izharhadafi

Travelog Makan

In Famili on Februari 12, 2009 at 12:01 pm

BALIK KAMPUNG

Semenjak 3 minggu yang lepas, setiap minggu saya balik kampung. Mentang-mentang banyak back-to-back holidays; bermula dari Chinese New Year, Hari Wilayah dan terakhir Thaipusam. Sabrina juga punya appointmentnya dengan Pak Long Shuib, pengamal perubatan tradisional terkenal di Sungai Semambu.

Dengan Pak Long Shuiblah Sabrina mengurut tangannya dan mendapat petua mengikat daun melong di tangan setiap malam untuk menyembuh dan mengurangkan kesakitan. Alhamdulillah tangan Sabrina sudah boleh diluruskan dan di angkat paras kepala. Bolehlah pakai baju sendiri. 

RONDA-RONDA CARI MAKAN

Bila dah balik kampung tu, biasalah saudara-mara dan sahabat mengajak pergi pekena apa-apa di kedai makan. Abah seperti biasa, kalau tak di Cathay, dia akan ke Cahaya al-Amin,  tempat biasa pekena teh dan roti canai. Sejak kebelakangan ini dia sudah menukar menu; dari teh tarik ke teh O kurang gula. Tahun lepas paras gula sudah menjangkau 15.5, tetapi alhamdulillah balik Haji ni, paras gulanya sudah 8.8. 

Sepanjang saya di Pulau Pinang, sempat juga saya ke beberapa gerai makan favourite, antaranya gerai mi Pak Pin di sebelah Masjid Haji Saad dan kedai Markaz di simpang ke rumah Mak Tok di Kubang Semang. Kedai Markaz ni menghidangkan lauk-pauk ala Nasi Kandar, tetapi diuruskan oleh orang Melayu. Sedap!

Semasa menghantar Wawa balik USM, kami sempat juga berhenti di tepi pantai dekat kawasan kilang Bayan Baru, pekena ayaq nyoq (air kelapa) muda. Malangnya ayaq nyoq pula masam! Tidak puashati dengan hidangan, kami terus ke Teluk Kumbar, mencari mee udang Salwa yang terkenal itu. Oleh kerana sudah lama tidak ke sana, saya terbabas sampai ke Tanjung Asam! 

BERJUMPA AZRUL

Pada weekend Hari Wilayah juga, saya sempat bertemu sahabat baik saya, Azrul NY. Kami berjumpa di kedai Ikan Bakar ‘Gembira Selalu’ di Kulim. Biasalah, bila saya berjumpa Azrul NY, makannya sekejap saja, tapi sembangnya lama. Dulu masa naik bas, kami boleh bersembang berterusan dari KL ke Penang! 

Alhamdulillah dia sudah mendapat tukar ke Bagai Serai. Dua tahun berlalu begitu pantas, sebab saya rasa baru sekejap saya dan Zafuan menghantarnya ke Sabah di Salak Tinggi. Alhamdulillah juga, insya-Allah zaman bujang Azrul NY akan berakhir tahun ini dengan gadis pilihan hatinya.

IKAN BAKAR TASIK RABAN

Sesi makan-makan saya tidak berakhir di Penang. Hujung minggu lepas, semasa balik ke KL bersama keluarga, kami sempat singgah di kedai Ikan Bakar Tasik Raban. Itu pun setelah diberitahu lokasinya oleh penjaga tandas di R&R Tasik Raban. Rupa-rupanya kedai berkenaan sudah berpindah ke lokasi lain. Tapi pencarian kami memang berbaloi kerana ikan bakarnya memang kelas! Gulai ikan patin dan ulam melengkapkan hidangan kami. 

Saya ingatkan jalan-jalan cari makan saya sudah berakhir, tetapi rupa-rupanya ada satu persinggahan lagi yang melengkapkan travelog makan kami ini: Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Kami memang berhajat untuk menziarah Mak Su yang baru melahirkan anak ke-5 baru-baru ini. Dalam perjalanan ke sana saya singgah di sebuah kedai buah untuk membeli sedikit buah tangan untuk Pak Su. Semasa membeli pisang berangan di kedai tersebut, saya terhidu bau yang cukup kuat. Menoleh ke kanan, ada sebuah gerai menjual durian!

Maka malam itu kami dinner pulut durianlah di rumah Pak Su Bulah; hasil tangan orang lama: Tok Mah, nenek Sabrina.

menunggu mi udangpemandangan di kedai mi udang Salwapemandangan di kedai mi udang salwa 2kedai mi udang Salwabersama Pak Su Pudin di Tjg AsamIkan Bakar Tasik Raban

  1. aku suka makan seafood kat teluk tempoyak…nyum nyummm..hehe..

    • kalau pi balik pulau jgn lupa mi pokok ketapang-dekat pekan Kongsi dan laksa Kg Perlis. kuah laksa tu buat dr belut..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: