izharhadafi

Asrama Damai, Kiwanis dan Qiyam di Bangi

In Famili, Motivasi & kerjaya on Februari 16, 2009 at 12:17 pm

GPS MENGARUT

Sabtu lepas, agak penuh jadual harian saya. Dimulakan dengan trip ke Asrama Damai di Kuang bersama Nawal. Nawal adalah batchmate saya di MCKK, tetapi dia memasuki kolej agak lewat, semasa tingkatan 4. Sekarang kami berjiran, selang 5 lorong di kawasan perumahan yang sama. 

Kami bertolak dalam pukul 9.30 pagi, setelah mendapat pengesahan Wyre dan Ujang tidak dapat turut serta. Saya sengaja menggunakan khidmat GPS navigator untuk memandu arah menuju ke Asrama Damai, walau pun Pak’e dan Puan Siti, pentadbir Asrama Damai telah memberi petua. Hmm..memang tidak boleh diharap! 

GPS itu asyik menyuruh saya masuk ke roundabout, walaupun sebenarnya ada flyover untuk melintasi roundabout berkenaan. Oleh kerana terganggu dengan arahan-arahan GPS yang mengarut, saya terlepas simpang dari Jalan Loke Yew ke Jalan Duta. Nasib baik saya masih ingat jalan di Kepong, jadi saya menggunakan laluan MRR2 untuk ke Sungai Buloh.

SUKANEKA?

Alhamdulillah, jalan ke Asrama Damai tidaklah sesukar yang dijangkakan. Dalam pukul 10.30 pagi, kami sudah sampai di sana. Kawasan asrama agak besar, di kelilingi oleh dusun buah-buahan dan bungalow penduduk tempatan. 

Kami berjumpa dengan Puan Hidayah, salah seorang pentadbir di Asrama Damai. Antara tujuan kami ke sana adalah untuk menyerahkan bayaran untuk almari baju, membincangkan mengenai tentatif program dan persediaan makan tengahari untuk lawatan sebenar Kelab MCKK 9195 pada 28 Februari ini.

Oleh kerana di dalam tentatif program yang kami buat itu hanya memberi cadangan untuk program motivasi untuk anak yatim peringkat sekolah menengah, Puan Hidayah mencadangkan untuk kami mengadakan program untuk anak yatim di peringkat sekolah rendah pula. “Sukaneka simple-simple pun OK” katanya.

Hmm..saya dan Nawal pun reluctantly bersetuju. Tapi dalam fikiran saya, “Siapa nak organize?” Kami pun sebenarnya baru dalam bidang lawatan ke rumah anak yatim ni (dari segi menganjur), jadi kami agak kekok apabila diminta untuk membuat aktiviti untuk kanak-kanak. Nak beri motivasi dan career talk tu OKlah, sebab dah pernah buat. Anda ada cadangan?

NASI PUTIH DAN AYAM GORENG

Untuk makan tengahari pula, kami diperkenalkan kepada En. Mazlan, salah seorang katerer yang selalu memberi khidmat di Asrama Damai. Beliau kami temui di kantin Sekolah Menengah Teknik Sungai Buloh, dalam perjalanan pulang.

“Minta maaflah cakap, kalau nak sedia menu bagi budak-budak ni makan, kena nasi putih dengan ayam goreng. Saya faham biasanya kalau kita nak buat majlis, nak beri yang terbaik, bagi nasi tomato, beriani dan lain-lain, tapi kalau ikut pengalaman saya-lah, budak-budak ni makan tak banyak!” saran En Mazlan. 

Kami akur dengan cadangan En Mazlan, kerana yang penting adalah meraikan anak-anak yatim, bukannya meraikan kami ke sana!

WALK WITH ME-22 FEB 09

Kami selamat tiba ke rumah dalam pukul 1.30 tengahari, semasa azan berkumandang di Surau at-Taqwa. Selepas solat Zohor di surau, saya pulang ke rumah. Hasif sudah diambil Tok Wannya ke rumah Along, manakala Arif merap dengan ibunya di rumah. Suhu badan Arif meningkat, mungkin berjangkit demamnya dari Hasif yang baru kebah.

Sebenarnya kami perlu ke KDSF untuk mesyuarat PSG, bagi persediaan program Walk with Me pada Ahad, 22 Februari. Sabrina mulanya sudah 50-50 untuk pergi. Kerana mengikut planning asal, saya akan menjaga Arif di rumah dan Sabrina akan ke Kiwanis. Menyedari keletihan isteri melayan kerenah anak, saya volunteer untuk menjadi drebar dan menjaga Arif di Kiwanis.

Arif tertidur dalam perjalanan. Bagi mengelak dia terbangun, saya menunggu di dalam kereta sementara Sabrina masuk bermesyuarat. Dalam pukul 5, barulah dia kembali ke kereta dan meminta saya mengikut Leonard dan Steven. Mereka ingin menunjukkan route Walk with Me, beserta cadangan checkpoints sekali.

Saya yang terpinga-pinga baru mendapat tahu, semasa mesyuarat tadi, saya ditugaskan untuk melukis peta perjalanan Walk with Me dan bertanggungjawab untuk menentukan checkpoints yang akan di jaga oleh ahli St John Ambulance dari sekolah Sabrina.

 

walkwith-me4

Kami sampai di rumah menjelang Maghrib, setelah mengambil Hasif di Tasik Selatan. Arif pun keletihan dan tidak mahu Sabrina dan saya hilang dari radarnya. Dengan keletihan akibat program tanpa henti sejak pagi, saya dengan rasa bersalah, membatalkan niat untuk menyertai Lizal di Bangi untuk program qiyamullail bersama remaja KRIM pada malam itu…I have to be stronger next time!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: