izharhadafi

Ceritera Solat

In Motivasi & kerjaya on Februari 20, 2009 at 5:33 pm

Batch 9195

TAARUF SOLAT 

Ingatan terawal saya berkenaan solat adalah semasa di Kuala Kangsar. Saya bersama 100 lebih rakan setingkatan sewaktu itu tinggal di Prep School, asrama khas untuk pelajar tingkatan 1 di Kolej Melayu. Kami diasuh untuk bersolat berjamaah setiap waktu di surau Prep School, sebaris dengan Makmal Bahasa tempat kami diperkenalkan dengan kartun ala-Naruto dan manga, with compliments dari Sensei Noriko, guru Bahasa Jepun.

Setiap hujung minggu, tanpa gagal kami perlu berbaris seawal 5.30 pagi untuk berjalan ke Masjid Ridzwaniah untuk solat Subuh berjamaah di sana. Tahu sajalah, dengan usia begitu muda dan masih mamai diulit mimpi, adakalanya peristiwa lucu terjadi tanpa sengaja. Saya teringat peristiwa sahabat saya, Haza yang tertidur semasa sujud di rakaat pertama. Ketika semua orang bangun untuk rakaat kedua, dia kekal dalam posisi sujud. Hanya apabila imam bangun dari sujud untuk tasyahud akhir, tiba-tiba dia juga bingkas duduk bertasyahud akhir dan dengan selamba memberi salam bersama imam!

GRAF SOLAT

Jangka waktu 5 tahun di MCKK, graf menunaikan solat saya naik dan turun dengan kadar yang begitu cepat. Ada masanya begitu bersemangat, sampai bila dilarang pergi ke masjid pun saya ingkar. Akibat ketidakpatuhan dan kedegilan saya itu, saya pernah dipukul di dalam Squasy Court, tempat tradisi budak-budak kolej bertumbuk untuk menyelesaikan masalah antara mereka setelah semua jalan perbincangan sudah buntu. 

Tetapi, apabila tiba waktu graf menurun, adakalanya Subuh pun terlepas dan tidak diganti tanpa rasa bersalah. Ada satu ketika semasa tingkatan 5, saya pernah memboikot solat kerana kecewa di atas satu tragedi yang menimpa diri. Nasib baik akal yang waras mengenepikan perasaan ketika itu..

Graf solat saya menjadi agak stabil apabila saya dihantar ke Sarawak untuk pengajian matrikulasi. Tidak ada budaya bersolat jamaah di surau, menyebabkan saya ada masanya mengambil tugas tok siak, bilal, dan imam di samping ‘memaksa’ rakan serumah saya berjamaah bersama. Sebenarnya saya berasa serba-salah, ilmu agama begitu cetek, dosa pun banyak, tapi hendak mengajak orang ke surau. Tetapi entah kenapa ketika itu hati saya selalu terlintas, ini fardhu kifayah, kalau tak buat satu kolej dapat dosa..

Zaman universiti pula adalah bagai satu crash-course untuk belajar agama. Saya begitu tertarik dengan kuliah Prof. Sulaiman Nordin mengenai Tamadun Islam, gaya hidup ala-Hippies kumpulan Tabligh dan usaha dakwah pelbagai kumpulan usrah. 

Begitulah saya, mengambil hampir 20 tahun untuk menjadikan solat sebagai kebiasaan. Jika terlewat solat sehingga hampir luput waktu sekarang ini, jan tung saya berdebar-debar bagai hendak terkena serangan angin ahmar. Syukur kerana Allah swt mengurniakan kesedaran ini kepada saya, kerana saya amat faham akan nilai iman yang sekarang ini begitu mudah tercabut dari dada umat Islam. Harapnya ia berterusan sehingga dipanggil kembali kepadaNya.

JAUH PERJALANAN

Tujuan saya menulis ini juga bukan hendak menunjuk baik atau berlagak, tetapi untuk memberi motivasi kepada sahabat-sahabat saya yang masih belum berjaya menjadikan tuntutan solat 5 waktu sehari itu sebahagian dari rutin harian mereka. Juga kepada mereka yang mula meninggalkan solat..

Namun saya sedar, kualiti solat saya masih jauh dari solat yang diajar oleh Rasul junjungan kita, Muhammad bin Abdullah kepada Sahabat-sahabatnya. 

Saya tahu, masih banyak perkara yang perlu diterokai dalam mencari kesempurnaan solat. Dari segi perlakuannya, bacaan, tertib, kefahaman terhadap apa yang dibaca dalam solat dan yang paling penting, khusyuk.

Entah berapa kali saja solat saya diterima Allah; yang lain rasanya dibakul-sampahkan kerana otak saya banyak merewang sewaktu solat. Masa itulah nak teringat di mana kunci kereta yang hilang, bil telefon yang belum berbayar dan banyak lagi ehwal dunia.

Itu belum masuk cerita tuntutan solat berjamaah, solat-solat sunat, qiyamulail..panjang lagi perjalanan rupanya..

Solat tiang agama

  1. […] ibadah dari satu generasi ke generasi yang berikutnya. Jika dulu saya mengambil masa yang begitu lama, tunggang tonggek bersolat tanpa menghafal bacaan-bacaan di dalam solat, hari ini pada usia 6 tahun […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: