.

Kami bukannya hendak berceramah dan menceritakan pengalaman kami membesar dan mencapai ‘kejayaan’. Kami juga tidak mahu membebani benak anak-anak ini dengan cerita kerjaya kami. Kerana kami faham, mereka ini dari pelbagai latar belakang. Ada yang biasa-biasa, dan ada yang benar-benar dhaif. Tidak mungkin mereka dapat relate kepada kerjaya FAB yang saban hari membedah otak jika subjek biologi pun mereka tidak ambil.

Apa yang kami ingin kongsikan bersama ialah mengenai kejayaan. Kenapa orang ingin berjaya. Bagaimana untuk berjaya dan langkah-langkah yang perlu diatur untuk berjaya. Dan yang paling penting ialah untuk berusaha bersungguh-sungguh dan tidak ada jalan pintas untuk mencapai impian hidup melainkan dengan berusaha.

Di akhir program, kami membahagikan mereka kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan perlu menyiapkan 4 buah jigsaw puzzle dalam pertandingan ini. Wah, meriah sekali perlumbaan antara mereka. Kumpulan masing-masing mencuba untuk menjadi yang terpantas dan merebut tempat pertama. Padahal hamper disediakan untuk semua.  Inilah yang kami mahukan, penyertaan yang bersungguh-sungguh dan moga kesungguhan ini dapat dijelmakan dalam usaha mereka untuk memperbaiki diri dan berjaya di dalam hidup. Insya-Allah.

USAHA MURNI

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih di atas sokongan sahabat-sahabat sebatch saya di atas sokongan dan dorongan mereka. Selaku penganjur program lawatan ke Asrama Damai, saya mendapat sokongan dari pelbagai aspek. Ada yang tidak dapat datang tetapi volunteer untuk kerja-kerja preparations. Begitu juga mereka yang jauh di UK, Sarawak, Johor dan sebagainya mengirimkan wang untuk biaya program ini. Begitu juga mereka yang hadir pada hari berkenaan, hampir separuh yang tidak memberikan confirmation akan kehadiran mereka. Jadi apa bila hampir 20 rakan saya yang turn up, saya menjadi terharu.

Apa yang menjadikan saya lebih terharu ialah layanan mereka kepada anak-anak yatim ini. I have to say that this is a first for me to see a few of my batch mates showing their ‘soft and caring’ side. Mungkin masa telah merubah kita semua, insya-Allah saya harap dan yakin perubahan itu ke arah kebaikan. There’s ‘no airs’ about any person. Doesn’t matter if you’re the son of next Prime Minister in-waiting, atau ahli perniagaan yang berjaya with a few companies in tow; honestly that day I see you guys as equals and serving the needs of the orphans.

Dan selalunya kita menyangka bahawa perbuatan berbuat kebajikan kepada anak-anak yatim hanya memberi faedah kepada mereka, tetapi sebenarnya tidak. Kita juga akan mendapat faedahnya, sesuai dengan satu peringatan dari Allah swt, dalam Surah al-Israa’, ayat 7 yang bermaksud:

“Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian akibat kejahatan) itu untuk dirimu sendiri.”

Insya-Allah segala budi baik anda semua akan diganjari Allah swt di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

baru sampai

mendengar ceramah

berbincang dengan Cik Siti

posing sakan

keriangan

melawat asrama

melepak di katil

mari makan

deep in discussion

kenangan

puisi

  1. Assalamualaikum,

    Sesungguhnya motivasi pihak tuan amatlah dihargai oleh pihak kami (asrama damai). Saya sendiri membesar ditempat ini since 1989 to 2002. Motivasi haruslah berterusan ibarat, mengayuh sampan sekali berhenti kita akan hanyut. Kebanyakan, apa yang kami hadapi ialah sifat rendah diri yang terlalu dalam..cuma yang berjaya melepasi situasi itu mampu berjaya.

    10 Q very much for your support to us.

    Mohamad Asri Shaari
    Asrama Damai
    012 689 4295
    03 60382823

    • Asri: Terima kasih. insya-Allah jika diberi kesempatan dan peluang, kami sentiasa akan menyokong Asrama anak-anak yatim. Melihat Asri yang ‘graduate’ dari Asrama Damai pada 2002, saya rasa sekarang Asri sudah bekerja kan? Mungkin sudah tiba masanya Asri dan rakan-rakan bekas penghuni Asrama Damai dapat kembali untuk membuat program motivasi untuk adik-adik di sana. Saya rasa mungkin lebih bermakna?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: