izharhadafi

Walk with Me

In DS, Famili on Februari 25, 2009 at 11:12 am

Ahad lepas, saya sekeluarga menyertai program Walk with Me, anjuran Parents Support Group (PSG), Kiwanis Down Syndrome Foundation (KDSF). Sambutan yang diberikan oleh ibu bapa dan orang ramai amat menggalakkan. Seramai 30 anak-anak Down Syndrome hadir pada majlis berkenaan, bersama dengan kakitangan Petronas Dagangan dan ahli kelab motosikal dari Petaling Jaya (saya tak sempat untuk bertanya, tetapi kedatangan mereka atas jemputan En. Huzaini, Chairman PSG).

Suasana meriah sepanjang program dijalankan. Sementara menunggu kedatangan jemputan, kami semua dihidangkan dengan ‘pot-luck’ breakfast, hasil sumbangan ibu bapa. Saya sibuk menjaga Arif dan Hasif, manakala Sabrina ditugaskan untuk menjaga kaunter pendaftaran. Nasib baik bekas pelajar Sabrina turut serta, kalau tidak mungkin huru-hara kaunter pendaftaran. Terima kasih Syafiq & Malini!

Tepat pukul 9.30 pagi, kami semua dilepaskan untuk program Walk with Me. Jarak perjalanan cuma lebih kurang 2 km, tetapi yang letihnya ialah ibu bapa, dalam usaha untuk mengawal anak-anak. Arif cuma berjalan lebih kurang 200 meter, kemudiannya menyerah dan meminta saya mendukungnya. 

Saya tidak bercadang menulis panjang, apa pun sila lihat gambar-gambar di bawah untuk tatapan anda:

Arif menunggu larian bermulaBila nak mula ni?

Arif di starting line

starting line

Semangat betul dia berjalan..

Arif berjalan laju

Hasif sempat berposing lagi..

hasif posing

Tukar turn, Sabrina pula dukung

Tukar turn dukung Arif

Kita minum dulu..

Kita minum dulu..

Syafiq, Hasif & Malini

Syafiq, Malini & Hasif

Parents & staf Petronas

Parents n staf Petronas

Ada gaya boss tak?

Gaya boss

Secara keseluruhan, saya rasa program ini berjalan dengan jayanya. Program ini berjaya mengutip RM21,000. Harapnya di masa hadapan, PSG dapat menjana lebih banyak kutipan dari program-program yang lain. Terima kasih semua di atas kehadiran, sumbangan dan sokongan!

  1. kami enjoy.. bang, kem salam kat ckg sab.. salam sayang juga buat adik-adik kami.. hasif dan arif uthmani..
    diosa migo

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: